Ahad: Coretan.In.My.Mind.#22
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Al Quran Sehari Satu MukaSurat Ahad 8 Jamadil Akhir 1444 (8_6_1444)/ 1Jan23., AL-JINN , Juzu' 28/Surah_72 (28) Ayat (Makkiyah) MS572 #483.2021 Surah Al-Jinn (Arab: سورة الجن) ialah surah ke-72 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Dinamakan "al-Jinn" yang bererti "Jin" diambil dari kata "al-Jinn" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Pada ayat tersebut dan ayat-ayat berikutnya diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut. Definasi Bahasa Arab Tajdid dalam berfatwa bukanlah bermakna menyelisihi apa yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu dari kalangan para ulama dan fuqaha', namun ia adalah proses penyegaran dan pengembalian agama kepada prinsip yang asal dengan meraikan keadaan setempat, masa dan ketika, serta adat yang tidak bercanggah den...