Posts

Image
 Ahad Kuliah Suboh Surau Al Amin hadis daripada Abdullah bin Salam yang menceritakan kata-kata pertama Rasulullah ﷺ ketika Baginda tiba di Madinah.  Beliau berkata: "Ketika Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, orang ramai bergegas keluar untuk melihat Baginda. Aku turut datang melihatnya. Apabila aku meneliti wajah Baginda, aku mengetahui bahawa wajah itu bukan wajah seorang pendusta. Perkara pertama yang aku dengar daripada Baginda ialah: 'Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, hubungkanlah silaturahim, dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.' — Riwayat Sunan al-Tirmidhi dan Sunan Ibn Majah 1. Sebarkan Salam 2. Memberi makan 3. Jaga sairatulrahim - Hubungan dng manusia 4. Solat Malam - Hubungan dng Allah SWT *#NCS @ 14 Zulhijjah 1447* Tetaplah memberi peringatan, Ia bermanfaat. Tahniah! Duyu furrahman selesai rukun Islam kelima. Sekembali ke tanah air; Fasa penting kekalkan momen tum ibadah. ‎السلام ...
Image
 Sabtu *#NCS @ 13 Zulhijjah 1447* Tetaplah memberi peringatan, Ia bermanfaat. Hari ke 2 ; Salam dari pantai Chenang, Langkawi. Nota kulliyah Malam sabtu hari Ahad di surau al amin BTHO. ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam subuh berjemaah kepada semua tak kira dimana berada nya kita. Sempena hari tashrik ke 3 pagi ini, keberkatan hari tasyrik mulia ini membawa limpahan rahmat, di harap kan rahmat berpanjangan sehingga ke tahun baru. Pada masa yang sama, hari ini ialah hari terakhir untuk bertakbirraya iaitu Takbir Muqayyad (disunatkan dibaca selepas setiap solat fardhu dan masih boleh tunaikan korban; garis tamat nya ialah sebaik tiba maghrib petang nanti. ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ‎وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ "Bahawa Nabi saw bertak bir pada hari Arafah selepas solat Subuh, dan menghenti kannya selepas solat Asar  di hari Tasyriq yang akhir." (Al Hakim) Demi peluang yang ada, kita bukanlah orang yang suka melepaskan peluang ...
Image
 Jumaat Suboh - Surau Al Amin *#NCS @ 12 Zulhijjah 1447* #Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat. Salam dari pantai Chenang, Langkawi. Bila tuhan berbica ra: suatu mutiara kata yang cukup bermakna.  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Jumnat dalam hari Tashrik yang kedua, semoga redha dan rahmat Allah swt menemani kita dalam memula kan pagi. Seterusnya bawa kita dlindungi dari musibah dan maksiat, malah di permudah kan berbuat kebaikan dan amalan soleh. Banyakkan berzikir dan membaca doa ini untuk memohon pertolongan agar dihindarkan daripada dosa: “Ya Allah, haramkanlah ke atasku kelazatan melakukan maksiat kepada Mu, dan kurniakanlah kepadaku kelazatan untuk taat pada Mu.” Moga doa indah ini dimakbul kan Allah. Selamat beramal dalam hari Tasyrik yang kedua, yang juga di hari penghulu segala hari.  ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ "Dan barang siapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sungguh, dia diberi petunjuk kepada jalan yang...
Image
 Khamis *#NCS @ 11 Zulhijjah 1447* #Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat. Ustaz Nazri #Feqah (Solat jenazah atas kubur) (2)  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sejahtera. Ahlan wa sahlan ke hari tashrik yang pertama, pada yang belum selesai urusan kurban berjaga jaga dengan tidak potong kuku dan rambut. Menurut Mazhab Syafi'i, ini pahala sunat yang menyerupai orang yang sedang berihram (dalam ibadah Haji). Penyembelihan korban dan pengagihan daging nya masih sah disempurnakan hingga sebelum Maghrib pada 13 Zulhijjah (30 Mei 2026). Semasa hari hari Tasyrik (11 - 13 Zulhijjah), jangan pula ada antara kita yang berpuasa, tiga hari ini bermula hari ini, kita diharamkan berpuasa sebalik nya digalakkan perbanyakkan makan, minum dan berzikir. Semoga amalan kita di terima.  ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Alhamdulillah. Sambutan Raya haji semalam disambut dengan sederhana jer. Solat Subuh di rumah Nya, balik sebentar, 745 pagi balik semula k...
Image
 Rabu *#NCS @ 10 Zulhijjah 1447* Tetaplah memberi peringatan, Ia bermanfaat #Memori Haji. Biarpun ianya pahit, tapi itulah yang men jadi ingatan. Selamat Hari Raya Haji.  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARIPADA saya pencoret warkah yang tak diundang setiap pagi dan mohon maafkan saya diatas apa yang tercatat di sini jika ada yang tidak kena dan ia menganggu perasaan yang membaca. Semoga ibadah korban para sahabat semua  akan di terima Allah.  Peringatan untuk saya; jangan lah hanya kita berjemaah solat sunat aidil adha Tetapi tidak berjemaah solat subuh nya di rumah Nya. Solat fardu Subuh tu kewajipan asas fardhu 'ain dan rukun Islam dan jauh lebih besar nilainya di sisi Allah swt berbanding solat sunat Aidil adha yang hukumnya sunat muakkad - sangat dituntut. Jaga jaga la jangan sampai beribadah korban sehingga terlalai solat sebab penat melapah sembelihan. Suatu kerugian yang amat besar kerana solat lima waktu  tiang agama ...
 Selasa *#NCS @ 9 Zulhijjah 1447* #Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat  #INGATAN DI HARI ARAFAH; Ujian Pada Sebuah Keimanan.  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi Arafah di Tanah Melayu kita berada, salam sejahtera buat semua nya dhuyufurahman di tanah Haramain. Walaupun jasad kita berada di Tanah Melayu dan terpisah ribuan batu dari bumi barakah, doa dan keinsafan menyatukan hati kita bersama para dhuyufurrahman tetamu Allah yang sedang berdebar menanti detik nya kemuncak wukuf di Arafah. Semoganya, amalan kita disini diterima dan doa para jemaah haji di Padang Arafah dimakbulkan Allah swt. Perbezaan zon masa membuat kan kita ada di sini menyambut terbitnya fajar 9 Zulhi jjah lebih awal. Namun, pada hakikatnya matlamatnya tetap sama, mem buru keampunan dan rahmat Allah swt pada hari yang paling utama tahun ini. Di Tanah mel ayu, malam 9 Zulhijjah sudah pun bermula sebaik mentari tenggelam tanda maghrib semalam. Semoga apa yang mereka rasa kita merasain...
 Isnin *NCS @ 8 Zulhijjah 1447*  * Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat * Ustaz Nazri #isuFeqah: Solat jenazah atas kubur - Part 2 - di tangguhkan.  * MENGAMIT MEMORI TARWIYAH ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi isnin, salam pagi hari tarwiyyah. Selamat me nggamit kenangan manasik haji. Di hari ini dan ketika ini suatu waktu dahulu sedang mengenakan pakaian ihram berpelikat yang di gunting, bersiap sedia untuk berarak ke arafah esok nya. Tiada apa lagi yang lebih di nanti kan; hari nya, masanya, ia penuh barokah dan doa di makbulkan. Semoga semua kenangan indah itu; saat berada di Tanah Suci suatu waktu dahulu sentiasa men jadi sumber kekuatan, juga ketenangan, dan tarbiyah yang berterusan dalam kehidupan kita hari ini. Walaupun fizikal tidak berada di sana tahun ini, semoga rohani dan hati kita tetap mendapat limpahan barakah, juga kedamaian, dan ganjaran hari hari yang mulia ini. Masih teringat lagi ketika haji yang pertama 2015 ; 11 tahun lalu, bila ...