PkpYr3.287.OMICRON
*PkpYr3.287.OMICRON?*
#Satu sujud pahala jemaah.
#Cetusan Ustaz Yusri Arifin: Dan di antara manusia yang menjual danmengorbankan dirinya mencari keredaan Allah: Suhaib ArRumi.
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang di rahmati Allah swt, Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara dan sahabat sahabiah juga rakan taulan semua.
Sebaik saja usai makan malam bersama Staff di medan selera Tmn Malawati, saya bergegas ke masjid Al Hidayah, tunaikan maghrib berjemaah disana, tinggal kan staff berjemaah sesama mereka di pejabat, walau pun hanya dapat solat di hujung tahiyyatul akhir. Semoga Allah terima solat jemaah saya kerana ada ulamak berpendapat makmum masbuk masuk berjamaah ikut imam adalah dianggap mendapatkan solat ( dan pahala) berjemaah walau kurang dari satu rakaat. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah. Imam Syafi’i dan Ahmad juga berpendapat yang sama, kecuali untuk solat Jumaat.
“Barang siapa mendapatkan satu sujud solat Subuh sebelum terbit matahari, maka ia telah mendapatkan Subuh (berjemaah). Barang siapa mendapatkan satu sujud solat Asar sebelum terbenam matahari, maka ia telah mendapatkan solat asar (berjama’ah).” (AnNasai no. 549, Ahmad no. 10397)
Inilah pendapat yang terpilih..
Selesai solat maghrib, saya bersegera ke kereta untuk segera kembali ke surau al Amin. Rindu benar hendak bersila depan ustaz. Hanya 10 minit sebelum isya’ baru lah tiba di surau al amin dan saya terkesan benar rasanya dengan kisah singkat yang di dengari daripada Ustaz Yusri Arifin tentang kisah Suhayb (Suhaib ArRumi), ada juga assebab mungkin lama tak duduk menangguk ilmu didepan asatizah membuat saya begitu fokus malam tadi walaupun hanya sebentar. Dari kuliah ini membuatkan saya baliknya mula menggali, Jazakallahkhair Ustaz Yusri Arifin cetuskan penggalian ini.
#SUHAIB AR-RUMI
Mungkin ramai mengenali sahabat ini, walau namanya dinisbahkan kepada ar Rumi, tapi dia bukan orang Rom, sebaliknya arab tulen. Ayah nya dari kabilah Numairi dan ibunya dari kabilah Bani Tamim. So, mengapa ar Rumi? Pernah satu ketika, ibunya membawa Suhaib yang masih kecil, ke sebuah tempat pelancongan di Iraq yang ketika itu di taklukkan Parsi. Pada ketika itu juga Parsi diserang Rom. Semua yang ada ditawan dibawa pulang ke Rom.
Di sana, tawanan dijual jadi hamba. Suhaib berpindah dari satu tuan ke satu tuan sehinggalahlah dia dewasa. Disebabkan membesar di Rom, lidah nya tidak lagi fasih bertutur bahasa arab. Walaupun begitu, jatidiri sebagai arab masih kekal. Dia tak suka budaya orang Rom yang penuh maksiat dan kezaliman. Jadinya, dia mencari jalan untuk lari.
Pada suatu hari, dia ada mendengar dari seorang pendita bahawa sudah dekat masa kebangkitan Nabi akhir zaman daripada kaum arab di Mekah. Ini menambahkan azamnya untuk ke pangkuan bangsanya. Akhirnya beliau nekad lari dan terus menuju ke Mekah.
Di Mekah, dia merdeka. Dia digelar ar Rumi selain dari membesar di Rom, dia juga berambut merah, lidahnya pelat berbahasa arab. Di bawah panduan orang Arab, Suhaib berniaga dan guna pengalaman masa dia jadi hamba. Dengan cepat, dia menjana pendapatan yang lumayan hingga mengumpul harta yang sangat banyak tapi tidak pernah lupa niat asalnya dia datang Mekah. Perkembangan semasa perihal kebangkitan Nabi akhir zaman seperti disebut pendita Rom, dipantaunya. Akhirnya, beberapa tahun selepas itu, Nabi Muhammad SAW dibangkitkan, Shuhaib memeluk Islam sezaman dengan Bilal bin Rabah, Ammar bin Yaasir, Khabbab bin Arat dan sahabat2 lain.
Allahuakbar. Selepas ini lah berlakunya kisah yang amat menggetarkan jiwa saya..
Ketika diperintah berhijrah, Suhaib nak temankan Nabi SAW dan Abu Bakar ke Madinah. Malangnya, dia dihalang pemimpin Quraisy. Rumahnya dikawal siang dan malam seperti Nabi saw dan sahabat lain. Tetapi Nabi saw dan Abu Bakar telah berjaya meloloskan diri. Tidak untuk Suhaib, dia terkurung. Akhir nya, satu malam, dia dapat peluang untuk lari. Segera dia mengejar Rasulullah dan Abu Bakar yang dah jauh di hadapan. Dalam perjalanan, dia dikejar dan dikepung oleh sekumpulan Quraisy. Menyedari hal ini, Suhaib menuju ke kawasan tinggi dan mengacukan panah ke arah musyrikin Quraisy, ini menyebabkan musyrikin tidak berani merapatinya.
Berikut adalah perbualan yang berlaku ketika itu.
Kata Suhaib: “Jangan cuba dekat. Kamu tahu aku orang yang tidak pernah tersasar dalam memanah.” Kata kafir Quraisy pula: “Kami tak akan benarkan kau pergi begitu sahaja dengan hartamu. Kau dulunya datang ke Mekah, hanya sehelai sepinggan. Kerana kamilah kau jadi kaya seperti yang ada sekarang.” “Kalau begitu, Mahukah kau lepaskan aku jika diserahkan segala hartaku pada kamu semua?” Suhaib menjawab. Mereka bersetuju. Suhaib tunjukkan tempat harta nya disimpan dan dia dibiarkan pergi sehelai sepinggan.
ALLAHUAKBAR 😭
Suhaib terus meneruskan perjalanan seorang diri dan setiap kali merasa penat, dia teringatkan sosok Rasulullah yang dirindui. Dengan cara itu, dia bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Akhirnya, sampai di Quba’. Rasulullah juga ada di sana. Baginda yang melihat kelibat Suhaib terus menyambutnya dengan kegembiraan dan berkata: “Perniagaanmu telah untung wahai Abu Yahya! Perniagaan mu telah untung wahai Abu Yahya! Perniagaanmu telah untung wahai Abu Yahya!”
Hilang segala keletihan nya disambut senyuman dari Rasulullah. Tidak sempat diceritakan, Rasulullah sudah tahu segala yang berlaku sepanjang perjalanan nya. Sesungguhnya Jibril telah menyampaikan wahyu pada nabi saw menceritakan hal Suhaib menerusi firman Allah SWT:
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
“Dan di antara manusia ada yang menjual/mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata mata; dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba hamba Nya” [Al Baqarah:Ayah 207]
Sekian kisah Shuhaib Ar rumi yang benar2 meruntun jiwa saya. Saya buat keputusan berehat dari sharing petikan buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin untuk pagi ini.
#Akhirul kallam.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Betapa Allah sering beri peluang kepada kita; hatta, kalau datang kita lewat mendatangi berjemaah solat di rumahNya pun tapi masih dapat pahala solat berjemaah. Tinggallah kita nak buat atau tidak.
Manakala, Suhaib mengajar kita erti pengorbanan yang sejati. Dia tidak kisah miskin kembali, tinggalkan segala harta kemewahan, semata mata menyahut perintah tuhan. Kekayaan tidak jadi kan dia buta dari menilai harga sebenar agama Islam
Itulah dia perniagaan yang tak akan rugi sekali kali. Allah berfirman bahawa sesiapa yang berurus niaga dengan Allah, maka keuntungannya adalah syurga yang tidak terperi nikmatnya:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang yang beriman jiwa dan harta benda mereka, dengan bayarannya berupa Syurga”
- At-Tawbah:111.
Seusai sunat ba’diyyah isya’, dengan air mata berderai dipipi, saya beristighfar lagi, kenangkan dosa saya dari tengahari ke sore semalam dan kenang diri saya, siapa saya di sisi Islam dan apakah yang saya dah korbankan untuk Islam. Indeed, tiada.. ampunkan saya ya Allah😭🙏🏻
Moga bermanafaat.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Written & Edited by a despicable human being: <ncs@SeriMinang>
#TerimakasihAlangIbnShukrimun
Comments
Post a Comment