DUNIA ISLAM PASCA 11 SEPTEMBER.

(PART 2)
DUNIA ISLAM PASCA 11 SEPTEMBER.
Ulasan Ustaz Abdul Mu’izz.

RAND COOPERATION..

Assalamu’alaikum...
Salam kedamain selembut angin berpuput di luar sana bersama suara uniq dinihari. Pada para para golongan awal pagi, cuba fokus dan dengar suara alam ketika dinihari, ada suatu keunikan yang tiada pada waktu lain. Memang Allah sediakan masa ini untuk hamba2 nya mencari sesuatu.

Firman Allah SWT.:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
“ solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempat kanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”

Di akhir zaman ketika taraf kenabian sudah tiada lagi dan ketika taraf syuhada sukar di buktikan, hanyalah tinggal solat malam yang boleh membantu kita semua ke syurga. Jangan lepas kan peluang ini.

Renungkanlah sebelum termenung..😊

Untuk pagi ini kita sambung nota di catat ketika kuliah subuh ustaz abdul mu’izz mengenai Islam Selepas Sept 11

RAND Coproration (ditubuh sejak 1948, sama dengan penubuhan negara israel yang didokong oleh Amerika, ada 50 badan pengkaji untuk menentukan polisi polisi Amerika ) - pertubuhan ini membuat kajian tentang islam dan dipublish secara umum. 2003, banyak report dikeluarkan. 2004, RAND corporation keluar satu report penting. Mereka ini sangat terkehadapan dalam mengkaji.

Report yang dimaksudkan kan adalah: “The Muslim World after 9/11” , 500 lebih muka surat. Tuan tuan boleh layari internet dan baca sendiri report ini. Ada juga plan menceritakan tentang tindakan yang nak dibuat kepada Malaysia.

Solah abdul fatah alkhaidi scholar islam dah ada tulis mengenai islam rabbani dan islam amerika. Ianya ada persamaan dgn penulisan oleh Asyahid Syed Qutb ( jadi target amerika sejak 1950 - dia mendedahkan tentang islam nak dibuat demgan cara Amerika ketika bertugas di Amerika dari 1941,  Amerika sudah senaraikan negara yang akan “diserang” - negara minyak). Selepas sept 11, negara minyak banyak yang diserang.

Perkara awal ditegaskan dalam report: nak tentang extremist/radikal, tak cukup dgn kempen ketenteran tapi kena serang juga pemikiran.

Agenda oreintalis seterus nya adalah guna media.
•Barat perlu sediakan dan  cipta islam moderate. Hari ini dunia akan dengar apa yang di putuskan amerika. Ini menujukkan betapa pentingnya kuasa - authority dlm sistem nilai. Aliran sofism - yunani kuno - mendefinasi keadilan : apa apa yang menguntungkan pihak yang berkuasa. Bila Dah berkuasa boleh define apa apa sahaja. Walaupun secara fakta, yang ganas sebenrnya adalah barat, kalau kita ambil, siapa yang membunuh dan menyerang. Memang amerika tp dunia susah nak terima fact ini, sebaliknya apa apa yang di inspirasikan oleh islam dikatakan ganas. Malah simpanan senjata dan peledak nuclear pun paling banyak ada pada amerika. Ada yang kaji, apa beza kekuatan amerika sekrang dgn Rom di zaman dulu, kata mereka amerika lebih jauh berkuasa dari tamadun dahulu. Dulu walau besar manapun empayar tapi tentera mereka hanya di negara sendiri. Tapi Amerika menempatkan tentera nya di negara negara lain.

Agenda pertama - cipta moderate islam: liberalism, letakkan aliran pluralism. Kalau ada yang kata islam saja yang betul dunia akan anggap kita ini radikal. Utk promosi gaya hidup liberal mereka kena cipta satu spt peritiwa sept 11 untuk  memberi kesan momokkan islam sbg ganas. Terbitlah satu “notion”: “ islam ini ganas dan tak sesuai untuk di zaman sekarang”..

Jumpa esok pagi pula..

Akhirul kalam

Bezakanlah antara dengan kafir. Bezanya adalah amalan dan dekatnya kita dengan Allah. Jika tidak kita akan menang melawan mereka ini kerana secara zahirnya kekuatan kafir menang hebat tapi kita kena perkasakan batin kita. Sejarah badar telah pun menbuktikannya..

Wallahu’alam

Wassalam

pencatat: Ncs

Selasa (24 September 2019)

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S