Posts

Showing posts from February, 2026
Image
Ahad 11- Ramadhan  1447 (11-9- 1447) The Curve -  Spt ulasan UAI pada satu soalan, Mengapa Syaitan sudah di ikat tapi manusia masih melakukan kejahatan. Jawapan beliau santai, Musoh manusia ada empat. Syairan, Nafsu, Manusia itu sendiri dan Dunia (hartabenda). Adapun apa yang Allah kehendaki daripada puasa, bukan suruh jauhkan diri manusia dan dunia tapi jauhkan dari Syaitan dan Hawa Nafsu. Bulan puada Allah dah ikatkan Syaitan dan Hawa nafsu hendaklah kamu lawan sendiri.  *NCS @ SAHUR Di hari AHAD  11 RAMADHAN 1447 H*  * Tetaplah beri peringatan, peringatan itu bermanfaat. * Ust Hasnil on the 10th of the month Ramadhan in the house of Surau AlAmin Btho.  ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Alhamdulillah, Seper tiga jalan sudah selamat ditempuh, dua pertiga lagi menanti dengan ganjaran pahala yang melimpah. Jangan lah biarkan semangat itu kendur, teruskan lah istiqomah. Semoga sisa hari ini memberi suatu kekuatan untuk terus merebut kele...
Image
Sabtu 10- Ramadhan  1447 (10-9- 1447) Buka Puasa Ikea *NCS @ SAHUR Di hari sabtu  10 RAMADHAN 1447 H* •Tetaplah beri peringatan, bermanfaat.  #Nota kulliyah subuh bersama Us Zul Pandan #kisah sahabat ketika berperang di dalam bulan Ramadhan.  ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Alhamdulillah. Bermula seawal dinihari hari ini, berkesempatan rezeki  singgah sahur bersama ahli ahli masing masing. In shaa Allah, dengan  keberkatan pagi dimulai bersahur, akan memberi tenaga dan ketenangan untuk menghadapi hari ke 10 Ramadhan penuh kekuatan dan juga rasa  semangat. ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Selamat pagi semua ! syukurlah alhamdulilah sudah masuk di 10 hari pertama di Ramadhan. Kita masih bernafas lagi hari ini dan semoga nya dipanjangkan ke Lailatul Qadr pula. Malam tadi, dapat selesai tenang 20 Rakaat belakang Imam Rasidi di surau Al Amin BTHO. Berkat betul bila Solat bersama orang orang yang mahir dan tahu Al Quran; 20 rakaat it...
Image
Jumaat 09- Ramadhan  1447 (9-9- 1447) Tazkirah Jumaat Ust Ibrahim Zakaria *NCS @ SAHUR Di HARI KHAMIS  9 RAMADHAN 1447 H*  * Tetaplah memberi peringatan, bermanfaat. TAZKIRAH: Malam ke 8 oleh Us Hishamudin Di surau AlAmin @ BTHO, Cheras. < ALLAH SWT MERINDUI KITA> (pt 2) ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Alhamdulilah sudah selamat kita bersahur demi untuk puasa di hari Jumaat, pada 9 Ramadhan ini, semoga sahur kita sebentar tadi bukan sekadar makan. Jadi lah ia sesuatu yang di perkukuhkan dengan  niat yang sebenarnya.  Untuk puasa, jadikan puasa hari ini sebagai penyucian diri dan fizikal, hati,  pemikiran dengan penuh dengan kesyukuran dan juga kesabaran, serta juga memanfaatkan waktu berkat ini untuk berdoa.  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Salam Jumaat, Salam Subuh dan Selamat Pagi. Jumaat yang ke 2 di dalam Ramadhan diberikan Nya suasana berganda atas gandaan yang diberikan Allah. Maka, beruntunglah pada yang mengambil...
Image
Khamis 08- Ramadhan  1447 (1-9- 1447) Tarawih SAA Mlm 9 *NCS @ SAHUR Di HARI KHAMIS  8 RAMADHAN 1447 H*  * Tetaplah memberi peringatan, bermanfaat.   •TAZKIRAH: Malam ke 8 oleh Us Hishamudin Di surau AlAmin BTHO, Cheras. < ALLAH SWT MERINDUI KITA> (Pt 1)  ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Salam pagi Khamis 8 Ramadhan yang indah, semoganya di hari ini ia nya membawa rahmat, nikmat, dan berkat buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan juga muslimin muslimat  semua. Selamat terus berpuasa! Jom manfaat kan di bulan ini, perbaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Selamat beribadah dan moga istiqamah walau pun dah selesai bulan Ramadhan nanti.  Alhamdulillah. Malam tadi yang di kejar dulu adalah solat isya secara berjemaah kemudian nya baru mencari ruang tamatkan terawikh 8 atau 20. Itulah terjadi senja semalam; usai iftar di IGC, ter...
Image
Rabu 07- Ramadhan  1447 (1-9- 1447) *NCS SAHUR Di HARI RABU 7 RAMADHAN 1447 H* * Tetaplah beri peringatan, peringatan itu bermanfaat. - cetusan us zuhairi - Amalan berselawat antara tarawih ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Selamat hari ke tujuh Ramadhan! Semoga terus istiqomah dengan meningkatkan amalan di minggu pertama yang mulia ini. Baharui lah niat, perbaiki diri jadi lebih ber takwa. Dah boleh masuk gear 2 dah, tingkatkan lah semangat beribadah, kurangkan keluhan, gandakan sedekah agar puasa kita akan lebih bermakna memasuki minggu ke 2 Ramadhan nanti… ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Hari ke 7 pembuka bicara. … buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat semua nya di mana ada nya jua….. Semoga hari ke 7 di Ramadan ini membawa kan ketenangan dan keberkatan buat kita semua !  Terimakasih...
Selasa 06- Ramadhan  1447 (1-9- 1447) NCS SAHUR Di HARI SELASA 5 RAMADHAN 1447 H*  * Tetaplah beri peringatan, peringatan itu bermanfaat.    - Tazkirah Ring kas @ usai 8    rakaat terawikh sebelum witir 3 rakaat oleh Us Dr Zukhairi ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Pembuka bicara dan mukadimah awal pagi selasa 6 Ramadhan dan yang semakin terfokus kepada keberkatan, peningkatan ibadah, dan kesyukuran dek masih lagi diberi Nya kesempatan bernafas di bulan mulia. Terutama nya pada yang sedar. Semoga di hari ke 6 ini, amalan kita semua di Ramadhan ini semakin diterima Nya.  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Salam awal dinihari buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat semua walau di mana berada. Alhamdulillah, tidak terasa sudah 5 hari kita dah menjalani ibadah puasa. Juga terkejut dengan apa yang ada kemampuan menelesurinya bersama 5 Juz. Kalau bulan biasa har...
Image
Isnin 05- Ramadhan  1447 (5-9- 1447) *PERKONGSIAN NCS SAHUR Di HARI ISNIN 5 RAMADHAN 1447 H*  * Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanfaat. #Ust Ahmad Yazid Zainon. •Kitab Idaman Penuntut (terawikh) Pt 2 ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Bermula dengan nama Allah seawal sahur isnin, satu amalan mulia bagi makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat dan  semua nya mencari keberkatan, dan juga ketenangan, kelancaran rezeki sepanjang yang akan datang minggu. Mula kan hari dengan doa, zikir, niat positif untuk memulakan setiap tugasan yang baik baik. Jangan terus ke dunia. Singgah dulu pada Allah. Janji Nya berganda di Ramadan ini, asalkan ianya hal yang baik baik.  Salman alFarisi RA katanya, nabi SAW bersabda: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu sekalian bulan yang agung lagi diberkati. Bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. B...
Image
Ahad 04- Ramadhan  1447 (1-9- 1447)  *PERKONGSIAN NCS Di HARI AHAD di WAKTU DHUHA  * Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanfaat. #Ust Ahmad Yazid Zainon. •Kitab Idaman Penuntut (terawikh) ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Selamat pagi Ahad, SALAM DHUHA buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin dan muslimat seantero alam maya di mana sahaja tulisan ini di gapai mata..  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Sejahtera lah semua di pagi 4 Ramdhan. Moga makin kukuh di dalam mendirikan kewajipan kita dalam Ramadan. Walaupun di dinihari tadi terlepas ibadah sunat bersahur tapi semangat tetap Tak luntur. Subuh kekal juga berjemaah di rumah Nya dan majlis ilmu tetap di santuni duduk bersama Us Zul Pandan di surau Al amin BTHO.  Terimakasih Allah. 4 Ramadan  Daripqsa Abu Hurairah ra, nabi saw bersabda: “Allah SWT berfirman (hadith qudsi): Setiap amalan anak Adam adalah untu...
Image
Sabtu 03- Ramadhan  1447 (1-9- 1447) *PERKONGSIAN NCS Di HARI SABTU*  • Tetap lah memberi  peringatan, bermanfaat. #Disebalik Juz 1: Surah alFatihah dan alBaqarah  Salam puasa salam ber pahala di pagi hari sabtu yang dijelmakan Allah swt buat kita semua, buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat seantero alam maya di mana sahaja tulisan ini di gapai mata, semoga turun lah ke mati hati menjadi penawar racun dosa yang sebelum nya. ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Bangun dengan doa, mulakan dengan syukur, dan jalani hari dengan niat yang ikhlas; hidup mati ibadah lillahita’ala se mata mata. Semoga bertambah nikmat dari Nya.  Tak terlafaz dengan kata kata bila dapat memulakan 3 malam pertama Ramadan diisi dengan terawikh 20 rakaat. Terimakasih ya Allah; tak akan mampu nya di sempurnakan tanpa izin Mu dan amat syukur kerana terpilih menjadi insan yang menutup hari kedua s...
Image
Jumaat 02 - Ramadhan  1447 (1-9- 1447) Ustaz Baktiar. Hikmah puasa.  *PERKONGSIAN NCS Di HARI JUMAAT *  - Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanfaat. #Ustaz Azhari Musa - cuti CNY pun tetap dengan ber kulliyah maghrib (2 )  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SALAM dinihari salam Qiam salam subuh di RAMADHAN  buat yang di kasihi Allah makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat  semua nya. Mubarakalaikum pada yang telah berjaya men yantuni malam pertama hari pertama dan juga malam kedua Ramdhan dengan jalan terbaik seperti di anjur kan agama. Semoga semuanya menjadi Ramadhan terbaik kali ini. Ini adalah rintisan untuk hari hari di bulan selepas Ramadhan.  Semoga dijayakan di Ramadhan dan selepas. Awal seruan ini di alun kan demi mengharap kan ada hidayah Allah untuk yang telah awal Ramadan memenuhi masjid surau malam tadi dan malam sebelum nya serta subuh subuh kini. Tetapkan ...
Khamis  01- Ramadhan  1447 (1-9- 1447) Dhirar Bin Al Azwar Dhirar bin al-Azwar ialah seorang sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang terkenal sebagai pahlawan Islam yang sangat berani pada zaman awal penaklukan Islam. Ringkas biodata Nama penuh: Dhirar bin al-Azwar al-Asadi Kabilah: Bani Asad Hidup pada zaman Nabi ﷺ dan para Khulafa’ al Rasyidin Terkenal sebagai pejuang berkuda yang gagah
Image
Rabu 01- Ramadhan  1447 (1-9- 1447) 1. Ramdhan.. Tarawikh di Surau Al Amin.  Siapa Ala bin Hadrami Al-Ala’ bin al-Hadrami (العَلاء بن الحضرمي) ialah seorang sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang terkenal sebagai panglima, gubernur, dan wali Allah yang memiliki banyak kisah luar biasa. Ringkas Biodata Nama penuh beliau ialah Al-Ala’ bin Abdullah bin Dhamad al-Hadrami. Berasal dari Hadramaut, Yaman dan masuk Islam, awal di Mekah. Beliau wafat sekitar tahun 20–21H (zaman Khalifah Umar) Peranan Penting Dalam Islam Utusan Nabi ke Bahrain Rasulullah ﷺ mengutus beliau sebagai dakwah dan gabenor pertama Bahrain dan berjaya mengislamkan ramai penduduk di sana. Panglima Hebat Pada zaman Khalifah Abu Bakar & Umar: Memimpin tentera melawan pemberontakan Riddah di Bahrain. Memimpin ekspedisi ke wilayah Parsi. ✨ Kisah Karomah (Keistimewaan) Al-Ala’ terkenal dalam sejarah Islam kerana kisah-kisah luar biasa: 🌊 Tentera berjalan atas air Dalam satu ekspedisi, tentera beliau terhalang oleh laut. Be...
Image
Ahad  ,  Feb 17 , 2026 29 Syaban 1447 (29-8 -1447) *PERKONGSIAN NCS Di HARI SELASA* Tetap lah memberi peringatan, ianya bermanfaat. #Ust Azhari Musa @ surau alAmin BTHO - cuti CNY pun tetap ada kulliyah maghrib. ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Salam selasa bahagia dunia dan bahagia di akhirat buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat  di mana jua. Semoga semua dikurnia kan kebahagiaan, serta keselamatan, dan juga keberkatan hidup dunia dan akhirat. Sama sama kita menjemput bahagia dunia akhirat dengan  mengasihi Allah swt dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW. ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Semoga kita termasuk dalam golongan yang bahagia akhirat kerna ; •suka membaca lafaz,  ‎لاَ اِلَهَ اِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ •bila ditimpa musibah, akan ucapkan, اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِ...