TAFSIR HERMENEUTIK 3

BAHAGIAN AKHIR
TAFSIR HERMENEUTIK

Assalamu’alaikum..
Salam pagi Ahad. Selangkah kita melangkah lagi ke hadapan, yang pasti mati semakin kita dekati. Tenang tenanglah semoga jiwa kita berada dalam satu kedudukan yang damai utk menempuh saat itu.

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuk lah ke dlm jama’ah hamba hambaKu, masuklah ke dlm syurgaKu” (AlFajr: 27-30)

Tidak dapat nak bayangkan saat itu! 😭...

Selama masih hidup ini. Jom audit diri, andainya bangun pagi, hati terasa berserabut dan tak tenang, bermakna ada penyakit hati. Banyak buat silap hari semalam. Saya secara peribadi, biasanya akan check : Pertama, banyak dosa. Kedua, tidak memaafkan orang. Ketiga, kita sangat ego. Bersihkan hati, supaya tenang dan bahagia hidup tanpa prasangka. Tambah lah ruang zikir dalam juzuk kehidupan kita.

Dalam masa yang sama berdoalah untuk Islam dan umatnya. Allahumma a’izzal islama wal muslimin, Yaa Allah, muliakanlah islam dan kaum muslimin...

Moga Allah segera lahirkan mujadid islam membimbing umat ke mercu kejayaan. Sementara itu, jgn lalai dgn segala rancangan musuh..

[TAFSIR HERMENEUTIK]
Ustaz Adlan Mokhtarudin

•Hermeneutik adalah salah satu cabang liberlism.

•Liberalism ada lima akar yang utama. Kalau kita nak terjun berlawan dgn puak yg terkesan dgn liberalisma, kita kena “masak” dalam bab bab ini:

1.Sekularisasi - ini tapak utama dan asal liberalism. Dari yang keras kpd yang lebih lembut. Sekularisasi keras pada Islam tapi liberal lembut dan makan dalam pd islam, seolah meraikan tapi mengajak ke arah yang berbeza.
•Pluralism - amalkan konsep kesamarataan dalam semua agama. Tidak ada ajaran yang salah atas muka bumi ini. Mereka merungkai islam sehingga berkata islam itu betul tapi tak boleh kata agama lain salah
•Alquran edisi kritis. Ajak umat islam fikir secara kritikal. Pada mereka, betul Alquran kalam Allah tapi betulkah alquran yang ada sekarang ini betul alquran yang datang dari Allah selepas melalui zaman zaman sahabat. Dan betulakah yang ada itu Yang original. Ini masuk dalam jiwa orang islam, dengan rungkai sejarah alquran ikut versi mereka, yang mereka lakukan secara kritikal thinking
• Hermeneutik AlQuran - kaedah tafsiran al quran secara baru. Pada mereka, tafsiran dulu dah tak relevan dan ia perlu di kaji semula. Al quran benar dan kekal tapi tafsiran baru kena di buat. Sedangkan ulamak ulamak dulu dah bahas di peringkat ijtihat tertinggi. Solat tetap kena solat, haji tetap kena buat di Mekah. Pada mereka islam, bukan agama khusus, tapi ia hanya spt agama lain meyembah tuhan.
•feminism - perjuangkan hak hak wanita. Samarata lelaki dan perempuan. Sehingga persoalkan kenapa tiada tafsir di buat oleh wanita. Wanita perlu buat tafsir sendiri dan kena mufasirin dari kalangan wanita.

Apa yg Tafsir Hermeneutik cuba lakukan:
•Nak ubah tradisi Alquran. Kalau nak ubah tafsiran, ada keadah, bukan main ubah macam tu saja. Nabi saw; kalau pandai pandai tafsir al quran, kamu akan dapat dosa. Kena ada ilmu dlm tafsir dan tadabbur, kena yakin dan faham dlm apa yang kita baca. Tapi mereka memandai mandai nak tafsir quran dan nak ubah apa yang telah di tafsir oleh ulamak terdahulu. Contoh: asbabulnuzul perlu difahami dan diselari dgn kontek hari ini, maka kalau hari ini tak selari kena selarikan. Spt makan khinzir dilarang dalam al quran. Mereka cuba tekan perkara : Apa yang kita faham bahawa khindzir itu babi? Mungkin ianya ayam. Apa jaminan ianya diseluruh tempat mungkin ianya hanya di Arab? Inilah yang telah berlaku pd bible, dirungkai dan diubah. Ini yang mereka hendak buat pada alquran. (Nota: ada 300 industri yang telibat dgn produk babi). Tekstualiti alquran dan kontekstualiti alquran di bahaskan.

Contoh lain: arak. Ssghnya arak haram disebut dalam alquran. Tapi Kata mereka, kena tengok pd konteknya, kerana ayat itu diturunkan di Arab yang ber Cuaca Panas. Di Eropah pula sejuk, kata mereka lagi arak sesuai untuk panaskan badan.
Mereka memandai mandai untuk membolehkan yang haram dihalalkan.

Akhirul kalam

Dalam bab Hermeneutik ini,
Boleh Belajar cara tafsir ini tapi jangan lupa belajar dan telaah tafsir asal yang telah dijelaskan ulamak terdahulu.
Fasihkan dulu dgn yang itu.

Dah ada contoh seorang Tokoh sarjana mesir Hamid Abu Zahid. Kategori Ulamak Mesir. Pergi Belajar di US selama dua tahun, tapi terkesan teruja dengan cara tafsiran Hermeneutik ini. Hingga tersesat.

Masalahnya masyarakat kita ini, apa yang datang dari barat, diterima dengan baik tapi dari islam semuanya perlu dipersoal. Sehingga ada yang berani berkata “Alquran tidak semuanya betul” Pada mereka, tidak ada istilah obsulute truth. Sedangkan dalam alquran ada ayat ayat yang kita tidak boleh pertikai hukumnya.

Sesat mereka ini sehingga cuba rungkai teks alquran dan cuba nak seiringkan dengan zaman. Ini nak selesai masaalah atau nak ikut nafsu saja? Cth : ayat berkaitan kebolehan boleh kahwin lebih dari satu. Pada mereka secara Tekstual nya memang boleh. Tapi secara kontektual, dulu arab kahwin sesuka hati. Oleh itu, hari ini ianya tidak relevan dan tidak valid lagi. Malah poligami ini menindas kaum wanita tapi kalau bab kahwin sejenis boleh pula.. Allahuakbar! Sesat barat...

Jangan lari dari cahaya asli islam jangan tertipu dengan cahaya islam yang palsu. Jadikan kisah alladin dan lampu ajaib nya sebagai pedoman..

Kalau terus terusan tafsir alquran ikut kontek bukan teks maka kita akan hilang jati diri islam. Ini akhir nya akan menyebabkan kurang!nya orang islam yg bangkit membantah bila islam di hentam.

Imam ghazali - “ Ada dua golongan yang jika rosak maka akan rosaklah rakyat  mereka adalah pemimpin dan ulamak”

Wallahu’alam

Wassalam

Cataran : NCS
#Terokailah jangan sampai teruja sehingga terseliuh.
#Berhati hati bila belajar dengan orientalis

Ahad (15 September 2019)

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S