*taubat dan tasawuf..*
Nota kuliah Ustaz abdul aziz abdul Ghani...

Assalamu’alaikum...
Sallam pagi.

Terlalu penting utk mulakan hari ini dgn sesuatu yang akan menguntungkan diri kita. Tiadalah pula hal yang lebih baik dari hal hal urusan yang memberi kebaikan utk kita .. akhirat dan dunianya sekali.

Maka, berusahalan untk bacal ayat suci daripada Allah setiap hari sebelum keluar dari rumah walaupun hanya satu ayat. Dgn ini, ertinya  kita cuba untuk seawal mungkin untuk mewujudkan satu ‘tali perhubungan’ dengan Allah.

Apatah lagi berbicara tentanh mati, tiada siapa yang tahu dan bayangkan jika kita ditimpa kecelakaan di pertengahan jalan dan ditakdirkan kita meninggal dunia, betapa bermaknanya kematian itu kerana kita telah memulakan hari kita dengan mengingati Allah, dan pengakhirannya juga dengan Allah. Aameen..

*Pemgisian Pagi*
Nota kuliah Ustaz Abdul Aziz Abd Ghani.

Taubat adalah salah satu daripada permulaan jalan ke akhirat. Sesiapa
nak jalan ke akhirat kena sentiasa kembali pada Allah. Tasawuf ini adalah ilmu akhlak. Tidak salah belajar jangan salah pembawakkan.

Tariq - jalan nak dpt redha Allah. Jadi kita lebih beradab dgn Allah dan manusia. Nak kenal Allah kena belajar tauhid dan ilmu awidah. Jgn salah faham, kalau tak kuat syariah,  jgan salah pembawaan dalam tarikat.

[TAUBAT & TARIKAT]
Taubat dan tarikat. Taubat supaya kita sedar mohon ampun dgn Allah dan buat yang baik tinggalkan yang tidak elok.

Imam malik -“ siapa yang bertasauf tapi tidak bersyariat dia akan jatuh kpd zindik, siapa yang berfeqah beramal tapi tidak berakhlak dia akan jatuh fasiq” #zindik.

Hukum agama - rujuk hadis jibrail - iman, islam dan ihsan ( akhlak/tasauf). Tak cukup aqidah yang kuat, kena ada akhlak yang baik pd Allah dan manusia.

Menuntut ilmu tidak pernah ada pengakhiran kecuali bila dah bertemu dengan kematian. Menuntut bukan nak jadi ustaz, bukan nak jadi ulamak tapi ianya adalah tanggungjawab, ada jawapan kita dengan Allah. Ini juga kita boleh jadi orang yang akan berkongsi ilmu dgn masyarakat. Belajar adalah berniat untuk dpt ilmu dan beramal. Beramal bukan dengan tiru tiru kena tahu dan faham. Jika kita dulu jahliliyyah sekarang nak berubah kena ada ilmu supaya akan benar2 menuju ke jalan Allah jalan akhirat. Maka, jangan tinggalkan majlis ilmu.

Taubat adalah kunci pada ilmu. Imam Nawawi - cerita ttg adab antara murid dan guru. Bukan guru saja yang hebat, murid pun kena hebat. Bukan sekadar nak belajar saja tapi nak beramal dan berubah. Ilmu perlu pd masa dan berhemah. Ibnu Hajjat dikanali sbg anak batu. Kisah batu lekuk dititis air. Itulah ilmu itu boleh mengubah jika selalu di hentak di fikiran..

*Akhirul kalam*

Sikap adalah segalagalanya dalam kehidupan, baik pagi dan dalam keadaan apa saja yang mungkin timbul sepanjang hari. Sentiasa berfikir yang positif dan cuba tidak kehilangannya sebagai buruk kerana sesuatu mungkin keluar. Sekiranya sesuatu berlaku, hentikan, berfikir dan cari cara untuk bertindak balas tanpa memudaratkan tuning yang baik yang telah anda buat sejak bangun.

Wallahu’alam

Wassalam

*NCS*
(1/10/2019)

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S