*Picisan pagi Ahad..*
[Last saturday.. sweet memory dan Sambungan Tulisan semula Nota kuliah Ustaz Fairuz - Bab Fitnah]
Assalamu’alaikum..
Sobahul khair..
Pagi ahad yg indah dan dingin. Bangun! Bangun! Bangkit teruskan pencarian bekalan - duniawi ukhrawi. Semoga cahaya Allah selalu bersama dengan kita di sepanjang hari ini.
Pagi pagi sedap gak kalau kita dapat mulakan dengan kata kata yang lunak yang dapat menyubur jiwa ..
“Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"..
Seminggu sudah berlalu satu moment yang indah untuk kami yang 33 tahun dulu pernah menginap, belajar bersama di seksyen 17 dan 18 shah Alam dan ada juga di subang jaya sebelum kemudiannya bawa diri masing2. Takdir Alalh, di usia 50an, kami bertemu semula merapatkan lagi satu hubungan yang dulu pernah genting dek kerna keegoan dan juga mentah dalam berfikir. Kini setiap tahun dua kali kami akan berkumpul bertanding dalam satu sukan “Golf” yang kami uruskan penuh halus bermaksudkan syariah Islam. Demi untuk sebuah kesinambungan yg direstui Allah swt. Antara moment yg terindah pd hari itu, adalah kami solat subuh berjemaah dan utk team Indiana Univ, kami sempat berkumpul dan berdoa mintak kejayaan berpihak pada kami. Yang indahnya adalah sekecil itu pun kami berdoa kerana itulah hakikat dalam hidup, sekecil kecil perkara yang baik kita perlu berdoa.
(لا حول ولا قوة إلا بالله)
[Tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah]
Moga moment ini menjadi satu ibrah yg baik umumnya bagi kita semua dan khusus untuk Ex KPP SPM 85 Intake 86....
*Sambungan pesan Lukmanul Hakim, satu tulisan semula dari kuliah ustaz Fairuz Muhammad*
“Dan hendaklah saudara kamu kawan kawan kamu yang kalau berjauhan dgn kamu dia tidak mengaibkan kamu dan kamu pun tidak mengaibkan dia dibelakang nya..”
Erti tidak berkawan dengan seseorang adalah kita tidak rapat dengannya. Tidak pula beerti kita berbalah dengan nya. Ada juga antara kita dengan seseorang itu - kita tidak perlu bercakap pun dengan dia kerana kalau bercakap ianya akan lebih “mencukakan” keadaan. Lebih baik salam dan senyum saja..
Berkatalah sebahagian ulamak.. “fitnah dibina atas tiga perkara : bohong ( kazib), dengki (hasad) dan kemunafikan (nifaq), tiga ini di kira sebagai “tungku dapur” pada fitnah... juga berkata ulamak ..” sekiranya benar yg dibawa tukang fitnah, ssghnya dia berani dan mencaci maki kamu, orang kena yg terkena fitnah adalah lebih aula utk kamu berkasih sayang dgnnya kerana kalau sipencaci tu betul pun sekalipun tapi dia sampaikan secara dari belakang bukan berdepan. Maka, lebih baik kita berkawan dgn yang di fitnah kena ada ihsan padanya..”
[Kejahatan org yang suka menfitnah amat besar]
Dari hamat bin salmah: seorang lelaki jual hamba dan berkata pd pembeli: hamba ini tip top solid kecuali dia suka menfitnah. Jawab pembeli - takpalah aku beli jugalah. Sebab dia remehkan bab fitnah asal rajin dan kuat. Lalu dibeli, selepas beberapa hari, si isteri pembeli di maklumkan oleh hamba: sebenarnya tuan kita tu tak suka kat puan dan dia nak berpisah dgn puan. Kalau puan nak baik dgn dia , ambilah pisau cukur dan cukur beberapa helai jambang dan tuan akan cintakan puan. Selepas itu hamba itu pegi jumpa dgn tuannya pula dan fitnahkan yang puan ada hubungan luar dgn orang lain dan puan nak bunuh tuan. Lalu hamba nya ajar tuan nya pura pura tidur, dan tengok, betul tak apa yang dia katakan. Maka pura pura tidurlah sisuami. Dan si isterinya merapatilah sisuami sebab nak potong janggut supaya suaminya
Cintakan dia. Lalu si suami bunuh istrinya kerana sangkakan isterinya nak bunuh dia. Dtg pula keluarga isteri bunuh suami sehingga terjadi perang antara dua keluarga. Jgn pdng remeh pada fitnah, doakanlah pada Allah kita dijauhkan dari fitnah..
Ubat kena telan, jarum kena inject. Semoga terawat hati kita dan bertambah menjadi hati yang lebih bersifat mahmudah..
*Akhirul kalam*
Ketahuilah sesungguhnya 'Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah' adalah harta yang terpendam di singgahsana Arsh Ar Rahman. Ia adalah ubat bagi 99 penyakit, yang
paling ringan penyakit gundah.
Subhanallah. Inilah fadhilah dan hikmah zikir Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah
Jom sama perbanyakkan membacanya setiap hari keran ianya juga adalah perbendaharaan syurga.
Wallahu’alam
Wassalam

Picisan Oleh: *Hj Ir Ncs*
Comments
Post a Comment