*Dari Seri Minang..Cheras*
[Nota Kuliah Maghrib Ustaz hafiz reduan.. Doa dan usaha]
Assalamu’alaikum
Alhamdulillah. Selamat pulang ke tempat perjuangan yang asli, bila pesawat selamat “landed” jam 825 Ahad. Inilah tempat perjuangan hidup yang sebenarnya.
Dalam kehidupan manusia, setiap dari kita ada cita2 dan keinginan. Itulah kekuatan yang membuatkan kita terus bekerja dan bertahan dlm hidup. Kekuatan ini mendorong kita terus mencari kehidupan lebih baik dan membahagiakan. Tapi apa yang terjadi, kita tidak mampu melihat penyelesaian ketika dilanda kesulitan. Padahal, Allah sudah janjikan akan ada penyelesaian menunggu kita ketika kita di landa kesulitan.
“Kerana sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah al Insyirah, ayat 5 - 6)
Jadi, untuk motivasi pagi, kita perlu jadi ‘penyelesai masalah’ bukannya ‘perintis masalah’. Kita mungkin mencuba 20 kali tapi kejayaan itu akan hanya diberikan Allah SWT pada percubaan kali ke 21.
Masih segar dengan gerakkerja selama 4 hari di Perth.. tapi, ada juga dua tiga perkara yang terkilan ketika disana kerana tak sempat nak buat:
•Bertandang ke rumah adik ipar di Malaysian Hall
•Bertemu dengan “sahabat” satu kumpulan whatsapp - Rindu Mekah
Itulah yang telah disusun Allah. Moga ada sebab yang baik di sebalik itu. Apa2 pun semalam sudah selamat kembali menjadi ahli qariah surau Al Amin dan majlis ilmu nya..
*Pengisian Pagi*
NOTA KULIAH MAGHRIB USTAZ HAFIZ REDUAN...
Doa pd Allah manafaatnya untuk orang yang berdoa itu..
“Wahai muhmamad jika mereka ramya tentang tuhan, katakan pd mereka Allah itu dekat..”
Maksud dekat, Allah tahu semua isi hati kita. Semua manusia akan di uji, bila kita diuji kembalilah pada Nya. “Mintaklah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan solat..”.. “aku perkenaan semua doa manusia tapi dgn syarat manusia kena kembali pada Aku.”
Kadang2 kita rasa doa ini hanya satu kerja biasa sahaja. Sedangkan Allah sayang pada mereka yang berdoa padaNya. Seremeh remeh perkara kita minta dgn Allah, ini tanda Allah sayang kita .. kerana kita letakkan dalam jiwa sifat kehambaan, rasa diri banyak kekurangan. Manusia memang lalai, godaan nafsu bisikan syaitan. Maka, kena bergantung dengan Allah kerana Allah berkuasa atas setiap gerak geri kita. Tiada satu pun terlepas dari kukuasaan Allah hatta sehelai daun gugur di hutan amazon, jangan jadi kafir zuhri kerana tak yakin dgn semua kejadiaan kerana Allah..
Kekadang kita minta dgn Allah, Allah mustajab kan doa walaupun hanya sekali dia minta, kekadang ada yang minta benda lain tapi yang dia dapat perkara lain. Kekadang kita rasa Allah tak makbul atas dunia tapi Allah tangguh hingga ke akhirat. Kekadang kita tak nampak nikmat yang Allah beri kerana kita tidak dpt relate yang semua yang baik dari Allah adalah nikmat bukan setakat kaya dan berduit sahaja. Sihat pun nikmat, bahagia pun nikmat.
*akhirul kalam..*
..Kejayaan hanya diperoleh hasil kerja keras, perjuangan, keringat dan air mata. Usaha yang sedikit, kejayaannya mungkin cepat tetapi sedikit manakala usaha banyak, kejayaannya mungkin lambat tetapi besar. Jatuh itu bukan sesuatu yang bertentangan dengan kejayaan... tak berjaya kalau tak cuba.
“Orang yang gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba..”
Selamat bertugas..
Wallahu’alam
Wassalam
Tulisan dari Seri Minang: *NCS*
Comments
Post a Comment