*Nota Pagi Jumaat dari Down Under* Assalamu’alaikum... Salam jumaat.. Alhamdulillah. Masuk hari ketiga di sini, walaupun di kawasan tempat kami menyewa homestay, subuh kami tidak dapat berjemaah subuh disurau “digazatte” kan oleh muslim tempatan sebagai musalla (selepas menunggu lebih kurang 15 minit di depan Canning Valle Musalla Community @ Leeming, Perth) TAPI sebagai galang ganti kami jadikan ruang tamu homestay sebagai musalla kami. Lewat petang semalam sekembali dari Mandhurah selepas riadah golf di The Cut, kami makan malam di ihsan Cafe yang di miliki oleh orang melayu islam. Dapatlah merasa kari kepala ikan akhirnya. D ketika sedang makan malam di situ, kami juga sempat berbual dengan pemilik cafe yang rumahnya di Malaysia adalah di area Setiwangsa. Kamu juga di maklumkan, untuk solat jumaat hari ini, selain dari Perth Mosque, ada ruang bilik gereja di sewa untuk menanggung kesesakan muslim di sini ( ada 600,000 - 40% dari keseluruhan penduduk di Perth) bagi tujuan solat jumaat. Jadi hari ini kami bercadang untuk solat di sini. Semoga ada satu pengalaman baru buat kami - bersolat di ruang Gereja. Alhamdulillah. Syukur pada Allah selama disini kerana hati2 kami di sini, sentiasa di buka mencari kesempatan kekal mengingati Nya. Untuk pagi jumaat yang mulia ini, saya nak share satu sebahagian kata kata yang saya dapat selepas menonton youtube ceramah Ustaz Zul Ramli pada 20 Nov lalu. “Terkejutlah jika kita ini pengikut nabi tapi tak nak buat apa yang nabi suruh “ “Masjid bukan menghimpun orang tapi menyatukan hati” “Kenapa nabi suruh kita buat yang terbaik bukan buat baik ? Kerana nabi tak nak kita “lost”, Al quran : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia..” - Al Imran 111. “Jadilah kita umat terbaik. Kalau buat baik, kita tidak akan jadi terbaik, kita kena jadi terbaik untuk jadi baik” ”We did not do anything wrong but somehow we lost” - CEO Nokia.. “Apabila sayang seorang itu kpd saudaranya maka hendaklah ia menyebut pada saudaranya Aku sayang kepada kamu..” (Menonton youtube malam tadi, membuatkan saya rasa missed tak berada di program tersebut, semoga Allah merahmati kita semua) *Akhirul kalam* Sempena jumaat yang mulia ini, sama sama kita lapang kan masa kita untuk Allah swt .. Sayang seribu kali sayang, apabila jika kita umat Islam hari ini yang tidak ada masa dengan Allah, atau terlalu sedikit masa untuk Nya, lagi besar kerugian pada yang langsung tidak terfikir untuk bersama Allah dalam apa jua keadaan. Itulah gambaran beberapa umat Islam hari ini yang seolah olah tiada hubungan dengan hari akhirat, walhal kita sepatutnya “stay connected” dengan Allah sepanjang masa. Wassalam Dari :*Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S