*Nota Pagi Jumaat*
..sebahagian dari Nota kuliah Ustz Najib Taha...

Assalamu’alaikum..
Salam ukhuwah salam penuh barokah untuk semua di pagi hari penghulu segala hari...

Apa2 pun, siapa pun kita, jgn berhenti berserah pada Nya. Erti kata lain, teruskan “sembahan” kita pada Nya, sentiasa jaga tingkah laku kita pada Nya, kena lawan rasa malas. Jangan kita rasa bahawa tempat zahir yang nampak di mata dan kita bersandar pada Nya lebih baik dari tempat yang kita “bersujud”, kerana hakikat kehidupan baik dan buruk datang dari tempat kita yang kita “besujud”. 

Pesanan ringkas di pagi jumaat yang mulia: Bahagia itu adalah ketaatan yang padu kepada Yang Maha Pencipta dan juga  menjauhi larangan Nya.

*Perkongsian pagi*
Catatan nota dari Kuliah Ustaz Najib Taha.

Doa amalan memasak didapur untuk lembutkan hati ahli ahli kita: Selepas nyalakan api, masa masuk minyak, masa masak baca alfatihah, selawat 3x, baca al kausar. Sebelum tutup api ulang amalan sekali lagi.

Ada orang mintak dengan Allah pun yea, dengan manusia pun mintak juga , bertawakal lah sebenar benar bertawakal ( belajar dari seekor burung), dan dengan orang pun kita meminta juga.

Bab nikah kahwin, kenalah jadi seorang yang akil. Bukan setakat check menantu tapi kena cerap juga bakal besan kita. Mudah2an ada petanda yang menantu dan besan kita juga hendakkan jalan Allah. Kita nak serah anak kita.. bab pencerian, tidak kira yang faham atau tidak faham hukum tapi ianya suatu takdir yang kena diterima.

Bila boleh jaga tuntutan agama nescaya perhubungan dengan manusia akan dijaga.

Hinalah satu orang yang mintak dengan Allah dan dlm masa yang sama meminta juga dengan manusia.

Kisah sahabat yang di minta cerai oleh isterinya. Sahabat minta syafaat nabi saw. Boleh minta syafaah pemudah jalan dengan manusia tp tetap berharap dgn Allah.

Benda yang Allah dah wartakan dan di gezzetkan sabitlah perkara itu berlaku. Dengan ilmu Allah sahaja perkara ini boleh di ubah. Contoh mati. Benda ghaib tiada siapa yang tahu. Nabi saw pun hanya tahu dlm bebrapa perkara.

Takdir kita tercatat dalam ilmu Allah dan loh mahfuz ( berada dalam jagaan malaikat)

Zikir khafi (sembunyi ) dan zikir jali  (Jelas) - zikir khafi lebih power drpd zikir yang jali. Malaikat hanya catat yang zahir. Malaikat susun pahala kita, ada amalan kita disuruh Allah untuk campak ke muka pengamal. Malaikat hanya catat tanpa tahu yang ikhlas atau tidak. Solat kita akan diberi pahala ikut tahap Kekhusukkan kita pada Allah.

“Tidak aku suruh kamu sembah Allah kecuali dengan ikhlas..”

Kematian.. ikut loh mahfuz kita mati pada jam 9, tapi ianya boleh di tutup dengan doa. Mgkn selepas solat isya’ doa minta di panjang umur. Ini semua berlaku dengan ketentuan Allah. Kepayahan itu juga berlaku dengan kiehendak Allah.

Sayugia bahawa manusia perlu berusaha jangan tidur. Jangan bermalas. Jangan bersalahan dengan adat, doa mintak kaya tapi tidak buat apa apa. Jangan harap bulan jatuh ke riba. Allah suruh kita usaha dan ambil sebab. Sebab baca dan usaha maka jadi pandai. Doa boleh menyalahi takdir  (dengan ilmu Allah)

Allah bagitahu pada maryam, surah maryam - goyangkan pokok itu maka akan jatuh lah buahnya. Kena usaha dan Allah akan bantu.

Syair - adakah tidak engkau ketahui Allah berfirman pada maryam, sesuatu itu berlaku dengan sebab.

*akhirul kalam*

Bila kita memohon, mohonlah kpd Allah swt..

Alikhlas ayat:2

اللَّهُ الصَّمَدُ

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”

Wallahu’alam

Wasslam

Insan kerdil:*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S