*Phenomena Dinihari*
- jangan lepas peluang
Assalamu’alaikum..
Terjaga seawal pagi, tapi tak sempat nak edit mana mana nota kuliah. Malam tadi kelam kabut sedikit sebab bersiap untuk jadi musafir hari ini ke Perth. Moga ada manafaat dunia akhirat.
Pagi ini nak korek sikit rahsia pasal phenomena bangun pagi..
Ramai yang terbangun di jam dinihari. Sayangnya, saat itu sering diabaikan.
Jika terbangun di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan kerana, fasa tidur juga waktu kita perlu guna kan untuk bercerita dgn Nya.
Dalam satu artikel, saya ada terbaca tentang perihal jaga dari tidur di antara 3 - 5 pagi
“Waktu ini selalu dikaitkan dengan perkara mistik. Ramai menyatakan kalau selalu terjaga dari tidur pada waktu ini, bermakna ada ‘sesuatu’ yang ingin menganggu anda. Tetapi menurut sains, waktu ini adalah dimana darah dan oksigen dipam ke otot badan dan juga sel sel badan diperbaharui. Selain itu, ada juga kepercayaan bahawa jika anda selalu terjaga pada waktu ini, ia merupakan tanda tanda spiritual. Jadi, untuk umat Islam, tak salah kalau anda terjaga pada waktu ini untuk mengerjakan Solat Sunat Tahajjud...”
Saat 3 - 5 pagi ini, secara ilmiah yang pernah di baca,
tubuh dalaman kita berada dalam keadaan santai, detak jantung dan denyut nadi pun seimbang. Mungkin hal ini yg terkadang membangun kita dengan sendirinya.
Bangun di waktu waktu ini, ada kekuatan yang lebih tinggi cuba mendapatkan perhatian kita. Ini mungkin untuk membimbing kita menuju ke tujuan hidup yang lebih tinggi.
Jadi .. jangan abaikan jika terjaga saat itu.
Dari ‘Ubadah bin Shamit ru, dari Rasulullah saw:
Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca :
لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ
kemudian mengucapkan:
اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي
“Ya Allah, ampunilah (dosa dosa)ku“, atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan solat maka diterima solatnya”
..besarnya keutamaan orang yang berzikir ketika terjaga di malam hari, kemudian dia berdoa kepada Allah atau solat. Jadi kalau kita ada dalam phenomena ini, jgn lepaskan peluang...
*akhirul kalam*
Imam Ibnu Hajar berkata: “Perbuatan yang disebutkan dalam hadis diatas hanyalah (mampu dilakukan) oleh orang telah terbiasa, senang dan banyak berzikir (kepada Allah), sehingga zikir itu menjadi ucapan (kebiasaan) dirinya sewaktu tidur dan terjaga, maka Allah Ta’ala memuliakan orang yang demikian sifatnya dengan mengabulkan doanya dan menerima solatnya..”
Semoga kita termasuk dalam golongan ini..
Doakan perjalanan saya menuju ke Perth petang ni di ikuti rahmat Allah dan ada kebaikan dunia akhirat. Tunggu coleteh dari sana. Pasti ada masa ke Perth Islamic Centre..
Wallahu’alam
Wassalam
Pencata: *Ncs*
#MissProgramBersamaUstazZulRamliPada20NovLepas Maghrib di surau al amin
#Jemput semua.
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment