*Pagi Rabu yang indah.. sekadar coretan dan satu pesanan dari Ustaz Najib Taha...*
Assalamu’alaikum
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
*...sekadar coretan buat renungan di sebuah pagi..*
Di keheningan malam ketika sedang bertafakur dalam kesyahduan, tertitis air mata
taubat kenangkan segala dosa lalu. Ketika air mata wanita satu kebiasaan, air mata lelaki pula mungkin suatu kejujuran, tetapi air mata taubat memang hebat kerana di sebaliknya ada “KEINSAFAN”...
“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan Nya; …. dan yang ke [7]: seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata ”
Hanya kamu dan Allah saja tahu..
“Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yg menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yg berjaga jaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah”
Pilihnya jalannya..
Semoga kita ikut saranan Nabi saw yang ini kerana kita sudah banyak ketawa dan gembiranya di siang hari.
Pesan nabi lagi : Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, kamu benar benar akan sedikit tertawa dan banyak menangis...
Maka tangisilah diri kita, tangisilah hati kita yang mungkin sudah mati dan tangisilah jiwa kita yang tidak mampu menampung keimanan, serta tangisilah mayat badan kita yang kita seret berjalan merajalela di muka bumi kerana ia pada hakikatnya telah mati.
Semoga dengan menangisi diri kita, Allah berkenan membuka sedikit hidayah kemudian mengerakkannya untuk masuk ke relung hati hamba yang berjiwa hanif.
Aaaminnnn....
*Pesanan Ustaz Najib Taha*
Lagi pagi ini, menambah kesyahduan, kita ikuti pesanan ustaz Najib Taha ketika membahas buku “Permata Pemberian Yang Indah Dan Menjaga Segala Hati Yang Lalai”...
...sesuatu tidak akan menimpa kalau itu bukan takdirnya.
Nabi saw : “ Ketahuilah bahawasa nya barang yg menyalahi akan di kau, tidak akan tertimpa atas kamu, jika ianya tidak di takdir atas kamu dari azali.”
Tidak ada siapa yang boleh lari dari takdir (ketentuan) Allah, tapi ini tak bermakna kita tidak perlu berusaha mengelak atau menghalang.
Al quran : “ jgn kamu letakkan diri kamu ke lembah kebinasaan”, “ tidaklah Allah turun kan penyakit melainkan ada ubat nya”, tapi usaha2 kita semua hanya lah sekadar “assebab”.
Nabi Saw : Jika Allah takdirkan terkena atas kamu, tiada siapa yang akan dpt menghalangnya..”
Inilah ‘itikad kita sebagai orang beriman, musibah Allah nak naik kan darjat kita, bersihkan dosa kita, moga mati nanti bersih ketika bertemu Allah.
Ada 3 perkara yang kita kena Sabar. - sabar dalam lakukan ketaatan, sabar dalam tinggalkan larangan, sabar dengan musibah (takdir Allah)..
Doa mungkin tidak terus di makbul kan, mungkin di jadikan pahala di akhirat nanti. Syukurlah, ada orang lain yang berdoa untuk kita, seperti ibu ayah kita (untung sangat mereka yang masih ada ibu ayah), isteri atau suami kita atau anak anak kita. Doa doa ini mungkin akan di makbulkan di dunia selepas beberapa lama. Oleh kerana itu, JANGAN berhenti berdoa & Seringlah minta orang berdoa utk kita.
*Akhirul kalam...*
Semoga Allah pilih kita untuk berada di “lorong” kehidupan yang betul, tak salah nak cari kebahagian dunia tapi carilah sekali kebahagian untuk akhirat.
Semoga bermanafaat..
Wallahu’alam.
Wassalam..
Picisan Dari : *Ir Haji NCS*.
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment