*”SHARING DARI TANAH RATA, CH.. Nota kuliah subuh di Masjid Abu Bakar oleh Ustaz Ramli - Indeed, Manusia tak pernah sepi dari kesalahan”*

Assalamu’alaikum..

Perjalanan hidup diteruskan, walau dimana sekalipun kita berada, jika peluang untuk menambah ilmu itu hadir, maka, jangan sia sia kan.
Hari ke 2 bercuti di CH, seawal pagi subuh jam 6, dalam suhu sekitar 18 Deg,
kami diizinkan Allah untuk bersama sama kariah Masjid Abu Bakar dan musafir dari pelbagai tempat memenuhi ruang masjid untuk subuh berjemaah. Alhamdulillah, ramai yang hadir adalah juga pelancong yang bercuti di CH. Mudah2an aktiviti ini menjadi “assebab” pada damainya CH, meskipun ramai lagi masih berterabur tidak ikut serta berjemaah subuh. Malah, pasar malam yang menjadi salah satu daya tarikan disini berlaku seawal sebelum maghrib sehinggakan “traffik jem” menjadikan perjalanan 5 kilometer dari Tanah Rata ke Berincang memakan masa 45 minit.

Ketika Alam dan makhluk lain bertasbih memuji Allah, kita selaku khalifah Allah apa lagi, semoga ini semua terus menjemput redha dan rahmat Allah untuk menjaga kita dan seluruh alam dari bencana. Jangan sampai Tuhan mulai “bosan” dgn tingkah laku kita..

*PERKONGSIAN PAGI..*

Seusai solat subuh semalam Ustaz Ramli menyempurna kan kupasan hadis ke 24 dari buku matan arbain. Saya share kan sedikit nota nya disini untuk di renungi..

[Dari Masjid Abu Bakar Tanah Rata, Cameron Highland berdama Ustaz Ramli : Hadis ke 24 dari matan arbain...]

“Wahai hamba hambaku. Kamu semua melakukan kesalahan pada siang dan malam”

Allah tujukan amaran dan seruan ini pada kita semua. Manusia memang tidak dapat lari dari kesalahan. Tapi tidak pada nabi dan rasul. Mereka maksum. Nabi terakhir adalah Muhammad saw. Selepas itu tiada lagi, manusia yang bebas dari berbuat kesalahan.

Hadis: “ seseorang hamba Allah bilamana buat satu dosa (banyak atau sedikit besar atau kecil), maka akan tertitik dalam hati satu titik hitam (Allah titikkan dlm hati suatu titik hitam, kalau besar dosanya maka besarlah titiknya, begitulah seterus nya). Sehinggalah yang berdosa itu berhenti berbuat dan pohon ampun dgn Allah dan bertaubat ( pentingnya, kita sedar yang kita sedang atau telah melakukan dosa dan kita segera bertaubat)”

Nabi Adam, atok kita sendiri pun yang telah bersalah menghampiri pohon yang dilarang sehingga memakan pula buah yang di larang sehingga dia mencela diri sendiri dan memohon doa .. rabbana zolamna amphusa wa illam taghfirlana .. nabi adam as tak salahkan iblis, malah salahkan diri sendiri lalu bertaubat dan berdoa .. la ila ha illa anta subhanaka inni kuntum  minazolimin..

“Jika manusia datang pada Ku dan mengharap dosanya di ampunkan Aku, Aku akan ampunkan dosa yang lalu dan tidak akan ungkit dosa yang lalu..” .. pentingnya menyesal dan bertaubat dengan dosa dosa kita pada Allah. Jika dosa dosa itu berkait dengan amalan kita dengan Allah spt amalan fardhu : solat, puasa.. qada lah dan jika salah dosa kita dengan manusia , selagi orang kita khianati itu tidak maafkan kita maka Allah tak ampunkan kita. Sebab itulah “ dosa mengumpat lebih besar dari dosa zina...” Kenapa? Nabi saw : jika seseorang itu berzina, dia boleh bertaubat dengan Allah, Allah akan terima taubatnya tapi kalau dia mengumpat dan yang di umpat tidak maafkan dia, selama itu Allah tak terima taubatnya...

*Akhirul kalam..*

In syaa Allah, nota yang sempat saya ambil dari kuliah ustaz Ramli agak panjang. Saya share sampai situ dulu dan nanti saya share lagi. Pada yang berminat untuk dengar melalui youtube boleh layari
MASJID ABU BAKAR TANAH RATA CH.

Saya semalam disini, menemui “wow factor” bercuti di CH , bilamana akhirnya bertemu ladang “self picking stawberry” dan suasana kg melayu dan muslim di Kg Sedia. Baru rasa berbaloi utk “spend”. BMF IS TO BE KEPT UP.. Ada nasi lemak sambal stawberry lagi.

Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa dlm rahmat Allah swt...

Jumpa esok, sambungan nota ustaz Ramli.. sharing dari Tanah Rata CH.

Wallahu’alam...
Wassalam

Suntingan: *Ncs*
#519, Century Pine Resort
Cameron Highland.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S