*Nota Manis beribadah..* Cetusan dari kuliah ustaz Ahmad Nazri - Roh Solat.
Assalamu’alaikum..
Salam pagi isnin penuh keceriaan, semoga kita semua kekal dlm rahmat Nya...
Syukur dan ingatilah Allah Tuhan Maha Esa pencipta seluruh alam ini kerana izin kan kita memasuki waktu pagi dan kerajaan hak Nya.
Semoga setiap langkah kita akan memberi manafaat kpd kita di dunia dan akhirat. Moga Allah berikan segala kebaikan pada hari ini dan kebaikan sesudahnya. Moga Allah lindungi kita semua dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Moga dijauhkan kita dari kemalasan dan kesusahan di hari tua. Seterusnya, kita terindung dari penghujung kehidupan yang teruk dan seksa kubur, kesusahan di padang Mahsyar dan jauh dari seksaan di Neraka ..
Berikan kami syurga mu pada kami tanpa hisab, masuk kan ke dalam golongan yang 70,000 itu.
Alhamdulillah. Walaupun siangnya sibuk dengan aktiviti bersama rakan teman di luar sana tapi malamnya, ada usrah keluarga untuk bawa semula, pemikiran kepada kehidupan ukhrawi..
Malam tadi perbincangan dgn ahli keluarga tertumpu pada pemgajaran di sebalik kematian insan insan yang tersohor di Malaysia. Dan pastinya, segala amalan kebaikan yang di lakukan oleh arwah arwah menjadi pendoman dan turutan. Dan akhirnya, yg paling penting adalah bila nak buat perkara baik, kena ikhlas dan kena rasa ianya adalah satu ibadah dan nak istiqamah dan ikhlas, kena rasa pula akan kemanisan ibadah itu. Moga kita semua akan bawa seiringan iman dan taqwa dlm hidup kita sehingga lah hadirnya kemanisan nya..
*Nota Roh Solat...satu penggalian..* Cetusan dari kuliah ustaz Ahmad Nazri.
Jasad tanpa roh adalah kematian, tidak boleh memberi manfaat dan mendatangkan mudarat dalam diri seseorang. Sebaliknya jasad yang disertai roh mampu memberi manfaat dan menolak mudarat. Begitu juga solat, memiliki jiwa dan roh, seandainya dikerjakan oleh seseorang muslim yang memenuhi syarat syarat zahir dan batin serta hanya mengharap redhaNya.
Solat yang ada roh mampu mencegah seseorang dari melakukan maksiat dan mungkar. Melahirkan rasa ketaqwaan di dalam jiwa dan bertambah keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seluruh kehidupannya hanya diabdi kan mengharapkan rahmat mengalir dalam kerinduan dan kepasrahannya.
Maka, hadirilah solat dalam keadaan tenang, pastikan wudhu kita di ambil untuk bersihkan luar dan dalam. Bukan setakat membasah kan air di bahagian badan.
“Apabila solat telah bermula, maka janganlah kamu mendatanginya dalam keadaan berlari. Datangilah (solat) dalam keadaan berjalan dengan tenang. Solatlah (dengan apa) yang kamu sempat dan (rakaat yang tertinggal itu) maka sempurnakanlah.”
[al Bukhari (908)]
CARILAH ROH SOLAT BUKAN SEKADAR TUNAIKAN NYA HANYA KERANA WAKTUNYA..
*Akhirul kalam.*
Carilah jalan untuk dapat segala 27 kelebihan solat berjemaah dari solat sendirian dan rasailah kemanisannya, kalau tak rasa akan kemanisanya, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena..
Selamat bertugas..
Wallahu’alam
Wassalam
Faithfully yours,
*Hj NCS*

Comments
Post a Comment