*Sedikit Sharing dari kuliah Maghrib : Perspektif dari seorang Prof..*

Assalamu’alaikum ..
Salam subuh buat semua.

Alhamdulillah. Kehidupan diteruskan spt biasa dgn pelbagai aktiviti. Kehadiran hari ahad disambut dengan  cuaca baik tiada musibah alam dan pagi ini sejuk dan dingin penghawa dingin dibilik tidur mendamaikan saya. Untuk kita semua pagi ini, disebalik dingin, damai dan tenang pagi ini, pasti ada bermacam macam kejadian yang kita dah tempohi. Walauapapun terjadi, perjalanan hidup mesti diteruskan. Jadi kan pengalaman itu sebagai anugerah dari Allah Ta’ala, perjalanan hidup mesti diteruskan dan pengalaman itu adalah anugerah dari Allah.

ali imran :190

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda!tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang orang yang berakal”

Kata kata orang yang soleh yang sentiasa ingat Allah dlm meniti sebuah jambatan
Kehidupan - di petik dari ayat 191 Surah Al Imran:


رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Tuhan kami! Tidak lah Engkau menjadikan benda benda ini dengan sia sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”

Alhamdulillah. Malam tadi, saya membawa sebahagian ahli keluarga saya ke kuliah maghrib untuk mengikuti kuliah maghrib dari Prof Ahmad Kamal Ariffin, salah seorang orang penting di UKM. Agak menarik tajuk di bawanya: Sains dan Islam.
Bersama ini saya sertakan sedikit nota yang sempat saya tulis untuk kita sama sama kita kongsikan, mgkn ada manafaat.

*Prof Ir Dr Ahmad Kamal Ariffin* - Sains dan Islam: Sejauh mana kita dapat manafaatkan?

Sains, teknologi, kejuruteraan dan mathematics.. ini yang termasuk dalam sains. Dan Islam adalah apa yang kita percayai dalam hidupan kita melalui Al Quran, Hadis dan ijmak ulamak.

Kekuatan iman kita kita tidak boleh ukur tapi kita boleh bandingkan iman. Iman dapat di lihat dari segi apa yang kita buat dan tingkah laku kita. Dan kalau kita gunakan sains utk kebaikan dlm agama, maka ianya untuk kita raih balasan yang baik di akhirat kelak. Ianya satu yang menguntungkan.

Umur kita kalau kita ambil dari sudut mathematic adalah time ( t).  Kita boleh lakukan graph sains (S) vs masa (t).

Apakah pengetahuan sains kita semakin bertambah atau semakin berkurang bila kita lawan ikut masa.  Begitu juga kita boleh bandingkan ilmu hal islam kita vs masa. Sepatutnya, semakin umur bertambah islam kita juga semakin bertambah. Graph sepatutnya semakin menaik...

Kaedah mengajar juga sekarang adalah semakin canggih kerana mereka menggunakan teknik computer.

Semua jawatan yang dimilki, kalau kita buat dan kita jadikan ibadat, ianya akan menjadikan kita akan dapat kelebihan di akhirat dan tidaklah sia sia kehebatan yang Allah dah berikan pada kita..

Teknologi “touch screen” bermula tahun 1970. Tapi teknologi iphone 2020 lebih baik dari Apollo 11 1969. Saintis akan menceritakan setiap penemuan saintific di dalam satu journal. Tapi sayangnya bahan bacaan ini, amat kurang di baca.
Islam dan sains selari.

100 most influential human beings oleh tokoh barat:
1 . Nabi Muhammad saw
(agama dan kehidupan)
2 . Isaac Newton
(sains)

1750 - revolusi industri 1.0
1800 - mula eletrik industri 2.0
1940 - computer industri 3.0
1990 - internet industri 4.0

*AKHIRUL KALAM*

Mengembara lah di Bumi Allah, carilah erti dan nilai kehidupan. Semoga kita semua diberkati hendaknya.

Hidup ini penuh dengan cerita. Bukan rekaan tapi penceritaannya penuh dengan nilai kemanusiaan. Apa yg kita cari sebenar nya?

Kekayaan, kebahagiaan, keberkatan, ketenangan atau kesenangan..

Semuanya ada jalan cerita, siapa yg mencipta dan siapa yg menilai? Moga kita jadi insan yg mempunyai ruang di sisi Allah Swt.

Aaaminn

Wallahu’alam
WASSALAM

By: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S