*73rd Day of CMO..*
Rindu berjemaah di Masjid, Rindu majlis Ilmu. Hidup perlu diteruskan walaupun ada COVID 19.
Assalamu’alaikum...
Salam Jumaat..
Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yg terakhir (datang ke dunia) tapi yg terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yg paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu dr kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini Jumaat adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani”
Hari ini juga, adalah hari ucapan selawat kita kepada Junjungan Nabi SAW akan dipersembahkan terus pada baginda, dinyatakan dalam banyak hadits. Marilah kita rebut peluang sebegini sebaik baiknya. Basahkan lidah dengan ucapan selawat dan salam pada Junjungan Nabi SAW.
Hari ini memasuki hari ke 6 Syawal, tinggal 12 hari lagi sebelum PKPB di beri satu kedudukan baru - di terus kan atau di hentikan. Ada yang bersetuju di teruskan dan pada masa yang sama setiap industri dan akhtiviti di buka buka satu persatu. Ada juga yang nak PKP dihentikan kerna sudah tiba masanya rakyat Malaysia perlu matang dalam berdepan isu COVID 19. Perlu jaga diri sendiri dan hidup dengan norma norma yang baru.
Teringat pula cerita dari kawan teman “berjalan kaki” golfing setiap pagi, katanya abang dia ditakdirkan di hinggapi virus ini. Katanya lagi, be sorry to ourselves, take care betul2 ourselves sebab kalau terkena virus memang ada possibilty untuk sembuh tapi recovery process tu memang memedihkan. Katanya lagi, his brotther sampai susah nak bernafas, tarik nafas pun sakit didada. Dan katanya lagi virus ini menang jenis “mutant” yang boleh “muted” bila dikena kan vaksin. Inilah yang amat memeningkan pencipta anti dote COVID 19 setakat ini. Saya rasa message diatas jelas sangat untuk kita sabar dan teruskan kehidupan dengan penuh sikap berhati hati.
Apa2 pun 1st June nanti, khabar nya banyak private sector akan memulakan operasi. Semoga di pernudahkan.
Dan, pagi semalam, terasa syahdu dan rindu, setelah menyedari kedudukan iman yang semakin turun naik tak “consistent”. Syahdu dan rindu sudahpun mulai menjalar dalam hati pada saat saat, rindu pada berjemaah di masjid dan surau. Apa lagi saat saat berada di majlis ilmu, rindu kan doa doa para malaikat pada mereka mereka yang bersimpuh di majlis majlis ilmu. Dan hari ini sudah memasuki kali ke 10 tidak dapat berjemaah solat Jumaat.
Kerana itulah kesinambungan Ramadhan amat penting terutama dalam saat masih dalam Pkpb ini. Semoga kita semua di berkati dan di rahmati Allah.
Saya dan ahli saya masih kekal dengan menjadikan ruang tamu rumah sebagai ruang solat berjemaah lima waktu. Diikuti sambungan membaca kitab Tafsir Ibnu Kathir setiap kali selepas zohor ataupun selepas maghrib.
Alhamdulillah, ada lah sedikit ilmu yang dapat kami kait. Dan mujurlah Allah takdirkan kami ada seorang anak yang dah “syahadah” dalam hafazan 30 juzuk. Dia lah sandaran kami menjadi imam terawikh baru baru ini. Dan juga imam setiap subuh dan isya’. Manakala, zohor, asar dan maghrib saya selaku ketua rumah kenalah ambil “turn” juga. TERIMA KASIH ALLAH.
Alhamdulillah..
*Sharing is Caring*
Ayat 151 Surah AlBaqarah
Di petik dari Kitab Ibnu Kathir.
Untuk pagi ini, saya just nak share sikit apa yang kami baca bersama dari kitab ibnu kathir dari ayat 151 surah Al Baqarah.
كَمَآ أَرۡسَلۡنَا فِيكُمۡ رَسُولٗا مِّنكُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتِنَا وَيُزَكِّيكُمۡ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمۡ تَكُونُواْ تَعۡلَمُونَ
“Sebagaimana Kami telah mengutus kepada kamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajar kan kepada kamu Al Kitab dan hikmah serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.”
Allah mengingatkan kita yang beriman pada nikmat yang telah dikurniakan, iaitu pengutusan Muhammad saw sebagai rasul kepada kita yang membacakan ayat ayat Allah pada kita secara jelas dan menyucikan kita semua dari keburukan akhlak, kotoran jiwa, segala perbuatan Jahiliyah, dan mengeluarkan kita dari kegelapan menuju dunia terang benderang. Juga mengajarkan kita Al Kitab (Al Quran) dan Al Hikmah (As Sunnah), dan mengajarkan kita apa yang tidak kita ketahui. Sedang kan sebelumnya manusia hidup dalam kebodohan (Jahiliyah) dan tidak ada tata dalam berbicara. Berkat risalah inilah manusia berpindah ke darjat para wali dan ulama.
Akhirnya mereka menjadi orang yang berilmu sangat mendalam, memiliki hati amat suci, juga berpenampilan apa adanya dan berkata paling jujur.
Di ayat “ sebagaimana telah Aku perbuat, maka ingatlah kamu kepada Ku” Dari Abdullah bin Wahab, sesungguhnya Nabi Musa as pernah bertanya, “Ya Rabbku, bagaimana aku harus bersyukur kepada Mu?” Maka Allah berkata, “Hendaklah kamu mengingat Ku dan tidak melupakan Ku. Jika kamu ingat kepada Ku erti nya kamu telah bersyukur kepada Ku. Jika kamu melupakan Ku, bererti kamu telah kufur kepada Ku.”
Daripada Al Hasan Al Bashri: “Sesungguhnya Allah Ta’ala akan mengingat orang yang mengingat Nya, memberik tambahan nikmat kepada orang yg bersyukur kepada Nya, dan memberi siksa kepada orang yang kufur kepada Nya.”
*Akhir kalam*
Sama sama lah kita tahu bahawa nikmat hebat yang Allah telah berikan pada kita - nikmat iman dan islam. Semoga kita sentiasa saja bersyukur, syukuri bukan hanya dengan lafaz tapi juga perbuatan amal taat pada Allah. Syukur atas nikmat Iman dan Islam.
Sempena hari jumaat ni, suka saya nak petik dari Surah Ali Imrah ayat 102 :
“Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benarnya takwa.”
Dari ayat diatas, kata ulama salaf : “Yaitu hendaklah Allah Ta’ala ditaati dan tidak diduhakai; diingat dan tidak dilupakan; disyukuri dan tidak diingkari.”
Selamat melata dibumi Allah walaupun dalam keadaan apa pun kita adalah hamba Nya.
Wallahu’alam
Wassalam
Penulisan Kerdi dari: *NCS*

Comments
Post a Comment