*Pkp100*
BAHAGIA....
Assalamu’alaikum..
Semoga kita semua sejahtera hendaknya.
Akhirnya tiba juga kita semua ke hari 100 berada dalam PKP. Ianya bergerak seiring dengan jumlah hari kerajaan baru yang kini sedang memerintah, 117 hari. Apa kah signifikasi pada dua nombor ini, tak pasti. Tapi setakat hari ini, kita hidup aman dan damai tenang meskipun ada ancaman dari corona virus. Status Ekonomi walaupun secara keseluruhanya masih merudung tapi ada suntikan dan ransangan dari umara’, sedikit sebanyak membantu dan politically, masih dalam keadaan yang belum stabil hasil goyangan antara mereka sesama ahli politik. Tak pe, kita doakan semoga semuanya baik baik saja. Dan semoga suasana politik malaysia akan semakin terkawal senada stabilnya COVID 19.
Apa yang kita harapkan adalah kebahagiaan dalam hidup kita.
Untuk pagi, kita share kata kata dari tokoh tokong tentang bahagia. Sama dama kita renung sekejap tentang bahagia ini.
•Imam al-Ghazali berkata: Bahagia ialah ketikamana manusia berada dalam satu puncak ketakwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT.
•Aristotles: Bahagia itu ialah suatu kesenangan yang dicapai oleh setiap orang menurut kehendaknya masing!masing.
•Plato menyebut: Hidup seseorang manusia itu akan menjadi bahagia sekiranya dia mampu seimbangkan antara nafsu, kehendak dan akal.
•Epicurus menyebut: Kebahagiaan hidup tidak bererti memiliki harta kekayaan yang banyak, melainkan wujud keseimbangan antara kebahagiaan fizikal dengan spiritual.
•Al-Farabi: Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila manusia sampai pada tahap kesempurnaan yang ada di akhirat. Menurut beliau juga, kebahagiaan merupakan suatu yang dirindui oleh setiap orang kerana ia merupakan kebaikan paling besar di antara segala kebaikan yang ada.
•Ibn Miskawayh turut mengakui bahawa kebahagiaan adalah matlamat tertinggi bagi setiap insan.
•ibnu Sina - kebahagiaan yang hakiki akan diperoleh pada hari akhirat kelak.
•Ibn Tufail menyebut kebahagiaan yang hakiki ialah kebahagiaan di akhirat saat bertemu dengan Allah dan melihat wajah Nya.
•Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyebut al-sa‘adah pada manusia adalah kemuncak kebahagiaan terakhir iaitu dengan cara menyerahkan diri secara sukarela kepada Islam dengan beriman kepada Allah SWT dan mentaati segala perintah dan laranganNya. Kebahagiaan mempunyai pertalian dengan dua dimensi kewujuduan iaitu kewujudan di dunia (duniawiyyah) dan di akhirat (ukhrawiyyah).
•Prof. Dr. Hamka dalam bukunya “Tasawuf Moden” menyebut, kebahagiaan itu mempunyai sejumlah kaedah dan pengalaman seseorang.
*Akhir kalam*
Pernah ditanya kepada ahli hikmah: "Siapakah manusia yang paling bahagia?" Jawabnya: "Orang yang membahagiakan orang lain."
Dengan sebab itu tak pelik apabila Rasulullah SAW menyebut tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.
Dengan sebab itulah, doa yang kita sering baca mendambakan kedua dua kebahagiaan dunia dan akhirat
:
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". al-Baqarah (201)
Semoga Allah SWT menaungi kita dengan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta disisihkan daripada kecelakaan dalam hidup.
Bebas dari kejahatan manusia, jin, iblis dan syaitan.
Amin.
Semoga bermanafaat di hari ke 100 pkp. Dah 100 hari saya menulis di ruang ini, moga ada kebaikan walau hanya picisan.
Wassalam
Wallahu’alam
Dari. *NCS*

Comments
Post a Comment