☆Jumaat , 31 Julai 2020 Bersamaan 9 Dzul Hijjah 1441☆



Eidul Adha Datang Lagi.

Tahun Hijrah 9 Zulhijah 1430, bersamaan Khamis 26 November Tahun Masihi 2009 genap lah 11 tahun aku dan isteri menjalani ibadah Haji, rukun ke 5 yg dituntut dalam islam. Masih di Mekah bersiap siap ke arafah, kami disambut dengan hujan lebat dan ribut yg singgah di hotel penginapan kami - Al Janadriah. Hotel yang baru saja dibuka dan menyambut kami (KT50) sebagai tetamu sulong. Diluar hotel keadaan hujan amat lebat. Bas yg disediakan utk kami ke Arafah tiba agak lewat. Setiba di Arafah, waktu sudah hampir magrib, disambut dgn lampu yg terpadam serta khemah yg berselerakan. Natijah dari ribut yg baru berlalu. Ini lah yg di khabarkan oleh jemàah haji yg tiba lebih awal.

Sepanjang perjalanan ke Arafah kesan2 ribut dapat dilihat dgn jelas. Sesungguhnya Ada hikmah apabila Allah melewatkan perjalanan kami. Sekiranya kami bertolak lebih awal nescaya kami juga akan mengharungi nasib yg sama.

Kami bersyukur ya Allah, sesungguhnya Kau lebih mengetahui dan memberi yg terbaik untuk kami. Semua dalam pengetahuanmu.

Hari ini aku mendengar perkara yg sama sedang berlaku di Arafah. Tahun ini, Allah menguji mahkluknya dgn Covid 19. Makhluk yg bernama manusia yg merasakan diri mereka hebat masih menyatakan ini hanyalah fenomena biasa. Bersandarkan kpd akal yg mempunyai batasan, mereka yakin dpt mengatasi isu Covid 19.

Disaat Allah menurunkan hujan dari langit dan lautan air memenuhi setiap sudut muka bumi dan tiada lagi tempat berpaut. Berkata Nabi Noh kepada anaknya Kan'an

"Naiklah bahtera ini, Sesunggugnya
hari ini Allah telah menunaikan janji janjinya" .

Anaknya berdegil. Anaknya yakin dia akan selamat. Disaat air melata di permukaan bumi, Kan'an tenggelam. Akhirnya mati sebagai umat yg tidak mengikut risalah yg dibawa oleh ayahanda nya.

وَقَالَ ارْكَبُوا فِيهَا بِسْمِ اللهِ مَجْرَاهَاوَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Dan (Nabi Nuh) berkata, ‘Naiklah kalian ke dalam bahtera dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuh. Sesungguhnya Robb-ku benar-benar Mahapengampun lagi Mahapenyayang.” (QS. Hud: 41)

Bagi mereka yg beriman, Covid 19 adalah ujian dari Allah. Tiada sesiapa boleh menghalang apa yang dikehendaki Allah SWT, melainkan ia pasti terjadi.

Tahun 1441 Hijrah, sebilangan kecil saja telah dopilih menjadi tetamu dan mendapat jemputan dari Allah untuk berkunjung kerumahnya. Walaupun dgn angka yg sedikit ujian tetap sama.

Dengan kejadian hujan lebat semalam, aku melihat ujian yg diterima oleh jemàah KT50 2009, di tempuhi juga oleh jemaah 2020. Ya Allah, sesungguhnya kejadian mu maha hebat, amaran mu amat kuat.

Firman Allah : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”
(Albaqarah : 286)

Akhir kalam
Dengan ujian ujian yg silih berganti, banjir di China, penularan Covid 19 di seluruh dunia, hujan yg lebat menguji kehebatan pembinaan empangan "3 Gorges Dam: yg dibanggakan boleh bertahan selama 1000 tahun kemudian diturunkan ke 100 tahun. Kini baru 11 tahun. keyakinan merekà yg membinanya mulai goyah. Adakah ianya akn berjaya bertahan dgn ujian demi ujian yg dihantar oleh Allah SWT.

Kamu merancang. kami merancang. Sesungguhnya kamilah sebaik baik perancang.

Allah telah memberi peringatan demi peringatan kepada kita. Bagaimana kita. Adakah keimanan kita bertambah? Adakah ilmu kita bertambah. Adakah amalan kita bertambah? Tepuk dada tanya diri. Kita yg lebih mengerti dan tahu siapa kita.

HjKY

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S