*PKP125*
•هَٰذِهِ النَّارُ
Assalamu’alaikum..
Salam sejahtera, semoga tugasan yang kita galas hari ini menjadikan kita semakin rapat dengan Allah. Tidak mudah, tapi laksanakan juga selagi kita masih berlegar di ruang oksigen yang ada. Dan oksigen menjadi assebab pada hidupnya kita atas mukabumi ini. Walhal, hakikatnya, ketika kita mati oksigen tidak pun berkurang di ruang udara, kita tetap juga mati beralasan oksigen dalam badan semakin berkurang. Jadi, fahamilah wahai insan, semuanya itu kerana Allah yang menghendakkannya.
Dalam salah satu kuliah minggu lepas, Ustaz Hasnil telah membawa satu buku kecil untuk di kongsikan bersama jemaah Surau Al Amin BTHO. Dan tajuk buku kecil itu adalah Hazihinnarrr. inilah Neraka. Saya telah pun memohon izinnya untuk jadikan bahan perkongsian saya setiap pagi di ruang ini.
Pagi ini saya sertakan isinya bersama untuk tatapan kita bersama semoga ada yang baik untuk kita jadikan ilmu untuk di amalkan..
*HAZIHINNAR*
*INILAH NERAKA*
Mari bercerita tentang neraka. Menjadi ingatan untuk istiqamah dalam ketaatan. Neraka adalah penempatan terburuk di negara akhirat, perkara ghaib yang wajib diimani. Kesudahan buat mereka yang kafir semasa di dunia,
mati tanpa syahadah. Ianya juga buat kaum munafik yang tak sempat bertaubat sebelun mati.
“Ya Allah selamatkan kami dari murkaMu dan Neraka Mu”
Kalau baca al quran, kita akan jumpa neraka dulu ayat 24 surah baqarah. Ayat kemudianya baru cerita syurga. Nak ke syurga pun kena rentasi neraka dulu, merentasi titian sirat yang mana dibawahnya adalah neraka. Yang zalim pada orang dan diri sendiri akan jatuh ke neraka dalam keadaan berlutut. Rujuk ayat 71 - 72 surah maryam.
Al Baqarah :24
فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا وَلَنْ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan bahan bakaran nya: manusia dan batu2 (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang orang kafir.
Mengapa neraka?
•Ujian keimanan dan keyakinan terhadap perkara ghaib
•sebahagian ujian untuk taat pada Allah atau derhaka pada Nya
•sebagai balasan kepada keingkaran semasa didunia
An Nisa’:40
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak sekali kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan mengganda kannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
Ayat di atas menunjukkan betapa Allah Maha Baik dengan diganda kan pahala kebaikan berbanding kejahatan dan keburukan.
yassin :63
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasuki nya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah)”
Ar Rahman: 43
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
At Tur:14
هَٰذِهِ النَّارُ الَّتِي كُنْتُمْ بِهَا تُكَذِّبُونَ
(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya”
Cukup dulu untuk pagi ini semoga bermanafaat.
*Akhir kalam*
“Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at Tahrim, ayat 6)
Menerusi ayat itu, Allah ingatkan, iman perlu dipelihara, dirawat dan dipupuk dengan jaga keselamatan diri dan juga keluarga dari api neraka.
Saidina Ali menjelaskan kalimat ‘peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka’ itu bermaksud anak perlu diberi didikan sempurna. Ikutkan satu kitab. Ibnu Abbas berkata: “Taatlah pada Allah, jauhilah perbuatan maksiat dan juga perintahkanlah keluargamu untuk selalu zikir (ingat kepada Allah), Allah akan menyelamatkan mu daripada api neraka.”
Sama sama kita jaga..
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *Ncs*

Comments
Post a Comment