*Pkp131*

Assalamu’alaikum...

Alhamdulillah. Ada masa yang diizinkan Allah untuk berjemaah di rumah Allah bermula subuh diikuti kuliah subuh. Kemudian, dapat lagi pula berriadah sukan golf bersama sahabat sahabat kelab Impian. Zohor dan asar aemalam berjemaah bersama keluarga kerana dalam perjalanan ke kenduri di Kajang dan beberapa tempat. Walaupun ada peluang untuk singgah solat di surau di kg Pasir baru berdekatan kedai sukan Sand Trap Golf Repair, tapi tidak melakukannya kerana terlupa bawa sejadah. Tidak mahu melanggar SOP jadi solat ditangguhkan berjemaah di rumah saja.

Malamnya dapat pula berjemaah maghrib dan bersama ustaz Hafiz Reduan untuk kuliah Maghrib. Sehingga selesai isya’, al mulk di baca untuk jadi penutup malam tadi.

Maka, nikmat apa yang kita nak dustakan lagi dari Allah. Kesemua amalan soleh dan baik itu, tidak ada satu pun yang akan menbawa kita ke syurga Allah kerana kita ke syurga Allah dengan rahmat Nya. Semoga semua amalan soleh kita akan menjadi penyebab pada hadirnya rahmat dan redha Allah untuk kita selamat dunia dan akhirat. Maka, jadikan lah “menu” seharian kita adalah yang akan membawa kta ke syurga bukan ke neraka.

Seperti yang di janjikan, pagi ini kita lihat apakah menu istinewa yang ada untuk ahli neraka. Semoga kita dijauhi dari neraka ...

*Menu Istimewa Ahli Neraka* sambungan Dari Buku INilah Neraka..

•Dhori ( pohon berduri)

Al Ghoosiyah :6

لَيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِنْ ضَرِيعٍ

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok pokok yang berduri

al Ghoosiyah :7

لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِنْ جُوعٍ

Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

Pohon yang dengan duri yang sangat keras. Pohon ini tidak mampu hilangkan rasa dahaga dan lapar.

•zaqqum

Berbentuk sebatang pohon yang keluar dari neraka. Buahnya seperti kepala.

Al waqiah : 51

ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ

"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendusta kan (kedatangan hari kiamat),

Al waqiah:52

لَآكِلُونَ مِنْ شَجَرٍ مِنْ زَقُّومٍ

Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

Al Waqiah :53

فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ

"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu

Juga di sebut dalam surah addukhan ayat 43-46

•al hanmim

Minuman sangat panas dan akan disedur menggunakan besi panas yang dibengkok kan di bahagian hujungnya. Minuman panas ini akan masuk kedalam mulut dan perut hingga isi didalam jadi hancur.  Surah An Naba ayat 24-25.

In syaa Allah sambung esok pula-  satu permohonan yang sederhana...

*akhir kalam..*

Tidak ada siapa dapat masuk syurga dengan amalannya tapi dengan rahmatNya, apakah nabi juga? Nabi jawab, aku pun sama. Jangan berharap amalan kita akan dihisab kerana ianya mengundang derita di akhirat. Semoga kita tidak ke neraka.

Wallahu’alam
Wassalam

*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S