PKP 189

 *Pkp189*

 *Ustaz Ahmad Yahya* - 

Al anbiya ayat 30 Part 3. 


Assalamu’alaikum...


Salam sejahtera. Selamat bangkit dari ulit lena yang baik. Semoga semua tisu tisu badan yang telah terguna pakai semalam tellahpun pulih setelah seharian semalam berhempas pulas memerah tenaga menerus kan kehidupan. Dalam menjaga badan secara fizikal, kena juga jaga minda, jiwa dan hati, agar juga sihat. Inilah punca pada perbuatan zahir kita. 


Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya, jadikan Minda untuk berfikir akan jalan keluar, Hati sebagai proses penapisan masalah dan Jiwa untuk menjadikan kita lebih baik.


“Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)”. (Bukhari dan Muslim )


Syukur  pada Allah atas semua aktiviti yang berlangsung di Port Dickson semalam. Kami berempat masing masing dengan minda, jiwa dan hati masing masing.  


Sama sama kita sambung mota kuliah ustaz Ahmad Yahya , tafsir ayat Al Anbiya’ ayat 90 part 3.


*Ustaz Ahmad Yahya*

*Al anbiya ayat 30 Part 3*


‎فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ



“ Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepada nya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang orang yang khusyu' kepada kami”


Dalam ayat ini, Allah juga ceritakan juga Bagaimana para anbiya berdoa pada Allah dengan penuh harapan dan penuh ketakutan. Ayat 16 surah surah sajadah sila rujuk. Khaufan dan watamaan - mereka berdoa dalam keadaan takut dan “tamak” dalam doa, mintak sungguh sungguh. Inilah sifat para nabi dan rasul. Ulamak tafsir juga menyebut, ia berdasarkan pada hadis nabi - mintak pada Allah al jannah. Yang dimaksudkan dengan harap ada lah harap dapat syurga dan takut pula, takut dimasukkan ke dalam neraka. 


Sayyidina Omar sangat takut dan harap . Katanya - aku sangat bimbang dan takut, jika semua manusia djemput Allah masuk ke syurga, tapi ada seorang yang di masukkan ke neraka, dan orang itu adalah al khattab.

Inilah kebimbangan yang hebat, 

Begitu juga ketika doa mengharap, “

Ketika manusia sedang dicampak ke meraka ada yang dijemput ke neraka dan aku harap itulah aku”


Khauf dan raja’ seperti sayap burung kiri dan kana kena jalan seiring untuk seimbang burung sedang terbang. Sifat ini kena ada ketika berdoa.


Sambungan esok sikit lagi...


*akhir kalam...*


Moga setiap langkah kita senantiasa berada di atas kebaikan.


Al Hasan Al Bashri rahimahullah mengatakan, “Aku tidaklah memandang dengan pandanganku, tidak pula mengucap dengan lisanku, begitu pula tidak menyentuh dengan tanganku, dan tidak bangkit untuk melangkahkan kakiku melainkan aku melihat terlebih dahulu apakah ini semua dilakukan karena ketaatan ataukah maksiat. Jika dalam ketaatan, barulah aku mulai bergerak. Jika dalam maksiat, aku pun enggan.” Dari Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 213.


Wallahu’alam 

WASSALAM 


Dari *NcS*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON