PKP 195
*Pkp195* - Berlalu Lagi sebuah kehidupan & Pesanan Ustaz Abdullah Isa.
Assalamu’alaikum..
Salam sejahtera buat semua. Sedarlah kita masih dalam PKP, Alhamdulillah, takdir Allah dan usaha kita seiring, kita terhindar dari Covid 19 sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, maka; Sama sama teruskan berdoa moga isu covict 19 tidak berlarutan dan teruskan usaha elak jangkitan dengan patuhi Sop. Jangan sombong...
Selamat berdepan dengan hari yang baru, semalam berlalu, dan tinggalkan kita sebuah kisah, hari ini pun juga akan berlalu, hanya kita yang kisah. Esok tiada siapa yang tahu, hanya kepada Allah kita berserah.
Terimakasih, syukur pada Allah kerana atas izinNya, solat lima waktu semua nya ditunai dalam berjemaah walaupun keadaan berbeza. Subuh di Surau Al Amin, zohor di surau Rumah Kelab IGC,
asar nya pula di surau Drink Hut Hole 14, maghrib balik surau Rumah kelab semula dan akhirnya, Isya’ di Surau Gemilang Saujana Impian.
Bersyukur amat juga kerana seusai solat maghrib semalam di luangkan masa olehNya dapatlah akhirnya bertemu berbicara beesama dua sahabat lama dari Group Whatsapp AHLAN WA SAHLAN. Ye, masih ada kawan dan ada sahabat, kawan kawan sentiasa di sekeliling kita, sahabat pula sentiasa dekat dengan kita berrkongsi cerita masalah suka dan duka. Setiap pertemuan seperti pertemuan terakhir, setiap perpisahan seperti tidak pasti bila kan berjumpa lagi. Maka, niatkan lah untuk Illahi.
Apa apa pun doakan yang terbaik untuk semua, susah susah pun kita pasti tidak akan sesusah para sahabat Nabi saw. Renung renung kembali, apalah kesusahan yang ditimpa kita berbanding pengorbanan para As Sabiqun Al Awwalun yang tetap istiqamah bersama Nabi Muhammad Saw yang sentiasa dirindui. Harap harap lah dapat bertemu Baginda nanti, bukan hanya dalam mimpi. Amin...
Untuk pagi ini sedikit pesanan dari kuliah Ustaz Abdullah Isa.
*Pesanan Ustaz Abdullah Isa..*
Seorang tabii melihat sahabat nabi, abu Dzar, yang sama pakain dengan pakaian yang di pakai pembantunya. Lalu dia bertanya kenapa tak berbeza?
Abu Dzar bercerita, dulu masa zaman nabi saw, aku ada caci bilal bin rabbah, dengan sebut kejelekan maknya. wahai anak perempuan hitam, itu adalah satu sebutan yang membuka aib. Nabi yang mendengar ketika itu berubah muka, kata nabi saw: “dalam diri kamu abu dzar ada penyakit jahiliyyah”. Sejak hari tu, abu dzar meletakkan dirinya dan pembantu nya tiada lagi perbezaan.
Nabi saw - walau apa warna kulit kamu berbeza tapi kamu tetap bersaudara selaku Muslim dan meraka juga adalah manusia, ada perasaan. Meraka sedara dalam agama. Bezanya Allah takdirkan mereka adalah hamba tapi tetap sama dari segi kemanusiaan. Jangan kita rasa kita didunia kaya dan berpangkat kita akan lebih dari orang bawahan kita.
*akhir kalam... *
Semalam hanya satu kuliah sempat hadir, kuliah subuh bersama Ustaz Zul Pandan. Dan dalam syarahanya pun ada disebut tentang nabi saw di tegur Allah untuk dijadikan ibrah kepada kita manusia sejagat untuk tidak memandang rendah sesama muslim.
Semoga kita dalam rahmat Allah.
Selamat bertugas dengan tugasan duniawi jangan dilupa tugas ukhrawi.
Wallahu’alam
Wassalam
*©️* *NCS*
Comments
Post a Comment