Pkp344* - KISAH HUJUNG...

 *Pkp344* - KISAH HUJUNG MINGGU: Makan Dulu, Baru Solat atau Sebaliknya?


Assalamu’alaikum 

Selamat pagi/ sabah al khair..


Alhamdulillah. Sudah banyak Allah redakan perasaan dan jiwa kita selama berada dalam Pkp2.0. Ramai yang resah dan risau, lebih lebih lagi pengalaman “manis” di dalam pkp1.0 selama tiga bulan, sebolehnya tidak mahu di ulangi. Selepas dua minggu dalam pkp2.0, ramai berharap keadaan akan pulih sekurang2nya seperti Pkpp. Tapi ianya ternyata meleset, pkp2.0 diteruskan. Ramailah yang kecewa. Tetapi bermula  dari 4 Februari, yang sepatut nya menjadi tarikh akhir pkp2.0, satu persatu aktiviti di rungkaikan. Dan yang paling ditunggu tunggu ramai termasuk saya adalah solat berjemaah di rumah Allah untuk lima waktu. Hingga tarikh ini, ianya masih hanya untuk AjK yang boleh solat berjemaah lima waktu di rumah Allah. Kita serah semua pada umarak. Jika sekiranya ada cadangan yang constructive, salurlah pada tempat yang betul. Jangan sekadar jadi anjing salak bukit. Bising dan menyakitkan tapi tidak ada apa yang boleh mengubah keadaan pun. 


Dalam masa yang sama, ada sedikit release kepada ahli ahli sukan, yang dikalangan kami yang berumur ini, yang dipentingkan sebalik hobi adalah “sport for life”. Nak pastikan setiap input itu akan ada output nya. Antara sukan yang di benarkan adalah Golf. Sehari dua ini saya pun ikut sibuk bersukan Golf yang kebetulan juga adalah antara hobi yang digemari. 


Semalam sebelah paginya, sempat tamatkan 18 hole. Petangnya, terasa pula untuk exercise chipping tapi hujan lebat serta kilat guruh menghalang. Akhirnya, Seketika menghabiskan senja chipping di laman kecil tepi rumah, terbabas sehingga hampir maghrib. Sebaik masuk ke dalam rumah, hidangan chicken chop tersedia di atas meja. “Odor” hidangan memenuhi ruang rumah, maghrib tinggal seminit lagi. Saya terus buat keputusan mengajak ahli semua untuk makan malam terlebih dahulu. 


*REFLECTION*


Untuk pagi ini, ada beberapa hadis dan tulisan nota kuliah berkaitan hal “diutamakan makan dahulu sebelum didirikan solat apabila makanan sudah tersedia”, di share kan di sini. 


Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Bila dihidang makanan (makan malam) dalam keadaan solat didirikan maka mulakan dengan makanan.” [Bukhari 5463]


Dari Aisyah RA, Nabi SAW bersabda: “Tidak sempurna solat bila makanan telah dihidangkan ataupun ketika seseorang itu menahan daripada dua benda kotor (buang air kecil dan besar).” [Muslim (560)]


Selain itu, Imam alTirmizi berkata :  “Hadis ini diamal kan oleh sebahagian ahli ilmu kalangan sahabat Nabi SAW. Antaranya ialah Abu Bakar, Umar dan Ibn Umar. Ini juga pendapat Imam Ahmad dan Ishak. Mereka berdua berkata: Mulakanlah dengan makanan walau kamu terlepas melaksanakan solat secara berjemaah.” [Jami’ al-Tirmizi, 184/2]


Imam Ibn Qudamah berkata bahawa pentingnya khusyuk dan melapangkan hati di dalam solat. “Apabila telah tersedia makan ketika waktu solat, maka sunat dimakan dahulu sebelum daripada solat. Ini kerana, ia akan melapangkan hati dan menghadirkan khusyuk. Selain itu, tidak disunatkan bersegera ketika makan malam atau tengahari.” [al Mausu’ah alFiqhiyyah al Kuwaitiyyah, 189/27]


Dalam laman Web Rasmi Mufti WP di simpulkan bahwa: “makruh jika didiri kan solat dalam keadaan waktu solat itu masih lama berbaki dan dalam keadaan ini maka sunat untuk dia makan terlebih sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al Nawawi di atas. Akan tetapi, jika waktu solat itu sudah hampir tamat, maka pada waktu ini hendaklah ditunai kan solat terlebih dahulu sebelum memakan makanan yang telah tersedia itu”


*Akhir kalam*


Kami selamat menunaikan solat maghrib berjemaah dengan tenang seusai makan malam. Alhamdulillah. Saya yakin ianya masih dalam waktu aula, kami solat sekitar jam 748 malam dan siap doa jam 804 malam. Moga ada perkiraan disisi Allah untuk simpan di akaun akhirat menjadi pembela kami di sana nanti walaupun ianya hanya sebesar huma. 


Itulah reflection untuk saya pada amal agama saya pada hari semalam yang sempat saya sharekan disini untuk tatapan bersama, moga ada manafaat untuk semua juga. Indeed, mana yang baik dari Allah yang salah dan kurang itu dari saya. 


Kita perlu mendirikan solat dalam keadaan yang penuh khusyuk dan hati tenang. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima solat solat kita serta menjadikan kita dalam kalangan hamba hamba Nya yang sentiasa bangun untuk melaksanakan solat kepada Nya. Amin.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Selingkar Kisah dari, 

*NCS* @ SeriMinang.

#RujukanIRSYADALHADITH SIRIKE224.

Comments