Pkp346* - KEHIDUPAN DI DUNIA. ...
*Pkp346* - KEHIDUPAN DI DUNIA.
Assalamu’alaikum...
Alhamdulillah, semua pujian dan syukur kepada Ilahi dengan segala kurniaan dan anugerah yang tak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya.
Seawal pagi sebegini, terasa sedar diri yang kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan. Kita sibuk dengan perhiasan dan rasa nak bermegah megah antara kita - nak lebih kuat, bangsa keturunan malan berlumba lumba banyakkan harta benda. Sedangkan sampai ke satu masa nanti), semua akan hancur bersepai; dan semua dari kita tahu, bahawa akan ada akhirat dan akan ada azab yang berat di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia ini dan ada pula keampunan besar serta keredaan Allah disediakan bagi orang orang utamakan akhirat. Dan ingatlah, hidup di dunia ini tak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. Semoga kita tidak terpedaya.
Pada masa yang sama, moga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat di musim COVID 19 yang masih lagi menular dan kes harian di Malaysia dan seluruh dunia masih kekal ada.
Malam tadi tercari cari Kuliah maghrib untuk menambah ilmu di ketka majlis majlis ilmu di Selangor masih terhad dek PkP2.0. Tapi tak ada pula yang melekat di hati. Akhirnya, awal pagi ini termenung berfikir tentang sifat kehidupan yang di lalui setiap hari.
*SIFAT KEHIDUPAN DUNIA*
Kehidupan dunia akan terus berjalan. Kita dari muda belia berinjak dewasa, kemudian akhir hayat kalau panjang umur akan menjadi lemah dan tidak berdaya. Akhir nya, yang paling pasti, yang tidak mungkin tidak, akhirat pasti ada. Sebab kerana itulah kita diberi pesan agar sentiasa beringat dengan kehidupan dunia dan sentiasa jaga rasa kecintaan untuj berbuat baik di dunia.
Selalu kita dengar satu hadis ini, “Satu tempat di syurga yang sebesar cemeti lebih baik daripada dunia dan seisinya.” Di Riwayat di dalam al-Bukhari #6415.
Sifat kehidupan, Tuhan menciptakan hidup dan mati, bagi menguji kita semua, siapakah di antara kita yang lebih baik amalnya. Hidup di dunia ini ada hikmahnya dan benarnya. Dia lebih tahu apa yang kita tidak tahu.
Kehidupan dunia ini tidak tercela. Melainkan yang mencela hidup itu ialah jika hidup dipergunakan untuk mengikuti kehendak syaitan dan menuruti hawa nafsu. Itulah yang tercela.
Maka apabila sudah jelas usia itu sendiri dari muda pasti tua, dari kukuh pasti runtuh, jadilah kita orang yang berakal berfikir selalu bagaimanalah ingin menjadi kan waktu hidup kita itu sentiasa berjalan atas satu perjalanan yang baik tidak rosak.
*Akhir kalam...*
Semoga Allah selamatkan kita dari tipu daya dunia dan kita hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Sama sama kita beramal selalu dengan dia ini setiap kali selepas solat:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.”
Moga bermanafaat.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Suntingan: *NCS* @SeriMinang.
Comments
Post a Comment