Pkp349* - Musibah, Uqubah, ...

 *Pkp349* - Musibah, Uqubah, bala dan ujian. Jangan Nisbahkan pada Allah swt. 


Assalamu’alaikum 

Salam jumaat...

Alhamdulillah.


‎اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.


Sempena pagi jumaat yang mulia ini, marilah kita sesama Muslim berazam untuk ikut satu persatu nasihat dan bimbingan Rasulullah SAW seperti pengiktirafan yang dinukilkan oleh Allah SWT ayat 21 Surah Al Ahzab,


‎لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia menyebut dan mengingati Allah banyak banyak (dalam masa susah dan senang)”


Yes, indeed, pada diri Nabi SAW adalan idola yang baik bagi sesiapa sahaja yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat, meskipun siapa pun kita, mungkin kita adalah yang baru saja berbuat amal soleh atau maksiat, kita tetap kena bertekad untuk ikut apa yang Nabi ajarkan. Tersalah lamgkah bertaubat segera, demi untuk Allah dan sebuah kehidupan di akhirat. 


Kiamat pun sudah dekat tapi kita tak takut takut juga tegar dengan dosa walapun reti untuk bertaubat tapi tetap juga tahu buat maksiat. Allahuakbar, kenapa dengan kita ini? Nak tunggu terima bala baru nak sedar diri. Saya lah yang paling teruk dalam bab ini, semoga Allah akan terima setiap taubat dan di ampunkan segala dosa sebelum meninggalkan dunia untuk terus hidup di alam sana pula. 


Dalam salah satu kuliah subub secara online yang di dengari, ustaz ada menyebut tentang musibah dan uqubah. Saya tercari cari tentang uqubah. Tapi tidak ketemui. Tapi ianya agak menyentuh naluri saya kerana katanya, jika kita menerima teguran atau suatu peringatan tentang hal hal amal agama tetapi kita tidak endah kannya, beerti kita dilanda musibah. Dan orang yang menberi peringatan dan teguran dari sudut amal agama berdasar kan apa yang dilakukanya, itu adalah satu nikmat. Sebaliknya, jika seseorang itu boleh menegur tetapi tidak beramal dengan apa yang duucapkan, dia akan menerima uqubah. Semoga saya termasuk dalam orang yang menerima nikmat Allah.


Semoga Allah mengampun kan segala dosa kita selepas di timpa musibah atau uqubah. Mohon Allah sedarkan kita sebelum bala datang, moga Allah terima taubat kita sebelum ujian tiba. Siapalah kita yang ada nafsu dan syaitan mengiringi setiap juzuk kehidupan.  Alalhuakbar, tidak salah syaitan kerana itu kerjanya, yang kita pergi ikut kata nya tu kenapa, dia hanya membisikan. Yang susah di akhirat nanti bukan dia kerana dia memang dah masuk senarai “an nar”. 

Allahuakbar. Ampunkan kami. 


Tapi ingatlah, Nabi dah bagi  petunjuk bahwa ketika datang bencana bukan dengan memberian justifikasi ini adalah musibah dan ini adzab sebabnya itu Rahasia Allah. Manusia wajib redha dan husnudzan pada Allah. Maka, sikap yang tepat adalah adalah cepat cepat perbetulkan diri, dengan  melakukan amal amal kebaikan dan  segera kembali kepada Allah.


*Akhir kalam..*


Ada dalam kalangan kita pula mendakwa  bahawa wabak yang berlaku pada ketika ini balasan Allah SWT pada  sesetengah golongan. Tapi  bagaimana mungkin  dapat disahkan, sedangkan seluruh masyarakat di dunia, tidak kira sama ada muslim atau kafir, yang baik atau yang jahat, berhadapan dengan jangkitan dan kematian akibatnya. Janganlah kita menisbah sesuatu kepada Allah SWT, sedangkan kita sendiri tidak mengetahu dan tiada ilmu mengenainya. 


‎وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولً


“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (al-Isra’:36)


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Dari pendosa, 

*Ncs* @ SeriMinang

Comments