Pkp350* - KRONOLOGI HEART...
*Pkp350* - KRONOLOGI HEART ATTACK. Nak Apa lagi NCS, sebesar nikmat Allah berikan pada kamu.
Assalamu’alaikum
Alhamdulillah. Baru selesai tayammun dengan menepuk tangan ke kain kain dan dinding dinding ward, suci kan diri dari hadas. Boleh lah solat sambil menelentang atas katil wad ccu/covid 19 ni. Metara menunggu ke subuh ni, terasa nak share juga dengan sahabat sahabiah semua, mungkin terselit pengajaran untuk kita semua. Yang pasti semua yang baik datang dari Allah.
Jazakumullahukhoiran kathira pada yang mendoakan saya. Sekali lagi ujian Allah melanda, heart attack untuk kali kedua. Nak cerita apa puncanya, semua nya assebab, dan pengajaran untuk saya. Yang pasti, saya kena ikut apa yang di prescribed kan oleh Doktor. Pesan nabi saw:
"Ya, wahai hamba hamba Allah sekalian berubatlah. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberikan kepada kamu penyakit kecuali terdapat bersamanya penyembuh (penawar) kecuali satu penyakit. Sahabat bertanya: Apakah satu itu ? Jawab Baginda SAW: Tua." (Riwayat Ahmad)
Selesai berusaha berubat, maka bakinya serahkan kepada Allah dengan bertawakal.
Untuk kisah petang semalam, inilah kisah nya untuk panduan bersama jika ada manafaat:
*KRONOLOGI HEART ATTACK NCS*
Syukran for all the doas. Please to share herewith for your reference and guidance.
400 pm - Sedang memandu di kawasan Setapak, tiba tiba senak dada. Makan ubat bawah lidah dua kali tak hilang. Terus pandu ke untuk hospital berdekatan tapi pandangan makin kabur, senak dada makin kuat. Pandu sambil hon & hazard, minta laluan. Mohon Bantuan seorang penunggang motor yang seiring ketika itu, untuk buka laluan. “ Tolong bawa saya ke hospital”. Dia memandang saya sambil memberi isyarat untuk saya follow dia. Tapi sampai di traffic light ( di sebelah kanannya Menate Setapak), saya rasa dah nak pengsan. Lalu, Park kereta tepi di Trafic light, keluar kereta, minta penunggang motor bawa ke ijn. Setiba di Half way, saya yang dah separa sedar, memeluk ryder tu, mata dah kabur, terdengar, “kenapa dengan dia? “. “Nak kena hanta ke IJN”. “ maih aku bawa, kena laju ni tak boleh slow macamani”. Saya bertukar motor, penunggang lain bawa saya. Allahuakbar. Memang laju dan cekap, dia tarik tangan saya supaya peluk dia.
430 - penunggang motor drop saya di EMERGENCY. Kunci kereta tertinggal dalam “raga” motornya.
530- masuk Invasive catheter lab (icl) buat angiogram. dari EMERGENCY room terus ke ICL. URGENT due to severe chestpain.
700 siap : kluar ICL, tapi tidak dibenar jumpa waris kerana sop, sesiapa sahaja yang masuk ke hospital mendptkan rawatan adalah pesakit covid19 sehingga result test covid19 kluar pagi esok. Jika keputusan test covid19 negatif, baru lah dibenar jumpa waris.
•Doktor Tey yang performed angiogram sudah brief. Hasil angiogram, ada 1 blok 95% dan
4-5 narrowing coronary artery kesemuanya di left side (LAD). Sebelum ni right side (RCA). Doktor telah pun pasang stent di tempat yg 95% blocked & pasang balloon di 2 tempat yg sempit, lagi 2-3 tempat sempit laluan tu tak boleh buat apa2 kerana artery yg terlalu kecil.
In sya Allah with those procedure done by the doctor, ncs should be in stable condition. Previous stent in the RCA is perfectly ok there.
Please pray for me dear all.
*Akhir kalam*
Kasih sayang Allah terlalu besar dan hebat, diuji dengan berbagai sakit yang hampir mati, tapi masih diberi nikmat hidup. Tak tahu lah apa saya nak buat lagi dengan nikmat sebesar ini, kalau bukan syukur dengan taat pada Allah, Rasul dan agama yang diturunkan.
Terimakasih pada semua ahli keluarga saya - anak anak dan isteri - dan sahabat yang secara langsung terlibat atau tidak memasti kan saya selamat di IJN. Walau sehingga kini saya belum dapat bertemu mereka. Urusan “GL” utk kesinambungan rawatan di IJN, “pick up” BJX 25 yang tersadai di traffic light Setapak, berkomunikasi dengan pihak IJN dan berkumpul dan solat hajat serta doa dari semua.
Tidak lupa terimakasih pada dua “rider” yang Allah hantar kan, saya akan cari mereka selepas ini untuk perhargaan.
Semoga rahmat Allah sentiasa untuk kita.
Take care of yourselves.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Pesakit Jantung,
*NCS*@CCU Jantung IJN.
Comments
Post a Comment