[Pkp352] — BERADA DI WARD CLASS 3 @ IJN. Nikmat Mana Yang Saya Nak Dustakan Lagi. Sharing Nota kuliah On Line Tafsir Pimpinan ArRahman ayat 102 surah al Baqarah. Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera dari IJN buat semua. Petang semalam saya berpindah ward lagi, selepas kekosongan ward di “ward biasa” sudah ada. Selepas di ward covid pada hari pertama selepas procedure, sebaik didapati negative covid 19, saya dimasukkan ke ward sementara bahagian defensive ( 4 orang sebilik) kerana bilik ward biasa masih belum ada yang kosong. Bila ward biasa ( seorang sebilik) bagi pesakit yang guna GL sudah ada, saya pula tak dapat dimasukkan kesana kerana GL belum sedia kerana kedua dua pejabat yang mengendalikan urusan GL( pejabat UIA dan pejabat IJN ) bercuti hari Ahad. Maka, saya terpaksa di ward kan di ward class 3. Alhamdulillah. Semuanya tetap ada hikmah, masuk ke ward 3, tidak lah seperti mana yang disangkakan seperti di hospital kerajaan. Ianya masih terbaik cuma tidak lah satu bilik. Berkongsi 6 orang satu bilik berdinding kan tirai. Due to covid 19 issue, hanya empat pesakit sahaja di tempatkan di bilik besar ini. Cuma mungkin berbeza orang yang sebilik dengan kita, kalau sebelum ini, saya sebilik dengan pensioners dari PDRM dan juga bekas kakitangan kerajaan dan sembang dia orang pun ada gaya gaya ketua jabatan, tapi di sini, kebanyakan adalah orang awan yang kena “fork Out” 25k dari tabung sendiri untuk package rawatan jantung disini. Saya bersyukur di tempatkan di kelas 3 ini, sekurang kurang nya dapat melihat dan juga mendengar kisah dan juha keluhan dari golongan orang kebanyakan berdepan dengan isu kos rawatan yang mahal. Saya juga terasa malu kerana ada yang dah tiga empat hari malah seminggu disini tapi masih belum buat procedure jantung lagi tapi menunggu turn. Sedangkan saya terus saja tiba di petang jumaat dari EMERGENCY langsung ke Bilik Procedure walaupun Ujian Covid 19 belum di ketahui dan isu GL pun belum selesai lagi. Allahuakbar. Nikmat mana yang saya nak dustakan lagi selepas bantuan dua rider dari Allah, saya pula di anugerahkan kemudahan itu. Kalau tidak diturunkan ke kelas 3, mungkin rasa syukur saya tak sampai ke tahap ini. Apa apa pun syukur dan terimakasih pada Allah kerana jantung saya sudah semakin stabil. Sebelum pindah ward, petang semalam juga, ujian echo telah di jalankan dan didapati tiada yang kronik lagi dengan jantung saya . Jazakumullahkhair pada semua doa doa dari sahabat dan sahabiah. Seperkara yang saya nak share sini, staff saya sudah berjaya berhubung dengan riders yang dihantar Allah menyelamatkan saya pada petang jumaat di hari kejadian. In shaa Allah, selepas discharged nanti saya akan menemuinya. Alhamdulillah, orang asal Gombak dan kerjanya runner insuran. Sebagai salah satu tanda syukur pada Allah, selepas solat maghrib semalam, saya di ruang bilik kecil saya di kelilingi tirai, mendengar Kuliah maghrib on line dari FB Tafsir Pimpinan Ar Rahman ( Sheikh Abdullah Basmeih) surah Al Baqarah ayat 102 sahaja. Pagi ini saya nak share beberapa nota yang sempat saya catatkan: •Kita amal ayat 102, Surah Al-Baqarah ni. In shaa Allah ALLAH benteng kita dari kejahatan makhluk melalui sihir. Amin •Kisah harut marut. Kisah dua orang soleh seperti malaikat (pendapat yang paling kuat) •Babylon - disebut dalam alquran sebagai babil. Tamadun terkenal •Cerita karut malaikat Harut Marut terpikat pada wanita isteri orang bernama Zahrah. Katanya Zahrah jadi planet Zuhrah, Dua malaikat itu diikat kaki ke langit dan kepala ke bawah. INI CERITA KARUT malah tak sahih dari tafsir. Nauzubillahi minzalik. •Malaikat ajar sihir untuk diambil pengajaran bukan dijadikan ikutan dan anutan manusia. •Sebahagian ulamak mengatakan ianya haram jika belajar sihir walaupun hanya untuk pengetahuan tetapi ada ulamak setengah kata harus tapi kufur bila beramal dengannya. •Kalau tak ikut wahyu tak ikut nabi tak ikut al quran maka kita akan lama lama terikut dengan syaitan. •Mukjizat Nabi mengajak manusia beriman kepada Allah. Tapi ahli sihir guna sihir untuk keuntungan, dikenali. Contoh: David Copperfield. •Jaga rumahtangga, elakkan dari penceraian kerana ia perkara paling diraikan SYAITAN. •Ilmu sihir ialah ilmu khusus utk kaum yahudi, kerana mereka menolak kebenaran. Banyak lagi notanya, in shaa Allah saya akan share besok pula. Semoga ALLAH lindungi semua kita daripada sihir dan kejahatan mata yang memandang baik manusia, jin, syaitan, Iblis. Amin allahumma amin *Akhir kalam..* Untuk anak anak yang menduduk SPM pagi ini, saya doakan semuanya akan tenang dan damai dalam menjawab soalan soalan. Setakat ini ada dua permintaan dari kawan saya, salah seorang nya rakan sebilik IJN yang memohon agar saya doakan kemudahan anak mereka untuk menghadapi spm. Saya doakan semuanya dipermudah kan dan khusus untuk : Ahmad Irfan bin anuar dan Wan shameil Eizriq Wan samsul kamal. Moga benarlah, أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ “Siapakah yg memperkenan kan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada Nya, dan yang menghilangkan kesusahan.. “ (An-Naml: 62) Dan kita semua tahu, orang sakit termasuk diantara nya. Dalam satu tulisan, saya ketemui ulamak menjelas kan mengapa doa orang sakit lebih mustajab, kerana orang sakit termasuk orang yang terdesak. Dan doanya lebih cepat diijabahi dari pada yang lainnya. Tiada lagi nikmat yang hendak didustakan. Wallahu’alam Barakallahufikum Wassalam Dari IJN, [NCS] @ B229, ward B2 Zone 1.
[Pkp352] — BERADA DI WARD CLASS 3 @ IJN. Nikmat Mana Yang Saya Nak Dustakan Lagi. Sharing Nota kuliah On Line Tafsir Pimpinan ArRahman ayat 102 surah al Baqarah.
Assalamu’alaikum..
Salam sejahtera dari IJN buat semua. Petang semalam saya berpindah ward lagi, selepas kekosongan ward di “ward biasa” sudah ada. Selepas di ward covid pada hari pertama selepas procedure, sebaik didapati negative covid 19, saya dimasukkan ke ward sementara bahagian defensive ( 4 orang sebilik) kerana bilik ward biasa masih belum ada yang kosong. Bila ward biasa ( seorang sebilik) bagi pesakit yang guna GL sudah ada, saya pula tak dapat dimasukkan kesana kerana GL belum sedia kerana kedua dua pejabat yang mengendalikan urusan GL( pejabat UIA dan pejabat IJN ) bercuti hari Ahad. Maka, saya terpaksa di ward kan di ward class 3.
Alhamdulillah. Semuanya tetap ada hikmah, masuk ke ward 3, tidak lah seperti mana yang disangkakan seperti di hospital kerajaan. Ianya masih terbaik cuma tidak lah satu bilik. Berkongsi 6 orang satu bilik berdinding kan tirai. Due to covid 19 issue, hanya empat pesakit sahaja di tempatkan di bilik besar ini. Cuma mungkin berbeza orang yang sebilik dengan kita, kalau sebelum ini, saya sebilik dengan pensioners dari PDRM dan juga bekas kakitangan kerajaan dan sembang dia orang pun ada gaya gaya ketua jabatan, tapi di sini, kebanyakan adalah orang awan yang kena “fork
Out” 25k dari tabung sendiri untuk package rawatan jantung disini. Saya bersyukur di tempatkan di kelas 3 ini, sekurang kurang nya dapat melihat dan juga mendengar kisah dan juha keluhan dari golongan orang kebanyakan berdepan dengan isu kos rawatan yang mahal. Saya juga terasa malu kerana ada yang dah tiga empat hari malah seminggu disini tapi masih belum buat procedure jantung lagi tapi menunggu turn. Sedangkan saya terus saja tiba di petang jumaat dari EMERGENCY langsung ke Bilik Procedure walaupun Ujian Covid 19 belum di ketahui dan isu GL pun belum selesai lagi. Allahuakbar. Nikmat mana yang saya nak dustakan lagi selepas bantuan dua rider dari Allah, saya pula di anugerahkan kemudahan itu. Kalau tidak diturunkan ke kelas 3, mungkin rasa syukur saya tak sampai ke tahap ini.
Apa apa pun syukur dan terimakasih pada Allah kerana jantung saya sudah semakin stabil. Sebelum pindah ward, petang semalam juga, ujian echo telah di jalankan dan didapati tiada yang kronik lagi dengan jantung saya . Jazakumullahkhair pada semua doa doa dari sahabat dan sahabiah.
Seperkara yang saya nak share sini, staff saya sudah berjaya berhubung dengan riders yang dihantar Allah menyelamatkan saya pada petang jumaat di hari kejadian. In shaa Allah, selepas discharged nanti saya akan menemuinya. Alhamdulillah, orang asal Gombak dan kerjanya runner insuran.
Sebagai salah satu tanda syukur pada Allah, selepas solat maghrib semalam, saya di ruang bilik kecil saya di kelilingi tirai, mendengar Kuliah maghrib on line dari FB Tafsir Pimpinan Ar Rahman ( Sheikh Abdullah Basmeih) surah Al Baqarah ayat 102 sahaja.
Pagi ini saya nak share beberapa nota yang sempat saya catatkan:
•Kita amal ayat 102, Surah Al-Baqarah ni. In shaa Allah ALLAH benteng kita dari kejahatan makhluk melalui sihir. Amin
•Kisah harut marut. Kisah dua orang soleh seperti malaikat (pendapat yang paling kuat)
•Babylon - disebut dalam alquran sebagai babil. Tamadun terkenal
•Cerita karut malaikat Harut Marut terpikat pada wanita isteri orang bernama Zahrah. Katanya Zahrah jadi planet Zuhrah, Dua malaikat itu diikat kaki ke langit dan kepala ke bawah. INI CERITA KARUT malah tak sahih dari tafsir. Nauzubillahi minzalik.
•Malaikat ajar sihir untuk diambil pengajaran bukan dijadikan ikutan dan anutan manusia.
•Sebahagian ulamak mengatakan ianya haram jika belajar sihir walaupun hanya untuk pengetahuan tetapi ada ulamak setengah kata harus tapi kufur bila beramal dengannya.
•Kalau tak ikut wahyu tak ikut nabi tak ikut al quran maka kita akan lama lama terikut dengan syaitan.
•Mukjizat Nabi mengajak manusia beriman kepada Allah. Tapi ahli sihir guna sihir untuk keuntungan, dikenali.
Contoh: David Copperfield.
•Jaga rumahtangga, elakkan dari penceraian kerana ia perkara paling diraikan SYAITAN.
•Ilmu sihir ialah ilmu khusus utk kaum yahudi, kerana mereka menolak kebenaran.
Banyak lagi notanya, in shaa Allah saya akan share besok pula.
Semoga ALLAH lindungi semua kita daripada sihir dan kejahatan mata yang memandang baik manusia, jin, syaitan, Iblis.
Amin allahumma amin
*Akhir kalam..*
Untuk anak anak yang menduduk SPM pagi ini, saya doakan semuanya akan tenang dan damai dalam menjawab soalan soalan.
Setakat ini ada dua permintaan dari kawan saya, salah seorang nya rakan sebilik IJN yang memohon agar saya doakan kemudahan anak mereka untuk menghadapi spm.
Saya doakan semuanya dipermudah kan dan khusus untuk : Ahmad Irfan bin anuar dan Wan shameil Eizriq Wan samsul kamal.
Moga benarlah,
أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ
“Siapakah yg memperkenan kan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada Nya, dan yang menghilangkan kesusahan.. “
(An-Naml: 62)
Dan kita semua tahu, orang sakit termasuk diantara nya. Dalam satu tulisan, saya ketemui ulamak menjelas kan mengapa doa orang sakit lebih mustajab, kerana orang sakit termasuk orang yang terdesak. Dan doanya lebih cepat diijabahi dari pada yang lainnya.
Tiada lagi nikmat yang hendak didustakan.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari IJN,
[NCS] @ B229, ward B2 Zone 1.
Comments
Post a Comment