Pkp358* - Pagi Bersama...
*Pkp358* - Pagi Bersama Allah: Bertasbilah kerana kita akan “hidup” selama lama nya.
Assalamu’alaikum...
Selawat dan salam buat Nabi Saw dan para ahli keluarga baginda. Salam ahad buat semua, mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan.
Berpagi pagi kita semua bersama Allah SWT. Dengar kan suaara hati kita ketika kita berpagi pagi bersama Allah Swt.
Sekadar ulangkaji, Nabi saw mendoa kan yang bangun sebelum Subuh: “Ya Allah, berkahilah umatku di waktu pagi nya.” (AbuDaud dan Ibnu Majah)
Dan ada satu perkara yang pernah saya dengar dalam banyak banyak ceramah, sedar atau tidak, siang dan malam, panas terik dan dinginnya malam setianya mereka bergillir tunaikan tanggungjawab kepada Tuhannya, dan semua itu ada hikmah dan pesanan dari Allah.
Kata assatizah, dibalik surau burung di hutan, suara katak bersahutan musim hujan, suara azan mengundang kita solat yang tak hentinya berkumandang saling berkaitan dari satu tempat ke tempat lainnya di seluruh bumi, hingga sinergi nya siang dan malam bertukar ganti, adalah tanda memuji kebesaran dan patuh pada perintah pada Allah.
Sudah menjadi sunnatullah, semua makhluk di muka bumi dan di seantero langit memuji dan bertasbih pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Sering dibawa bersama oleh para assatizah ialah ayat 43 dan 44 surah al isra’ :
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا
“Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi tinggi nya, jauh dari apa yg mereka katakan itu”
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguh nya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”
Rumusannya, selaku orang awan, saya kira dari benda ciptaan Allah terkecil seperti ATOM, hingga yang luar besar seperti matahari dan bintang lain yang lebih besar semuanya membuktikan dan bertasbih memujiNya.
Saya hanya menyampaikan untuk renungan kita, supaya kita sedar agar selalulah bertasbih kerana makhluk lain tidak lekang bertasbih. Sehingga alam ini masih dalam redha dan rahmat Allah, walaupun kita adaah pendosa.
Alam semesta ini begitu besar. Namun Allah selaku pencipta jauh lebih besar. Maha Besar Allah Tuhan Pencipta Alam! Maka bertasbihlah kepada Allah!
Banyak masa kita sebenar nya untuk berzikir dan bertasbih, tapi seringkali kita menyalahi lama masa disediakan Allah. Kalau berwhatsapp, istagram, FB atau apa saja dalam media, yang 60 minit tu terasa macam 6 minit saja tetapi jika saat berzikir, membaca alquran, berdoa, solat segala sunat, yang 6 minit itu kita akan merasa seperti 60 minit hinggakan kita sanggup tangguh kerana takut terlewat kerja dunia yang lain. Aduhai...
Semoga dengan ulangkaji tentang semua makhluk2 Allah yang lain setia dan istiqamah bertasbih, membuatkan kita rasa tercabar untuk ikut sama melakukanya. Mungkin ada yang merasa tidak tercabar, kalau begitu lah keadaan, cuba lah cari suatu perasaan yang lain supaya tidak menyesal di suatu “hari” nanti.
Renungan saya di pagi ini, gigihnya para makhluk terus bertasbih adalah sebagai bukti bahawa Sang Pencipta nakkan seluruh mahluknya untuk taat dan berada diatas laluan sebagai manusia.
*Akhir kalam*
Jika semut, katak, burung, bulan, matahari hingga segala planet dan bintang patuh dan tuduk pada Allah, itulah sebabnya mengapa kita kena beribadah kepada Dzat yang telah mengurnia kan kepada kita segala hal yang kita miliki saat ini.
Allah sering “menyinggung”kita untuk berfikir di dalam Al Quran. Semoga Allah juga memberi kita petunjuk dan keredhaanNya.
Ingat, sekali roh sudah menyonsong dalam jasad, sekali sudah ada nama seperti NCS, kita akan “hidup” selama nya. Alam Roh, Rahim, Dunia, Barzakh, Akhirat, Mahsyar, Titian Sirat, hanyalah proses dan hakikat nya, kita tidak akan “mati” lagi, cuma pilihlah nak hidup di syurga atau neraka. INFINITY!
Allah telahpun menyindir kita dengan satu pertanyaan, yang sering kita baca:
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
“Maka apakah kamu mengira, sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al Mukminun: 115)
RENUNGKAN Dan BERTINDAKLAH!
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Ikhlas dari sang pendosa,
*NCS* @ SeriMinang.
Comments
Post a Comment