Pkp.yr2.d8*•Hidup kita...

 *Pkp.yr2.d8*•Hidup kita ada bahagian masing masing. Ber’sykurlah dan Bertabah lah. 


Assalamu’alaikum..


Yang rahmati Allan, ibu ayah, ahli ahli ku, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, rakan dan taulan. Salam pagi yang penuh kesejahteraan saya  doakan buat semuanya. 


Bukanya mata kita pagi ini, kita sudah ada satu perkara yang hendak kita hadapi, itu lah kehidupan. Dan dalam sebuah kehidupan, kita dah ada bahagian masing2. Ada yang bahagia, ada yang susah, semuanya telah pun ditakdirkan. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada. Kalau nak lebih, kena usaha lebih. Jangan pernah ada rasa cemburu dengan apa yang orang lain ada. Pagi ini, mana mana yang menerima bahagian bahagia, bersyukur lah dan yang menerima bahagian duka, bertabahlah, saya doakan kedua dua nya dalam redha Allah belaka. Aaminn.


Maafkanlah jika apa yang dikongsi kan saya pagi ini, ada menjeruk rasa sesiapa. Semalam, buat saya adalah antara hari yang “paling produktif” selepas kes 19 Feb. Solat berjemaah di surau sudah pun boleh dijadikan sama macam seperti sebelum pkp. Syukur sangat sangat. Hanya tinggal kita saja nak ke rumahNya atau pilih untuk berjemaah bersama mereka yang dekat dengan kita. Tapi carilah peluang untuk berjemaah, tunaikan seawal wqktu. Selepas pagi nya selesailkan isu Islamic loan IRIZR3 di  PB Taman Maluri, saya di pandu ke pejabat telaah hal isu isu pejabat dan tinggalkan cheque untuk anak asnaf Albarakah Malaysia; sebelum ke Bandar Seri Putra, drop sang putra saya di KUiS. Tiba di rumah jam 3, berehat sebentar sebelum asar pula ditunaikan berjemaah. Dan paling menggembirakan saya, petangnya ke UPM, sedikit exercise chipping disana, semasa pulang saya memandu E60 buat pertama kali selepas 24 hari secara perlahan lahan di temani sang putra yang satu lagi. Alhamdulillah. Walau ada sedikit kesan phobia kerana semasa memandu tiba tiba ada terasa jantung di usik. Pada saya, saya kena kuatkan semangat, saya terus memacu pulang untuk maghrib berjemaah di rumah. Selesai makan kweea tiaw goreng daging special yang juga saya bahagikan ikut portion 1/4, 1/4 dan separuh lagi sayur, saya duduk dengar pula kuliah on line bersama Tok Ku tafsir Pimpiman Ar rahman surah al baqarah ayat 204 - 212. Menutup tirai 1 Sha’ban semalam, Saya berjemaah isya’ di Al amin menyaksikan seusai solat ketika berjalan ke kereta untuk pulang, ada kakak bertudung labub yang kedua kakinya berbungkus di temani seorang pemandu GRAB berusaha menjual burger daging rusa sedang memerlukan bantuan untuk menghabiskan jualannya. Saya berusaha membantu dengan mengambil sebanyak 10 bungkus dan dibahagikan pada rakan jemaah. Pada mulanya akak tersebut sangsi dengan saya, “ tak pe kak, kalau saya tak bayar, akak cari saya kat sini tanya jemaah kat sini, nama saya NAZA” Dia pun merayu saya transferkan duit nya sebelum jam 10 kerana khuatir ATM akan tutup selepas itu. Saya tersenyum, kami bertukar nombor HP. Sesampai di rumah, saya terus mohon bantuan ahli saya untuk terus transfer rm150 ke dalam akaun kak Liza. Saya bersegera menalifonnya memaklum kannya; teekejut saya, bila dia ucap kan terima kasih kerana dia dah pun ambil duit nya dari ATM. Saya akhirnya melabuhkan malam dengan bersandar di depan tv sebentar sebelum beradu untuk sebuah hari yang “produktif”. Dan seketika sedang berehat di atas “beans beg”, terpandang satu message masuk : “ RM0 Your BMMB a/c ending *********** was credited with RMx,xxx on 15/03/2021 21:20” 


Alhamdulillah.Terimakasih ya Allah. Nikmat mana yang saya nak dustakan lagi. Kita dengan bahagian kita masing masing. Bersyukur lah, bertabahlah apa pun bahagian kita. 


Sebagai perkongsian ilmu untuk pagi ini, terima sedikit nota dari kuliah on line saya. Moga ada manafaat untuk fikrah islami kita. *Pengajian Tafsir AlQuran Pimpinan Ar Rahman Al-Baqarah (Siri ke-37)Ayat: 204 - 212*


•Ujian untuk orang Islam adalah ada nya golongan munafik. Pada Zaman sekarang ni, ramai kalangan kita yang beribadah nampak hebat tapi hakikat nya hukum hakam masih banyak tidak dipedulikan - riba’ contohnya.


•Orang islam kalau lawan orang kafir, ada saja yang mengkhianati orang islam, ada nya munafik. Hal Ini sejak zaman nabi saw lagi. Mereka inilah yang menghuru harakan islam dari dalam. 


•Bukan zahirnya kita nak tunjuk islam, batinnya juga begitu. Bukan hanya ketika beribadah haji yang kita nak tunjuk kan kita ini islam, tapi seluruh nya dalam bahagian lain hidup kita.


•Wahai orang beriman patuhlah seluruhan islam semuanya jangan lah jadi seperti syaitan yg memang musuh kita yang nyata. 


•Pada zaman nabi saw, Abdullah bin salam serta yahudi yahudi lain yang sudah memeluk islam tapi masih agungkan hari sabtu. Pengaruh yahudi masih ada walaupun dah masuk islam. Samalah dengan kita orang melayu walaupun Muslim tapi masih rapat dengan adat adat melayu yang ada kadang2 bercanggah dengan islam. Abdullah bin salam malah mohon untuk nak agung kan sabtu dan nak qiam dengan kitab taurat. Sehingga turunlah ayat 208 - peluklah islam seluruhnya. Kata nabi saw juga, kalau musa masih hidup pun dia pun kena baca al quran. Kesimpulan, tinggallah perkara perkara yang tidak berkenaan dengan islam, baik ekonomi dan sosial, ikutlah islam secara keseluruhanya. 


*Akhir kalam*


Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan semata. Ramai hanya nampak wang Ringgit dan kekayaan sahaja, hingga  sanggup menggadaikan banyak perkara demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yg paling banyak dilimpah rezeki. Tapi sebenarnya, tanggapan ini salah dan amat jauh menyimpang, persepsi ini perlu segera diubah. Renungkanlah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Tulisan,

*NCS@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S