Pkp.yr2.D12

 *[Pkp.yr2.D12]* 

•PROSA PAGI SEUSAINYA NISFU SYAABAN.

•Tafsir AlWaqiah Ayat 62-73. Final. 


ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH.. 


Selawat dan salam pada Nabi saw dan ahli keluarga baginda. Di doakan suatu kesejahteraan buat Mak Ayah, ahli2 saya, adik beradik, iparduai, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. 


Walaupun kita tidak tahu samada jalan  masih jauh dan panjang, atau hanya tinggal selekoh di depan saja, kita kena merintisnya, sama samalah kita fahami erti sebuah kehidupan..


Prosa seusainya Nisfu syaaban...


Sebaik nisfu syaaban berlabuh sore semalam, entah mengapa, sayu rasa hati mengenang Ramadhan bakal datang lagi. Entah sempat atau tak Ramadhan buat diri kali ini. Allah Maha Tahu semuanya. Moga kalau ada lagi untuk kali 53 ini, ia nya menjadi bekal buat hari mendatang yang tidak tahu entah dimana penghujung. Mungkin sebentar lagi, mungkin esok, mungkin bulan hadapan, atau tahun seterusnya, tak siapa tahu akhir garis masanya dan bagaimana..


Ya tuhan, diterimalah segala amalan, ampunkan segala kesilapan, tambahlah akan kemanisan iman dan juga ketaatan, kalaulah melepasi Ramadhan kali ini. 


Maka, wahai diri yang tahu, bersungguh sungguhlah dalam perjalanan kejarkan syurga, paksa paksakanlah diri bukan manja manjakan diri. Berama sebaiknya. Dan ingat ingatkanlah akan hari perhitungan yang pasti akan tiba. 


Indeed, dunia ini singkat, 1000 Tahun Dunia, 1 Hari di Akhirat. Berapa jam jer kita hidup atas dunia ini. 


“Sesungguhnya sehari dari hari hari azab disisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.” (Al-Hajj:47)


Bersabarlah untuk terus taat. Dunia ini penuh tipu daya, bermujahadahlah menolak segala maksiat. Dunia ini sebentar, sungguh sebentar sahaja. Maka benarkanlah niat perjalanan ini, luruskan lah hati yang amat mudah berbolak balik ini. 


Aku selalu berharap, dan benar benar amat berharap, malah bermunajat padanya. 

Moga Allah jadikan hari yang terbaik dalam kehidupanku adalah hari kematianku. Dan hari terindah dalam hidupku adalah pada hari pertemuan dengan Allah Rabbul Jalil. Matikanlah dalam keadaan diampunkan dosa. Mohon di 

perkenankanlah dan juga di sampaikanlah cita cita ku ini. Ameen. Ameen. Ameen!


*Ustaz Syukri Omar* Tafsir Al Waqiah Ayat 62-73. Final. 


Alwaqiah:63

‎أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ

“Maka (mengapa masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?”


•Allah tanya apa yang kita dah buat pada tanah. Dan Allah beri jawapan dalam ayat seterusnya. Allah Maha Pemecah. Allah pecah benih dalam tanah dan tumbuhlah tumbuhan. 


Alwaqiah:64

‎أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ

“Kamukah yang menumbuh kannya atau Kami yang menumbuhkannya?”


Alwaqiah:65

‎لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ

“Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal”


•Allah menciptakan segala nya dengan penuh rahmat, Allah jadikan yang ditanam manusia bermanafaat atau kering tak berhasil. Pada yang tak berhasil manusia akan tercengang kerana semuanya atas kehendak Allah


alwaqiah:66

‎إِنَّا لَمُغْرَمُونَ

“(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian”


alwaqiah:67

‎بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ

"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)"


Alwaqiah:68

‎أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ

“Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?”


•Allah nak tunjukkan segala kekuasaannya, Dia tanya lagi pasal air. 


alwaqiah:69

‎أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ

“Kamukah yang menurun kannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?”


Alwaqiah:72

‎أَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنشِئُونَ

“Kamukah menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami  yang menumbuhkannya?”


Alwaqiah:73

‎نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً وَمَتَاعًا لِّلْمُقْوِينَ

“Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yg memberi kesenangan pada orang orang musafi


•Allah tanya lagi tentang api yang Allah nyalakan. Dengan apa nya terjadi semuanya adalah kehendak Allah. Siapa yang jadikan kayu untuk keluar kan api? Ada dua jenis pohon diguna kan untuk nyalakan api - al araf dan al aafa. Semuanya dengan penciptaan Allah ini semuanya peringatan buat kita. 


“Api yang anak adam nyala kan itu hanyalah sebahagian dari 70 kali api dineraka. Api dunia sudah panas dan tak mampu nak tanggung. Malah, api di neraka lebih panas 69 kali panas api di dunia”


Sesunghuhnya, apa apa jua yang ada bermanafaat untuk manusia adalah dari Allah swt. 


Alhamdulillah. Semoga kita terjentik untuk terusan kekal bersama Nya dulu, kini dan selama nya. 


*Akhir kalam*


‎فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ


“Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) - bertasbih lah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat nikmatNya itu”

(Al waqiah :74) 


Dan segala galanya daripada kehidupan ini hanya untuk Allah. Aku ingin sentiasa perbaiki diriku dan aku juga mahu menjadi pemyampai sentias selamanya. Kerna hanya dengan itu sajalah, aku mampu hidup dan bernyawa.


"Aslih Nafsak Wad'u Ghairak" "Perbaikilah diri kamu, dan pada masa sama ajaklah orang lain."


Bersyukurlah. Kita bukan pemula, dan bukan juga penamat tetapi kita adalah penyambung jihad baginda rasulullah saw.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Prosa dari, 

*NCS@SERIminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S