Pkpyr2d53 Airmata Gaza
*Pkpyr2d53*
•AIRMATA GAZA PALESTINE
•ANDAI RASULULLAH MASIH ADA
•KISAH PERANG QAINUQA’
•TABUNG GAZA. Kempen rm10 seorang.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Pagi ini terlalu syahdu, hati juga begitu. Bukan kerana hari raya ketiga, tapi kerana terkenangkan nasib saudara seagama di Gaza.
Allahuakbar. Biarpun diri ini berlumuran dosa yang tidak kelihatan oleh manusia lain, sehingga merasakan diri inilah yang paling hina disisi Allah, tapi kecintaan pada islam dan saudara seagama tidak pernah kurang.
Berita di baca:
“Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, setakat ini, sekurangnya 67 orang termasuk 14 kanak kanak maut, 388 penduduk cedera dalam serangan udara Israel di Gaza. Tujuh orang maut di Israel. Keganasan meletus selepas konflik Israel Palestin meningkat di Baitulmuqaddis Timur berikutan dari pasukan keselamatan Israel telah menyerbu Masjid Al Asqa dan menyerang penduduk Palestin” – AGENSI/AFP
Sejak dulu lagi, berita begini tidak pernah berhenti. Hati terasa, jiwa meronta tidak tahu apa yang terpatut di buat, cuma yang ada hanya sekudus doa dengan satu kepiluan. Jom sama sama kita doakan...
•Allahumma suril islam…
Yaa Allah tolonglah islam
•Allahumma Surril Islam wal Muslimin wal Mujahidin fi Falestine...
“Yaa Allah, hancurkanlah musuh musuh mujahidin. Yaa Allah, pecah belahlah persatuan mereka. Cerai beraikanlah perkumpulan mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan campakkanlah rasa takut ke dalam hati mereka. Yaa Allah, hancurkan kekafiran, kejahatan, kezaliman dan kefasikan. Yaa Allah, hancurkanlah kaum kafir baik Yahudi maupun Nasrani dengan benar benar kehancuran secepatnya”
Aamiina Yaa Ayyuhal Muslimun…
Ketika kita di M’sia beraya berseronok meskipun dalam PKP, dgn pergerakan terhad, tiada satu letupan pun yang meletup ditujukan pada kita melainkan letupan mercun meraikan hari raya.
Sedangkan saudara yang seagama kita dihujani peluru tak bermata para Yahudi laknatullah. Bersyukur lah kita beraya di rumah, tapi Palestine beraya tanpa rumah. Ketika inilah hati meronta rindu kan Rasulullah saw. Andai Baginda masih ada, pasti Islam hebat bersatu menentang semua kekejaman ini. Air mata tak tertahan lagi mengenangkan nasib saudara seIslam yang sedang berjuang di Palestine sana. Tinggallah munajat dinihari dan doa ku kirimkan buat mereka. Moga nasrullah akan segera datang.
“Tentera Hamas melancar kan puluhan roket terhadap Israel sebagai tindak balas serangan udara rejim Zionis membunuh komander kanan dan memusnahkan sebuah bangunan bertingkat di Gaza”
Allahuakbar!
Allahuakbar !
Allahuakbar!
Kami rindukan mu ya Rasulullah! 😭
Ya Allah bantulah kami....
*[Kisah Perang Bani Qainuqa]*
•Peperangan antara kaum Muslimin dan Yahudi Bani Qainuqa di Madinah pada Syawal tahun ke 2 H. Tepatnya pada Sabtu pertengahan Syawal.
Kisah bermula, apabila seorang wanita Arab yang datang ke pasar Yahudi Bani Qainuqa, dia duduk dekat kedai perhiasan. Tiba tiba beberapa orang di antara Yahudi hendak buka kerudung yang menutupi wajahnya. Diam diam tanpa diketahui Muslimah itu, tukang perhiasan ini mengikat ujung jilbabnya, dan ketika dia bangun, tersingkaplah auratnya.
Muslimah ini secara spontan menjerit dan seorang muslim yang berada dekatnya tika itu, melompat menerkam tukang perhiasan itu. Orang Yahudi disitu mengerumuni menangkap dan ikat Muslim tersebut dan di bunuh.
Kejadian ini membuatkan Rasulullah hilang kesabaran kerana sebelumnya Yahudi mengadu domba Aus dan Khazraj sehingga hampir kedua suku ini berperang. Lalu, Rasulullaah Saw dan pasukan kaum Muslim tuju ke tempat Bani Qainuqa dan mengepung mereka dengan ketat.
Bani Qainuqa ini akhirnya menyerah setelah dikepung selama 15 hari. Allah telah memasukkan rasa gentar dan takut ke dalam hati orang Yahudi ini. Hampir saja semua kaum lelaki Bani Qainuqa ini dihukum mati oleh Rasulullah. Namun, keputusan itu berubah bila bapa munafik, Abdullah Ubai merayu Rasulullah supaya memaafkan mereka. Dan akhirnya Rasulullah saw bermurah hati memaafi dan memerintahkan mereka Bani Qainuqa untuk pergi sejauh jauhnya dan tak boleh lagi tinggal di Madinah.
Allahuakbar! Kami rindukan mu ya Rasulullah.
*Akhir Kalam..*
Wahai para umat Islam marilah kita bersatu, kalau tidak bersama menuju ke tempat perang di Palestine sana, buatlah apa yang patut. Paling kurang berdoa.
Kalau mampu, hulurkanlah meskipun barang sekeping rm10 sekalipun. Allah tak lihat pada nilai. Allah lihat pada keikhlasan.
“Tabung Kecemasan Gaza Bank In ke Akaun Maybank Muslim Care Malaysia 564490211159. HP: 011 500 500 35 Atau Klik https://toyyibpay.com/TABUNG-KECEMASAN-PALESTIN”
Lakukan sesuatu wahai umat islam. setiap orang buatlah sesuatu ikut kemampuan, jangan baca, dengar tapi tidak peduli, ketika pemimpin dunia dan Pertubuhan Bangsa Bangsan Bersatu (PBB) masih sibuk berbahas siapa yang benar dan siapa salah, sedangkan rakyat Palestin dibunuh. Ohhh...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
*Pena / NCS@SERIMINANG*
#https://youtu.be/yS-uvUiadiw
#Law Kaana Bainanal Habib (Andai Rasulullah Masih Bersama Kami)
Comments
Post a Comment