Pkpyr2d56 - MENCARI CARI MAJLIS...

 *Pkpyr2d56*

•MENCARI CARI MAJLIS ILMU. MOGA MALAIKAT MENDOAKAN KITA.


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Yang di rahmati Allah Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Walaupun baru semalam dalam majlis usrah bersama keluarga, misi mencari ilmu diteruskan, memasuki hari ke empat tidak berada di majlis ilmu samaada bertallaqi atau alam maya. Rimas rasanya, sudah lah dosa menimbun disetiap hari, inikan pula malaikat pula berhenti dari mendoakan keampunan. Aduhai...


Sedangkan dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani menghadapi ujian yang mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat2 diperlukan. Tapi kita tidak sedar ini semua..


Demi untuk merapatkan diri kita dengan para malaikat, ada beberapa nota yang saya baca menyuruh kita buat beberapa perkara seperti:


•tidur dalam keadaan berwudhu

•tunggu waktu solat masuk. 

•berada di saf barisan depan solat berjamaah.

•Sambung saf pada solat berjamaah, jgn biarkan kekosongan di dalam saf.

•ikut baca ‘Aamiiin’ lepas Imam baca Al-Fatihah.

•duduk di tempat solat setelah solat.

•Solat Subuh dan Solat Asar secara berjemaah.

•doakan saudara mara, sahabat dan kawan tanpa pengetahuan mereka.

•berinfaq di jalan Allah.

•ziarah orang sakit.

•ajar kebaikan kepada orang lain.


Dalam banyak banyak yang dianjurkan diatas semuanya ada nas untuk kita beramal dengannya. Moga kita dapat pahala juga kerana ikut apa yang Nabi saw sarankan. Hasilnya serah pada Allah.


Terjumpa satu ayat dari banyak ayat menjelaskan tentang malaikat dari surah Al Anbiya ayat 26-28: 


“Sebenarnya (malaikat malaikat itu) adalah hamba hamba yang dimulia kan, mereka tidak mendahului Nya dengan perkataan dan mengerjakan perintah2 Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang orang yang diredai Allah, dan mereka selalu berhati hati kerana takut kepada Nya” 


Mulianya kedudukan para malaikat, mereka termasuk dalam golongan makhluk Allah yang selalu dikabulkan doanya. Para malaikat tidak pernah berbuat sesuatu kecuali berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Para malaikat tidak pernah mendoakan seorang hamba kecuali orang orang yang diredai oleh Allah SWT. Maka, jom selaku orang awam, sama sama kita berusaha kearah melakukankan amalan yang membolehkan kita mendapat tempat dalam golongan yang didoakan oleh para malaikat.


Barakallahufikum..


*Akhir kalam*


Alhamdulillah. 


Pencarian berada di majlis ilmu semalam berakhir di alam maya, bila saya follow kuliah dari FB Pertubuhan Pengajian Ilmu Islam dan kebajikan Pasir Gudang ketika menunggu waktu isya’. 


Ada beberapa salinan nota yang sempat saya ambil tapi antara yang terkesan adalah:


“Orang Islam kena bijak dalam bersedekah, kerana apa yang kita sedekah adalah simpanan di akhirat. Islam matlamatnya adalah akhirat, tetapi dunia tidak pernah dilupakan”


Seketika isya’ dah masuk waktunya, kami lima beranak bersegera ke satu surau yang memang cukup 20 jemaah seperti dibenarkan dalam SoP terkini dalam pkp. Syukurlah peluang sentiasa ada. Seusai solat isya’ pula, imamnya ada membaca beberapa hadis dan antara perkataan yang saya nak share adalah: 


“Bila kita pandang hina pada orang lain, kita akan terlibat dengan dosa takabbur”


Semoga ada sesuatu dari catatan pagi ini, sesuatu yang memangkinkan kita ke arah kebaikan.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Ikhlas dari, 

*ncs@seriminang*

#Teruskan berdoa untuk Palestine.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S