Pkpyr2d61 - Mati Syahid...
*Pkpyr2d61*
•Mati syahid sebab Covid 19: salam takziah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Salam kedamaian di pagi ahad buat yang di rahmati Allah selalu Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.
Bersyukurlah kepada Allah kerana memberikan kita kurnia kehidupan untuk menikmati Rahmat dan Nikmat Nya. Semoga hari ini Allah menjaga, menyihatkan, melimpahkan rezeki, kuatkan iman Islam kita. Selamat beramal semoga Allah swt berikan jalan keluar segala kesulitan.Jangan putus asa dengan rahmatNya walau siapa pun kita. Sesiapa yang meringankan beban orang yang dalam kesusahan, nescaya Allah akan ringan kan bebannya di dunia dan akhirat.
Mulakan pagi ini dengan doa yang baik2. fikir yang baik2 dan niat yang baik2 semoga apa yang menghampiri kita yang baik2 nanti.
Semalam, seusai solat package solat isya’ dan almulk sebelum memulakan “talk” 3 minute reflection bersama anak dan isteri, saya dikejutkan dengan berita meninggalnyq rakan seperjuangan dalam bidang konsultan M&E, Ir Haji Kamrul Baharin Muhamad akibat covid19. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Apa yang sangat memberi kesan pada saya dan membuatkan saya agak “cemburu” dgn kematiannya adalah coretan anak nya di laman FB:
“MINUTE BEFORE HE WAS PUSHED DOWN TO ICU, HE ASKED TO HELP HIM WITH HIS WUDHU. AT THE END OF VIDEO, HE SAID: PLEASE MAKE DOA FOR ABAH. I HAVE BEEN CALLED TO SIGN ALL NECESSARY CONSENT. ALHAMDULILLAH MANAGED TO ASK ABAH: ABAH, ABAH REDHA YER SEMUA DECISION & CONSENT YANG NO SIGN KAN INI. HE NODED. TOO BREATHLESS TO ANSWE BUT HE NODED. THIS WAS YESTERDAY NOON. 24 HOURS AFTER HE WAS NOT EVEN FIT TO SPEAK.
HE IS A CONSULTANT ENGINEER BY PROFESSION. BUT HE IS MOST HUMBLE SERVANT OF ALLAH. LOVING FATHER AND GRANDFATHER. AWESOME HUSBAND. AND HE HAS THE PUREST MOST GIVING HEART I VE EVER KNOWN. SO FOR ALL HIS GOOD DEEDS YA ALLAH, HAVE MERCY ON HIM.”
What a remark from a daughter to a father.
Sesungguhnya hujung nyawalah tempat Allah akan tunjukkan siapa kita disisi Nya. Saat dimana ketika kita tidak mampu lagi bangun bercerita menbela apa yang kita telah buat, tapi ada manusia yang Allah akan letakkan untuk cerita kan siapa kita.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
AlFajr :27-
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang orang yang tak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!”
ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !”
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba hambaku yang berbahagia”
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba hambaku yang berbahagia”
وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
Inilah ultimatum sebuah kehidupan, apa lagi kita nak di puji manusia selepas kematian dan ditunggu Allah dengan janji syurgaNya. Tapi sudah tentulah, segala kebaikan tidak akan boleh ditutup Allah selagi kita benar benar melakukanya. Sama sama kita berdoa kita mati pun sama seperi arwah, terkeluarlah cerita kebaikan bukan keburukan yang akan memberi gambaran HUSHUL KHATIMAH. Ketika itu tiada. siapa lagi dapat menipu siapa dirinya sebenarnya.
Saya amat terkesan, linangan air mata sedih kematian sahabat tapi hati amat berbangga jadi salah seorang kenalan nya.
Salam takziah buat ahli keluarganya.
*Akhir kalam.*
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” Riwayat al Bukhari (2829) dan Muslim (1914)
Semoga ini menjadi jaminan untuk kita terus termotivasi untuk melawan covid dan berusaha untuk hidup kerana jika mati sekalipun kita bakal syahid. In shaa Allah.
“Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).” Muslim (1909)
Semoga Allah menghilangkan wabak yang sedang melanda negara kita dengan segera serta melindungi kita semua.
Sama sama doakan semoga isteri arwah anak seniwati Sarimah Farah Wahida akan sembuh dari covid 19 tahap 4 dengan segera. Aaminn.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Catatan oleh,
*ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment