Pkpyr2d62 - Kurnia Rabbani...

 *Pkpyr2d62*

•KURNIA RABBANI LIMPAHAN RAHMANI. Kuliah subuh TOKKU PASIR GUDANG: Jangan Ambil Dunia Secara Buta Tuli.


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Salam keindahan seawal pagi sebelum matahari menyinari pagi ahad kepada  yang di rahmati Allah selalu Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Moga cahaya hidayah dari Allah pun akan turut sama di pancarkan olehNya buat kita semua setiap hari setiap pagi. 


Seusai solat subuh semalam, kalau kebiasaan nya ketika sebelum pkp di laksanakan semula, kami bersimpuh mendengar kuliah subuh disurau, tapi tidak pagi semalam. Sebaliknya, kami duduk di tempat tahiyyat kami masing masing dan membaca surah yassin d ruang tamu rumah. Dan, selepas itu, kami ikut kuliah LlVE Tokku Pasir Gudang melalui FB. Walaupun tak sepertinya kami bertallaqi depan ustaz disurau tetapi sekurang nya mengubat rindu kami pada majlis ilmu. Orang orang yang seperti saya ni, memang tak boleh berenggang lama dengan majlis ilmu, bimbang takut di hinggap lagha, dan bimbang dosa seharian bertimbun, tanpa ada aktiviti aktiviti yanng meneutralizakan dosa dosa itu secara otomatik begini. Semoga Allah terima amalan kami yang terlalu kecil ini. 


Untuk itu pagi ini, saya nak kongsi nota yang sempat saya ambil dari Kuliah FB PERTUBUHAN PENGAJIAN ILMU ISLAM PASIR GDANG  oleh TokKu Pasir Gudang. Berkenaan : Jangan Ambil Dunia Secara Buta Tuli. 


*PESANAN TOKKU PASIR GUDANG* (rujukan kitab Sheikh Abdul Qadir Al Jalani ra)


Jadikan dunia ini ladang untuk akhirat. 


Metafora cari dunia umpama cari kayu api di malam hari di hutan. Akan jumpa macam macam mara bahaya maka kenalah berjaga jaga. 


Jangan gelap mata dengan dunia. Nabi saw:  Siapa yang dunia menjadi kerisauannya, kefakiran di matanya, tak kan datang dunia seperti yang dia nak, siapa yang niatnya akhirat, akan Allah kayakan mereka.


Siapa yang sedihnya hanya tentang hari kembalinya, Allah cukupkan kesedihan nya yang lain. Kalau sedih hanya bab dunia, maka akan bercabang2 kesedihan yang lain.


Sebab itu nabi pesan kita untuk ingat mati, supaya kesedihan yang lain menjadi kecil. Jika kita lihatkan dunia setiap hari, maka sedihlah hidup kita.


Kaya sebenarnya adalah kaya jiwa bukan pada kebendaan. Tak gembira kalau setakat banya harta tapi hati tak gembira. Jangan kita jadi kafir yang sentiasa kejar fatamorgana. Mana ada pemimpin yang ajar tentang dunia sebenarnya, selain dari nabi muhamad saw? 


Nabi saw: kalau dunia ini bernilai, orang kafir tidak akan dapat nikmatnya walaupun sedikit pun.


Ghafir ayat 39: 


يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ


"Wahai kaumku! Sesungguh nya kehidupan dunia hanya lah kesenangan (sementara waktu sahaja), sesungguh nya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal” 


Dunia ini zahirnya sedap, tapi jangan ambil dunia seperti pemungut kayu api pada waktu malam, kerana akan jumpa dengan macam macam dugaan. Ambillah dengan syariat. Jangan teburu buru itu sifat syaitan, berhati hati itu datang dari Allah. 


Larangan yang Allah telah kenakan pada kita atas dunia untuk kita cuma sedikit, itu pun kerana memudaratkan. Judi, arak, riba, zina, makan bangkai atau babi, semuanya memberi mudarat dari sudut saintifiknya. Lebih banyak  kelapangan yang Allah telah berikan pada kita sebenar nya.


Jangan terburu buru dalam bab dunia, ini memudahkan syaitan perdaya kita. Skim cepat kaya ramai terkena kerana terburu buru. Tapi kita pelik bila bab akhirat, ramai pula yang berhati hati hingga tak nak beramal sebab kena check sahih tak sahih tapi bab dunia kita terburu buru haloba tak check pun terus percaya kadang2, desas desus pun kita dah percaya. 

Esok dah nak gaji, hari ni sanggup ambik rasuah, betapa terburu2nya kita. 


Sepatutnya kita kena cari usaha berebut berbuat kebaikan. Layanlah hati dengan sifat qanaah. Jangan pula beralasan nak buat urusan akhirat tapi langsung tak berhati hati pula dengan urusan dunia. 


Dalam Hal dunia ni, yang menang hanya sorang dua sahaja, tapi kalau hal akhirat semua akan menang atas usaha yang di buat. 


Tanamlah sifat qanaah: cukup dengan sedikit bersyukur dengan banyak, ini adalah hasil dari redha. Jangan bersaing dalam bab dunia kerana pemenang nya adalah terbatas. Seperti juga  masuk mana2 pertandingan, pemenang hanya seorang saja. Itu memang dah rezeki pemenangnya.


Kalau nak banding hal dunia, kalau miskin pun dah gemok, kalau kaya agaknya meletup. 


“Ada hambaku yang kaya itu baik untuknya, ada hambaku yang miskin itu baik untuk nya”, inilah yang Allah telah susunkan. Dan inilah perintis pada sifat qanaah. 


Bukan menyuruh tinggalkan dunia tapi carilah hal dunia dengan syariah Allah.


*Akhir kalam..*


Belajarlah untuk redha bila kita berusaha dalam urusan dunia, inilah yang hasilkan jiwa qanaah. Inilah yang akan menjadi kan kita kaya dan zuhud. Hasilnya jiwa kita bersih dan jiwa kita akan lihat dunia ini kecik. Dan Jangan kecewa kalau tak dapat dunia, Allah akan angkat martabat kita dunia.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Ikhlas dari, 

*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S