Pkpyr2d64 Catatan Kembara Nusafir...
[Pkpyr2d64]
~CATATAN KEMBARA MUSAFIR KL-KLUANG-KL: PERTAMA SEUMPAMA SEKETIKA DALAM Pkp 2021. SAMA SAMA POSITIFKAN DIRI DISISI ALLAH.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Wahai Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua, seawal pagi begini marilah kita bertenang diri, teruskan berdoa sesama kita dan tunggu kebahagiaan itu datang. Allah lebih tahu apa yang terbaik.
Alhamdulillah. Semalam, selepas sekian lama, tidak menempatkan diri dalam status “musafir”, dengan izin Nya, memandu dari KL ke Kluang dengan tenang tanpa ada “roadblock” PKP kecuali hanya selepas Toll Air Hitam. “Dari mana encik? “ tanya petugas polis bertugas. “dari KL tuan”, jawab saya.“hendak ke mana encik?” tanya nya lagi. “saya hendak ke Kluang, hanta mak balik rumah, nanti ada temu janji vaksin” jawab saya sambil menghulurkan surat kebenaran Balai Polis Bt 9 Cheras. Setelah surat bacanya, dia menghulurkan semula tanpa banyak soalan, penuh adab “silakan Encik”. “Terimakasih dan selamat hari raya tuan” jawab saya sambil menekan pedal minyak A180 Merc kecil tapi cukup laju untuk orang yang nak pencen macam saya ni.
Terimakasih Allah. Selamat tiba di Lorong sejahtera, Kluang jam 1030 pagi, dari Seri Minang jam 830 pagi. Banyak perkara sunah yang Allah izinkan saya lakukan. Bermula solat dhuha, solat musafir, bezikir tika memandu, guna kemudahan jamak dan qasar, silatur rahim bersama ipar, Dan banyak lagi.
Sesuatu yang pasti, suasana raya tiba tiba terasa, seketika memandu masuk ke bandar Kluang tika pada masa yang sama, instrumental dendang perantau berkumandang di dalam kereta. Allahuakbar, ini semua mengundang rasa sayu. No wonder lah, mak yang duduk di seat belakang berseorangan pun beberapa kali saya terdengar esakkan nya, meski pun bila di tanya, katanya dia rindukan si kecil Nadia (selepas hampir dua bulan di Seri Minang), tetapi hakikatnya dia rindukan suasana raya di kampung halaman. Saya dapat rasa kan. Apa apa pun sekali lagi, syukur pada Mu Allah atas arrangement kali ini. Padu dan syahdu.
Inilah yang amat saya harapkan dan doakan dari sebuah kembara musafir yang kecil begini, tergema nya rasa kebesaran Allah swt. Pada masa yang sama, terzahir segala amalan positif yang diharapkan mampu menutup amalan negatif (samaada cara berfikrah atau rasa dijiwa atau pun perbuatan dosa secara zahir). Dan sudahnya, kita menutup hari kita pada setiap hari dengan amalan positif lebih dari amalan negatif. Kalau nak harap kan ibadat khusus, peruntukan masa khas bersamaNya, amat susahlah level orang awan macam saya ni. Apa yang lebih digusarkan adalah selepas seminggu, keadaan pencapaian amalan positif mengatasi amalan negatif, tiba tiba tersadung dengan satu dosa besar, samada perbuatan dosa zahir atau syirik kecil yang tidak nampak, yang akhirnya membawa kita ke keadaan amalan negatif melebihi amalan positif. Apatah pula ketika itu, maut menjemput kita. Inilah semua peranan doa yang perlu kita sedar, sebaik mana kita pun atau pun sejahat mana kita pun, penghujung kehidupan kita adalah menjadi penentuan siapa kita disisi Nya. Kita hanya ada doa senjata paling ampuh dan pada masa yang sama, kena selalu berusaha jadikan seharian sentiasa ditutup dengan amalan positif sentiasa atasi dengan amalan negatif. Pada usia senja begini, sudah berapa ramai teman sebaya bertemu Illahi.
“berlumba lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.”
(AlBaqarah, 148)
Setiap hari daripada bangun tidur hingga kembali semula ke tempat tidur, pasti banyak peluang untuk melakukan kebaikan. Renungkan.
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga…” (al Israk, 7)
[Akhir kalam]
Alhamdulillah. Selamat tiba semula ke Seri Minang jam 710 petang, berlepas dari Lorong Sejahtera di Kluang sekitar 415 petang. Dengan ambil kira singgah 20 minit di Kluang Rail Station ( roti bakar) dan 20 minit di RNR Seremban ( Yong Tau Foo, walaupun agak kecewa sebab bahannya bahan lama tapi tetap syukur), semuanya dipermudahkan Allah, seperti mana yang didoakan ketika solat sunat musafir sebelum turun dari rumah mak:
“Ya Allah permudahkan perjalanan ini, jika jauh dekat kan, jika susah mudah kan dan jadikan ianya suatu kebajikan dari kembara ini”
Above of all, moga Allah terima kembara musafir semalam menjadi koleksi ibadah di kira ketika timbang tara akhirat nanti. Siapalah aku tanpa Mu Tuhan.
Seusai makan malam, solat maghrib dan isya berjemaah serta tutup malam dengan Al Mulk bersama ahli ahli, saya terus terdampar di ruang tamu sambil kumat kamit membaca fatihah. Dan hanya sedar seawal dinihari untuk bersedia sahur kerana puasa enam masih berbaki dua hari. Terimakasih Allah atas semuanya.
“Dan apabila hamba hamba Ku bertanya pdmu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir pada mereka; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. [alBaqarah:186]
Jangan berhenti sahut akan seruanNya, jangan berhenti beriman padaNya, moga Dia makbulkan semua doa kita.
Selamat bertugas buat semua...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Sekadar picisan dari,
[Ncs@seriminang]
#SOPalltheway.FaceShieldLagi.
Comments
Post a Comment