Pkpyr2d64 - Jangan Tak Beradab...
*Pkpyr2d64*
~JANGAN TAK BERADAB DENGAN ALLAH: kitab Hikam
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Didoakan buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua berada dalam lindungan Allah selalu.
Doakan semoga hari ini akan seindah suria pagi ciptaan Allah, selawat salam buat junjungan besar Nabi saw. Hari berganti hari, minggu bertukar minggu, namun mulakan pagi kerana Allah. Moga pagi ini ceria kerana Allah. Semoga semua yang berada di jalan Allah, semua nya baik baik. Amin..
Dalam pada masih pedih dengan kisah sehari dua ini, kita selaku muslim sudah tentu tidak berhenti berdoa pada Allah. Saya pun sama tak berhenti berdoa, mintak semuanya dipermudahkan. Syukur juga tak lupa diucap, kerana bermula dari pagi saat berurusan di pejabat Imigresen di PutraJaya. Semuanya di sambut baik oleh petugas walaupun hampir semua kaunter tutup; malah, ada pula pegawai menunjuk cara daftar pekerja asing ON LINE. Kesian pula melihat, ada pula yang kena herdik. Itu semua kehendak Allah. Cuma kita kena terus meminta selepas itu kena redha pula. Baik baiklah, tak baik pun kena redha.
Untuk pagi ini, saya nak share satu kata kata dari kitab Hikam yang sempat dirakam, untuk kita mencari adab ketika kita meminta denganNya.
*Nota Tasauf Kitab Hikam*
~ TAZKIRAH maghrib 14 Syawal.
“Jangan kamu meminta pada Allah supaya dipindah dari suatu hal kepada yang lain, sebab sekiranya Allah menghendaki tentu telah memindah mu, tanpa mengubah keadaanmu yang lama"
Hikam ini kitab Tasauwuf peringkat pertengahan atau tinggi. Jadi kita jangan salah ambil maksud penulis. Yang dimaksud sini ialah kita dalam keadaan yang tak bertentangan dengan syariah dan bila minta Allah tukar pada keadaan yang lain yang kita fikir lebih baik. Ini tak beradab dengan Allah.
Ini berlaku pada pengarang, masa tu dia mengajar fiqh tapi rasa ilmu itu ilmu kulit tak ada zuk jika dibanding kan dengan ilmu tasauwuf yang lebig tinggi martabat. Dia pun jumpa dengan mursyid dia yang kasyaf, sebelum dia tanya Mursyid dia kata ada orang meminta supaya dipindah dari suatu hal yang tidak bertentang dengan syarak kepada yang lain. Dia pun fikir macam mana guru dia tahu.
Ramai orang baca kitab tasawuf tanpa faham maksud sebenar boleh tersesat. Tu ada yang bila baca diatas, walau dia dalam keadaan maksiat dan tidak baik, dia tidak minta jalan keluar pasal dia salah faham. Ini bertentangan dgn syarak. kita kena minta dari Allah.
Satu lagi contoh kata kita AJK masjid dan rasa minta nak jadi Nazir, minta ini kurang adab dengan Allah. Ini pilihan Allah untuk kita, sampai masa Allah kehedaki maka Dia letak kita jadi nazir. Kalau nak minta juga kena guna tafwik serah pada Allah kita sebut Ya Allah kalau jawatan Nazir baik untuk aku maka beri aku jawatan nazir.
Istiqarah penting untuk buat keputusan yang kita tak tahu apa akibatnya. Dalam hidup manusia banyak keputusan kecil kita buat penyesalan nya sepanjang hayat. Kalau tak sempat Istiqarah pagi pagi kita sebut aku serahkan urusan ku kepada Allah. Nak keluar rumah kena baca Bismillahitawakkalaullah Lahaulawalakuataillahbillah merupakan penyerahan kepada Allah. Nabi Musa as walau sekeping roti minta pada Allah. Kadang perkara itu kecil tapi kesan besar pada kita. Jadi jangan pandai pandai bila kita di keadaan tidak bertentangan syarak, kita minta lebih baik dengan Allah berdasar akal kita.
*Akhir kalam..*
Allah jadikan manusia dengan hajat keperluan seingga manusia tak perlu risau ata ragu atau jemu kepada sesuatu pemberian Allah meskipun berbentuk penderitaan, bala pada lahirnya sebab hakikatnya nikmat besar bagi yang mengetahui hakikatnya, sebab tidak ada sesuatu yang tidak terbit dari rahmat kurnia dan hikmat Allah swt.
Kalau kita rasa suatu ibadah itu kita buat sendiri tanpa bergantung kepada Allah, ini tak betul dan mustahil boleh lepas dari penyakit hati. Kalau tidak limpah rahmat Allah tidak seorang pun jadi baik. Semua atas taufiq dan hidayah Allah. Sebab itu dalam azan bilal laung Hai Ya Alassolah kita jawab Lahaulawala. maksud kita tak ada daya upaya kecuali dengan izin Allah.
Teruskan jaga sop..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Written&edited by,
*ncs@seriminang*
Comments
Post a Comment