Pkpyr2d66 - Merasai Syawal

 [Pkpyr2d66]

#MERASAI SYAWAL DI PEJABAT.

#{NOTA KULIAH SYAWAL.

Tafsir Pimpinan Ar Rahman (Sheikh Abdullah Basmeih): KENA KISAH KAN IBRAH DARI PERANG UHUD oleh Tokku Pasir Gudang



‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Yang di kasihi Allah selalu Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua...


Semalam, selamat melepasi sebuah lagi hari jumaat yang penuh kemuliaan, tiba pula pagi hari sabtu untuk sebuah kerehatan. Daripada berita di malam tadi, minggu depan, ramai berehat dan WORK FROM HOME, bila TOTAL  Lockdown bermula 1 June. Mujurlah industri pembinaan membabitkan perunding di benarkan. Semoga semua tabah berdepan dengan lock down kali ini. 


Alhamdulillah. Semalam juga sempat merasai sambutan Syawal dipejabat bersama staff staff. Adalah lemang, ketupat, rendang, sate, roti jala dan kuih raya. Meriah cara PKP, penuh SOP, tak ada tetamu pun. Sebelum nya, syukur, awal pagi, kami sempat indahkan hari jumaat dengan zikir tahlil untuk para arwah arwah kami masing masing secara berjemaah. Diikuti sedikit tazkirah yang saya sampaikan selaku ketua syarikat untuk ingatan diri saya sebenarnya, berkisar cara berusaha menimbang tara debit kredit dalam akuan akhirat. Meraikan syawal di pejabat semalam diakhiri dengan zohor berjemaah. Solat jumaat masih dalam “pantang”. Terimakasih ya Allah pilih kami untuk aktiviti yang ada manafaat ini. Jika ianya ialah suatu kebaikan, mohon gandakan kerana ini berlaku di hari jumaat. 


Apa apa pun, suasana berpuasa bulan Ramadhan masih kuat dirasai, ianya  mungkin kerana suasana pkp, masih tiada dine in dibenarkan. Pada yang masih belum selesai puasa enam, berbaki 12 hari untuk menjayakannya. Selamat berusaha, moga di pandang Allah. 


Dalam pada bosan dengan suasana pKp dan kalut berebut booking vaksin, jangan pula sampai lupa menambah ilmu walaupun ibadah mungkin bertambah dek banyak masa di rumah. Malam tadi, usai maghrib, walau pun sekejap, sempat dengar tokku pasir gudang berkuliah di LIVE FB. kuliah nya ingatkan saya Ustazah Asma Harun. Untuk itu saya sertakan beberapa salinan nota yang sempat saya ambil. Moga ada manafaat.


[Tafsir Pimpinan ArRahman. Ali Imran Ayat: 149 - 155.

Tokku Pasir Gudang]


•Ada pelbagai objektif mempelajari Islam; dari ikhlas mendalami agama Allah dan mempraktikkan nya, hingga belajar untuk keuntungan dunia dan lebih buruk lagi, untuk menjadikan hujah bagi menyelewengkan aqidah umat Islam.


•MashaAllah. Betapa penting nya niat. Jomm Kita betulkan niat, kita dapatkan seberapa banyak ilmu untuk pedoman hidup.


•Peperangan Uhud ini antara pernah paling banyak Allah turunkan ayat ayat Al Quran. Kekalahan di Perang Uhud, Allah menarik kemenangan kerana angkatan tentera Islam itu:

1. Mengingkari Nabi

2. Berbalah sesama Islam

3. Keinginan akan dunia


•Pemimpin kita hari ini telah usaha sebaiknya..mendepani Covid-19 ini. Ikutilah dan taat Pemerintah. Elak akibat lebih buruk menanti bila banyak yang pilih ingkar Pemerintah. Ingatlah, ambil pengajaran kisah Perang Uhud ini.


•Jika dalam hati ada cinta dunia, maka akan ada badai kerosakan melanda hati kita, diri kita.


•Liciknya orang kafir dan Yahudi, mereka menutup kesalahan/aib sesama mereka. Sementara orang Melayu/Islam pula gemar menggembar gemburkan kesalahan di antara kita...


•Yahudi lagi lah tak akan buka kisah buruk mereka, pernah dengar tak yahudi didedahkan penagih. Tapi kita sesama islam, kalau ada ustaz/ustazah buat salah masa tu saat terbaik nak malukan ustaz/ustazah tersebut. Buka segala aib, hebah besar besar. Bukan nak kata, ustaz kalau ada buat salah kena biarkan tapi kalau nak tegur pun, tegurlah secara berhemah dan penuh ukhuwah.


•Kesian Ustazah kena bash., walhal satu tergelincir cakap terus kena banned. Yang  menjatuhkan orang Melayu Islam, adalah kaum sendiri juga.


•Agamawan kita berpecah belah. si fulan salah, mari agamawan lain pula bidas melalui video. Berbalas video pula, galaknya. Kasihan pada orang kebanyakan, akhirnya tersepit.


•Sedih Nabi SAW kerana para sahabat tak dengar cakap (akibatnya kalah dalam Perang Uhud). Maka ubatilah kesedihan, lihat di mana silap dan BAIKI lah.


•Kekalahan itu berpunca daripada kita sendiri, kita yang di belakang orang kafir bukan bermakna mereka betul tapi kita ini yang membelakangkan Allah. Kemenangan itu daripada Allah.


•Ikut Nabi SAW maka kamu akan menang. Ini Allah dah beri resepi kejayaan kita. Kenapa kamu kalah?

1. Sebab kamu tak yakin dengan janji Allah

2. Kamu berbalah dalam urusan kamu


Wallahu’alam..


*Akhir kalam*


Sama sama kita kuatkan ukhuwah sesama kita, demi untuk melihat islam diatas. Jangan hanya tunggu Isa dan Mahadi datang, yang itu memang islam dijanjikan menang tapi sempatkah kita? Jadi kena letak kan usaha, semoga kita juga berbaris bersama para syuhada nanti suatu hari yang dinantikan walaupun kita tak bertemu dengan isa dan mahadi. 


TETAPi...


Selagimana tak tadabbur ayat ayat Allah akan Perang Uhud, maka takkan menang dan akan terus kalah orang Islam. In shaa Allah kita ajari anak anak, keluarga akan ayat ayat ini.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum

Wassalam


[Tulisan: ncs@seriminang]

#jomsebarluaskankebaikan

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON