WA97 - Nasihat & Wasiat Imam
NASIHAT DAN WASIAT IMAN.
ASSALAMUALAIKUM WB
SELAMAT PAGI
ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah yang telah memberikan kembali hayat sambungan untuk kita meneruskan kehidupan ini lagi hari ini. Syukur itu apabila diri kita ketahui dengan hati nurani kita bahwa kehidupan ini adalah nikmat dari Allah. Bagi mereka yang tidak terdetik di dalam hati mereka bahawa ia anugerah dari Allah maka tidak ada rasa syukur bagi mereka kerana bagi ia hanya suatu yang biasa yang semulajadi. Ia suatu anugerah yang besar apabila kita dapat menyambung lagi kehidupan sehari lagi di dunia ini. Kita sedar bahawa ramai orang yang dahulunya bersama dengan kita tetapi sudah lama tidak lagi bersama kita. Orang yang kita sayang dan juga orang yang kita benci dah ramai telah meninggalkan kita buat selamanya. Kita akan sedar bahawa nikmat itu amat berharga apabila ia sudah tidak ada lagi pada kita. Nikmat sihat amat besar pada orang yang sakit. Di waktu sakit barulah terasa nikmat sihat yang dimiliki dahulu.
Apabila hati nurani kita ingat akan nikmat itu adalah kurniaan Allah maka hati kita ingat kepada Allah. Betapa berharganya nikmat senang yang Allah berikan selama ini. Senang dalam segala hal. Selama ini kita dapat bebas kemana-mana, buat apa yang kita suka dan tidak ada sekatan dan had untuk menjalankan aktiviti harian kita. Ada rutin harian masing-masing. Ada yang ke masjid pada setiap waktu solat untuk bersama solat berjemaah. Ada yang selalu beriadah pada waktu petang dan ada yang berhibur pada waktu malam sampai ke pagi. Pelbagai aktiviti yang menjadi rutin masing-masing sudah tersekat sekarang, barulah masing-masing sedar bahawa nikmat bebas itu susah tiada, sudah hilang dari kita. Alangkah berharganya jika dapat kembali bebas. Apabila hati kita ingat akan ia adalah dari Allah maka mulut kita mengucapkan ALHAMDULILLAH, pernyataan dengan lidah akan syukur kita kepada Allah. Apabila mulut telah menyebut pujian kepada yang memiliki nikmat itu maka diikuti dengan perbuatan untuk menyatakan kesyukuran itu dengan mentaati segala perintahNya dengan mengerjakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Barulah sempurna pernyataan syukur kepada Allah yang memberi segala nikmat kepada kita. Sedar di dalam hati, terucap pada lidah dan melakukan dengan perbuatan.
Bersama kita berdoa agar Allah kembalikan kepada kita nikmat bebas itu kepada kita dengan membebaskan kita dari bencana yang melanda kita sekarang agar dapat sama mengimarahkan masjid dan menjalani ibadah
di bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi.
Ingatlah, apabila Allah selamatkan kita kelak kita hendaklah insaf dan sedar bahawa alam ini ada tuannya. Kita tidak boleh hidup bebas tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh ampunya dunia ini. Hidup mengikut tabiinya dalam segala hal. Umpamanya perkahwinan secara tabiinya ialah lelaki dengan perempuan. Binatang pun tahu, tetapi manusia selalu berusaha merubah apa yang tabii. Jangan sampai mengundang kemurkaan tuanpunya alam ini iaitu Allah Azza wa Jalla.
Comments
Post a Comment