Pkp.Year2.Day85 - JANGAN SEKADAR...

 [*Pkp.Year2.Day85*]

•JANGAN SEKADAR BERFALSAFAH TAPI TIDAK  BERAMAL. Monolog hasil Cetusan dari kuliah Ustaz Abdul Samad. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam jumaat, moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua terpilih dalam golongan yang beramal dengan Islam walau senang untuk berkata kata daripada melakukan apa yang di kata. 


Alhamdulillah. Walau dalam Pkp, kita tetap di pilih Allah untuk sentiasa dahagakan ilmu. Semoga semua ilmu kita itu menjadi pokok yang dengannya kita akan meraih buahnya hasil dari beramal nya kita dengan ilmu. Buah buah itu rasailah sendiri akan kemanisan didunia di akhirat. Inilah semua yang bakal menjadi peneman kita disuatu hari nanti. Akhir akhir ini, banyak masa dihabiskan mendengar kuliah you tube UAS. Cukup terkesan dengan ilmu beliau. 


Sehinggakan ada saat saat Kadang kadang terbayang ketika tinggal seorang diri dalam kubur, saat ketika semua tak kira isteri atau pun anak, penduduk bumi, tak ada satu yang hiraukan kita lagi. Kalau tak cukup amalan, kubur akan jadi menyempit sehingga rapat bertemu ke tulang  belulang. Mesti sakit kan, sekarang pun, tercucuk jarum je dah sakit.


Terhimbau pula saat dihimpunkan di padang mahsyar. Penuh huru hara dan penyiksaan, kalau serba kurang. Matahari hanya sejengkal saat itu. mahunya panas melecur, mendidih, ya Allah.Takutnya azab Mu.


Tapi seawal pagi begini, diri sendiri merenung hakikat reality sekarang, susah nak dihayati dan direnungkan persoalan diatas. Takut tapi tak kuat berdepan asakan dunia. Amat kuatir hidup di akhir zaman ini yang penuh fitnah. Kadang kadang tak sedar diri sendirilah punca kesusahan. 


Islam itu tidak digunakan sebaiknya, ambil mudah malah tidak rasa apa apa kalau melanggarnya. Pada masa yang sama, fikrah menghentak otak, Benarkah apa yang dilakukan? Akan di terima ke amalan hingga ke langit tujuh? Yang saya tahu, kebanyakkan amalan akan dilempar kembali ke bumi, akibat ketidakikhlasan dalam beramal.


Tak bersedihkah kita? Dunia  hanyalah sementara. Akhirat dah tak lama. Macam2 ujian Nya menguji. Diberi Nya juga macam2 perasaan, cinta, kasih, sayang, takut, malu, benci, sedih dan macam macam untuk kita gunakan sebaiknya. Terapi dalam kebanyakan keadan kita tersilap letakkan perasaan perasaan itu di tempatnya.


Ada cinta yang tidak pada  tempat, pada yang dilalaikan, malah pada yang haram. Tapi ramai yang tidak peduli, asal nafsu cukup berasa bahagia. Itulah diri yang hina dhoif menilai tempat yang betul.


Tertampar ke pipi sendiri di rasakan....


Cemburu sungguh melihat kecintaan Allah kepada makhluk yang menumpu pada Nya, begitu asyik sekali jaga hubungan dengan Allah, masa, jiwa raga sepenuhnya pada Allah. Mereka tak jadi kan dunia tempat bersuka. Tidak heranlah mereka ini selalu bersedih, di seksa akal, fizikal dan jasmani kerana cinta kepada Allah adalah segala galanya yang dapat membahagiakan.


Jadi, tidak mahukah kita juga asyik dengan Allah demi keselamatan kita di dunia dan akhirat? Bila beramal, lakukan kerana Allah, bila di uji, tetap bahagia. Tak ada apa apa yang kita harapkan selain dari Nya.


Bila kita sedih, kita akan gembira bila fikir kita ada Allah. Bila kehilangan, bila bosan, bila jemu, bila hilang semangat, kita akan anggap tak ada  apa apa sebab masih punya Allah.  Tapi sebaliknya, jika kita lupa Dia dalam setiap perkara, memang kita akan rasa keperitan berpanjangan.


Begitulah yang hendak disampaikan kepada hati yang mudah lalai dan lupa ini. 


*Akhir kalam...*


Kesimpulannya, kita dijadikan adalah kerana Allah, bukan kerana lain. Bila kerana Allah, kita kena laksanakan suruhan dan laranganNya.


Setiap perjalan hidup ini akan penuh ketenangan, jika bermatlamatkan kebahagian akhirat yang abadi. Jadi sentiasalah merenung mengingatkan diri sendiri akan hal2 akhirat, supaya  kecintaan pada Allah semakin dalam dan semakin takut padaNya.


Bermulalah dari diri kita, untuk generasi seterusnya. Kerana dari baka itu akan menghasilkan benih yang lain. Jika benih baik, mungkin akan menjadikan seluruh hasilnya yang akan datang lebih baik, tanpa cacat dan cela.


Jangan hanya berfalsafah tapi tidak beramal dengannya. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Dari, 

*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON