Pkp.Year2.Day89 - EXPORTING HAPPINESS...

 [*Pkp.Year2.Day89*]

•EXPORTING HAPPINESS NOT IMPORTING. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan..


Agaknya dah sampai masa nya, kita semua keluar dari berasa panik dek wabak Covid 19 ini. Sebaliknya, kita luang kan masa seawal pagi ketika masih berembun lagi, turun ke sekitar perumahan beriadah. Semoga dapatlah juga mengendurkan emosi tegang ini, seterusnya kita lebih tenang berdepan PKP ini. Secara peribadinya, ini adalah aktiviti lain selain dari ibadah, zikir, baca Al Quran, yang telahpun menjadi rutin harian selama dalam PKP ini. Above all, jangan berhenti mengadu kepada Yang Maha Berkuasa.


Banyak kajian menyokong kebaikan bangun awal pagi. Kalau baca kajian ini, orang yang suka bangun awal  am nya terbukti lebih sihat, lebih bahagia dan proaktif. Umat Islam lebih lebih lagi patut membudayakan ini, kerana ia sebahagian daripada sunnah Nabi dan kebiasaan soleh. Dah lama terbukti, sunnah membawa kebaikan dunia dan akhirat.


Pagi ni, nak share fikrah hidup happy dengan cara menjemput bahagia datang ke dalam kehidupan kita.


Kehidupan kita hari ini terlalu banyak tekanan tanggung jawab hingga lupa yang diri kita suatu masa bahagia, sangat berjaya dan hidup penuh dengan “kekayaan”, biar siapa pun kita. Kita lupa semua itu. Peredaran usia dan masa, kita makin matang  bertanggung jawab pada diri, keluarga, kerjaya, negara dan  masyarakat. Kita nak menjadi orang l hebat, contoh kepada  lain terutama anak anak dan pasangan kita. Akhirnya, kita tak sedar kita tinggalkan  nikmat tanpa disyukuri dan dihayati. So, cam mana nak menjemput bahagia? 


Kita bangun awal pagi dalam keadaan berbeza. Bangun untuk sebar bahagia. Export the happiness, not import that happiness. Mulakan dengan syukuri segala nikmat nikmat kecil seperti  bernafas, melihat, bergerak, melangkah, tersenyum, mendengar. Actually, jika dihayati, ini semua nikmat “besar” yang tidak mampu kita bayar atau membelinya. Bayangkan pada masa kita tak bersyukur dengan nikmat ini, ada orang yang terlantar di atas katil, bantuan mesin pernafasan. Mereka sudah hilang nikmat paling besar dalam hidup. 


So, bersyukurlah, udara pagi yang sangat fresh yang kita leka menikmatinya. Selagi belum subuh, udara pagi sangat fresh di Malaysia. 


Dari segi sainsnya, saya ada terbaca, alam kita ada warna dan tenaga ikut peredaran masa. Sebab tu antara masa terbaik kita diajar nab saw untuk bangkit bertahajjud ialah seawal pagi sebelum subuh. Masa ini keadaan amat tenang bersama vibration dan juga electromagnetic nya. 


Then, tengoklah anak dan pasangan. Alhamdulillah, Allah masih kurniakan peluang untuk melihat mereka, ada bersama mereka. Ada orang yang tiada anak, tiada suami atau isteri, tiada emak ayah. Ada yang tiada tempat tinggal. Ada orang hidup dalam ketakutan di kem pelarian dan dipulau di negara sendiri. Ada yang sudah tak   mampu berjalan kerana kaki dah tiada kerana kencing manis, ada yang lebih malang, tak ada kaki kerana  mangsa bom kekejaman manusia yang rakus menakluk dunia.


Kita?


Tanya diri kita. Berapa banyak nikmat Allah kurniakan yang belum sempat kita syukuri. Tapi, duk ratapi setiap hari Allah tidak adil, pilih kasih. Sedang kan nikmat seperti di atas tu pun kita lupa berterima kasih pada Allah.


*Akhir kalam..*


So, mulai hari ini, jom kita exporting happines dengan terapi pagi yang mudah ini. In shaa Allah, bahagia akan datang dengan sendirinya, bahagia itu dah ada pada semua makhluk Allah.


Al Baqaeah :22


‎الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ


“Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)”


In syaa Allah, kita share nota syarahan ustaz Aiman dari Kuliah subuh Online Surau Al Amin berkenaan nikmat Allah dalam ayat di atas.



Wallahu’alam 

Barakallahufikum

Wassalam.


Tulisan, 

*ncs@seriminang*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON