Pkp.Year2.Day92 - Mubah Jadi Ibadah...
[*Pkp.Year2.Day92*]
•Mubah Jadi Ibadah
•Vaksin pun boleh jadi ibadah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumaat buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan..
Kesan vaksin Second dose Vaksin Pfizer, amat terasa menyelinap masuk, bila pada malamnya selepas paginya di injek hingga saat menulis ini, ada rasa bisa bisa di setiap badan. Mungkin Sessi suaikenal setiap bahagian dalaman badan dengan virus, mengajar bagian badan saya melawan covid19 jika ada yang berjaya meresap masuk nanti. Hinggakan demam, sengal2 jari jemari, tangan dan anggota badan. Sistem pertahanan badan menjadi pening hingga pening kepala saya. Sukatan gula, blood pressure, heartbeat dan oksigen level di ambil, tapi semuanya bacaan normal. Mungkin saya ini di kira dalam kategori high risk disebab kan sakit jantung, sehinggakan effect vaksin menyerap very effective. Moga moga semuanya selamat dan ada kira kira disisi Allah kerana telahpun ianya diniatkan supaya kekal sihat untuk terus beribadah padaNya.
Bangkit seawal pagi begini, selepas seharian semalam berehat sepenuh nya, ianya membuatkan bersemangat untuk terus jadi kan setiap aktiviti itu adalah ibadah. Apa lagi hari ini hari Jumaat.
“Terinspired” dari kisah vaksin diri demi ibadah, suka nak sharekan satu fikrah pagi berkenaan setiap apa jua aktiviti kita, biarlah ianya bernilai ibadah disisi Allah.
[Biarlah ada nilai ibadah disisi Allah pada setiap aktiviti kita]
Saya pernah terbaca dalam satu artikel bagaimana para ulama sebut tentang kaedah nak jadikan setiap amalan yang asal statusnya adalah harus (makan, tidur dan bermuamlat) membawa pada pahala dan jadi ibadah, ianya adalah bila diniatkan untuk melakukan ibadah. Insan seperti saya memang nak sangat hal hal ini, sebab amal ibadat wajib saya tak sekuat sahabat sahabiah di luar sana, malah, berdosa tak pernah berhenti setiap hari.
Dalam artikel tersebut, ada memetik kata An Nawawi dalam Syarh Muslim (6/16) :
“Sesungguhnya perbuatan mubah, jika dimaksudkan dengannya mengharap kan wajah Allah, maka dia akan berubah jadi suatu ketaatan dan akan mendapat balasan”
Kaedah ini adalah: Kebiasaan berubah jadi ibadah dengan niat yang soleh. Kebiasaan ini adalah perbuatan yang biasa dilakukan kita yang hanya mendapat manfaat di dunia saja
Secara peribadi, cara begini, amalan dan aktiviti yang pada asalnya adat atau kebiasaan yang hukumnya mubah, tapi akan dinilai satu ibadah kerana diiringi niat yang baik. Kalau ikut catatan nota tersebut, demi untuk merealisasikan perkara ini, kita dituntut memunculkan perasaan ta’abbud ataupun peribadahan dalam hati kita, setiap kali nak dan saat buat perkara yang harus itu. Jika hal itu dilakukan, maka adat dan kebiasaan akan berubah statusnya: mubah menjadi ibadah, dan menjadi amal kebaikan bagi kita.
Satu perkara perlu dingati, adat dan kebiasaan yang kita dasari niat baik berubah jadi ibadah, ianya hendaklah tak bercanggah dengan syariat. Dan adat kebiasaan boleh berubah menjadi maksiat, jika ada niat tak elok, sekali pun tidak bertentang syariat.
Teringat saya pada satu hadis dalam matan arbain yang kami belum khatam membacanya.
“Sesungguhnya semua amalan itu dikerjakan dengan niat, dan setiap orang mendapatkan apa yang ia niatkan.” [al Bukhari dan Muslim]
[Contoh]
Di antara contoh penerapan cara yang mulia ini adalah:
•Makan dan minum.
Asalnya satu rutin dan kebiasaan keseharian. Tak ada pahala ataupun dosa ketika kita mengerjakannya. Namun, berubah statusnya bila sebelum seseorang meletakkan tangannya mengambil makanan dan mengangkat minuman ke mulutnya, dia munculkan niat untuk menguatkan badannya demi untuk beribadah hasil dari makan dan minum itu. Hakikatnya pun, badan kita tidaklah mampu beribadah kecuali jika ada kekuatan, dan itu diperolehi melalui makan dan minum. Untuk itu, hendaklah munculkan niat yang mulia ini ketika makan dan minum, disertai dengan adab adab syari di dalamnya, seperti awali dengan sebut nama Allan, makan dengan tangan kanan, mengambil makanan dari yang terdekat, dan lain lain. In shaa Allah, jika ini dilakukan, waktu yang dihabiskan untuk makan dan minum akan bernilai ibadah, dan termasuk satu bentuk taqarrub mendatangkan pahala.
Allahuakbar..
•Menuju ke tempat kerja
Hukum asalnya kebiasaan mubah. Sediamaklum, kita menghabiskan banyak waktu dalam pekerjaan. Jadi, bagi yang berakal semestinya terfikir untuk berusaha jadikan aktiviti ini menjadi sebahagian amal soleh kita. Untuk itu, munculkan niat soleh, niatkan untuk mencari harta yang halal, sehingga tidak meminta minta kepada orang lain, jadi keupayaan untuk kita tunaikan semua kewajiban nafkah kepada orang orang yang kita tanggung.
Teringat sabda Nabi saw dalam hadis Sa’ad bin Abi Waqqash ra:
“Sesungguhnya engkau tidaklah memberikan nafkah yang dengannya engkau mengharapkan wajah Allah kecuali pasti diberi pahala atasnya, sampai makanan yang engkau suapkan ke mulut isterimu.” [alBukhari]
Ini adalah sebahagian dari contoh nak jadikan yang mubah satu ibadah.
“Orang yang pandai, dia jadikan amalan mubahnya menjadi ibadah. Adapun orang yang lalai, ia jadikan amalan ibadahnya menjadi sebatas kebiasaan (‘adaat).”
[Akhir kalam..]
indeed, nabi saw telah titip kan pada kita seawal bangun pagi hingga hendak tidur semula, semuanya ialah ibadah, jika betul gaya kita meletakan nya.
Maafkan saya jika melihat kan satu senario yang terlalu ideal, tapi saya melihatnya sebagai satu cara untuk berbalas balik dengan kuat nya pengaruh dunia luar di akhir zaman ini, kekadang kita berdosa secara tidak disedari, terutama dalam bab apa yang kita tahu, tidak kita amalkan sama seperti yang kita tahu. Untuk melevelkan diri supaya berada dalam keadaan sentiasa dalam perhatian Nya, inilah added value yng kita kena ada - adat dan kebiasaan yang tidak ada pahala kalau buat atau tinggalkan di ubah jadi sumber ibadat dekatkan diri kita dengan Allah secara kita tidak sedari.
Jom lah.. pagi jumaat kita mulakan dengan duduk dalam satu majlis ilmu secara online, lagipun kita tak kemana pun, masih WFH dan awal awal pagi jumaat, menangguk ilmu akan ada barokah disisiNya.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wasalaam.
Ikhlas dari,
[ncs@seriminang]
Comments
Post a Comment