Pkp.Year2.Day94 - Sharing is caring. Part2....
[*Pkp.Year2.Day94*]
#Sharing is caring. Part2.
#Sambungan Nota kuliah online bersama Ustaz Najib Taha : Kelebihan Zikir/Zikir paling afdhol.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam pagi Ahad, buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, iparduai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan..
Sama sama kita mencari sesuatu yang ilmiah seawal pagi hari percutian yang lagi dalam pergerakan dikawal. Tiada ada apa yang dapat kita laku kan, merungut, melontar pendapat tapi semuanya tetap dalam hak pemimpin untuk bertindak. Secara peribadi, elok dikenal pasti kawasan mana yang beri kontribusi tertinggi jumlah kesnya untuk di fokus tindakan pemulihan untuk meredakan isu ini. Bukan pukul rata melarang semua dari beraktiviti kerana sudah terlalu ramai yang terkesan dengan Pkp ini.
Saya seawal pagi ini, tetap setia menggores cerita picisan, cukup untuk jadi khutubkhanah buat saya dalam mencari ilmu setiap hari, tidak banyak tapi istiqamah. Sementara menunggu muazin mengalun azan yang diharap sampai ke langit, menjadi suara rayuan memohon dibuka semula solat jemaah di rumah Nya dan terpantul cahaya Allah, hidayah ke lubuk jiwa insan di bumi, untuk istiqamah berjemaah walau bagaimana pun situasinya. Bukan pandai beralasan dengan Allah swt.
Indeed, setiap hari kita perlu panjat kan doa kepada Nya without fail dalam isu covid yang mungkin tidak akan hilang lenyap semudah itu, tapi kita kena tidak lenyap juga dari terus menerus letak kan keyakinan pada Allah dalam masa yang sama kekal berSOP. Life has to go on, please ! We have enough resources to proceed. First and foremost, trust in Allah by abiding and improving our loyalty to Almighty. Lepas tu, Secondary, kena follow SOP tightly. Nak kena juga, takdir mengatasi segala, fight to recover, kalau mati, semua akan mati. Caranya kita tak pasti tapi ada yang menanti. Sebab tu sediakan diri setiap penghujung malam dengan bacaan Al Mulk di musim gini terutamannya, tp sepatutnya tak kira musim.
Pagi ini, kita sambung sikit nota dari ustaz Najid Taha bahagian dua, syarahan berkenaan kelebihan zikir.
[Sambungan nota kuliah Ustaz Najib Taha Kelebihan Zikir]
Ada Hadis menyebut, zikir Allah itu menyembuh hati hati yang kelam dan penuh dosa dan lalai. Nabi saw ajar kita, bila keluar dari tempat qadha hajat pun kena baca “ngufra naka ya Allah” - ampunkan lah aku. Dek kerana dalam tandas kita selalu lalai.
Banyak keadaan kita berdosa, dosa zahir dan batin. Zahir dosa dilihat manusia. Dosa yang bathil ada sepuluh yang Allah tak suka, yang mengundang rosak nya hati kita. Antara nya makan secara gelojoh dan berlebihan. Ini akan membuat kan kita lesu dan ngantuk. Satu lagi, orang yang banyak bercakap. Banyak cakap banyak buat salah. Kalau tidak ada sesuatu yang bermanafaat untuk bercakap maka adalah lebih baik kita diam. Ketiga. Suka marah marah. Dan Ke empat, hasad dengki. Kelima kedekut bakhil, tak cukup apa yang ada. Tujuh, megah diri. Lapan, ego sombong.
Anggaplah diri kita kain buruk, kita ini tidak apa apa. Kalau kita anggap kita ini mulia, ia membawa kita takabbur. Mohon Allah elak kita dari berlazat dengan maksiat. Sembilan, ujub. Sepuluh, sum’ah.
Nabi saw bekata pada abu dzar - zikirlah kamu secara khamil, zikir kkhafi, zikir dalam hati. Hanya malaikat saja yang tahu, ini akan di tunjukkan pahala besar di akhirat nanti. Banyak kimah (kualiti) dalam zikit zikir ini, inilah zikir zikir orang yang maqamnya berbeza. Ini bagi yang bersuluk.
“Bermulalah yang terlebih afdhal di akhirat kelak, orang yang menyebut nama Allah sebanyak banyak” Zikir lah amalan yang paling kurang tenaga dibandingkan solat, puasa atau sedekah. Awal awal islam sebelum solat difardu kan, zikir di sarankan untuk beramal. Banyak zikir pagi dan petang patut di amal terutama pada saat saat yang tidak ada solat ba’diyyah, Ini diajar oleh ulamak.
Jangan tinggal “hasbunallahi wanikmal wakil” 7 x pagi dan petang.
Syurga merindui orang orang selalu sebut tentang syurga, begitu juga neraka. Bacalah zikir allaumainna asaluka ridha kawal jannah, 3x pagi 3x petang.
[*Akhir kalam..*]
Moga Allah beri peluang pada kita untuk berzikir dan beramal dengan apa yang kita tahu. Zikir mathurat yang di susun hassan al bana ada lah antaranya.
“Dikehendaki menyebut Allah itu pada pagi dan petang, setiap kali di tempat tidur, diluar rumah, di tempat kerja dan dimana mana”
Jadikan setiap nafas dan gerakkerja kita dengan zikir Allah supaya kita tidak menyesal di akhirat nanti.
Kata cerdik pandai - bekerja lah seperti akan hidup seribu tahun, beramal ibadahlah seperti kamu akan mati esok hari...
Berbekal bekallah dengan taqwa dan taqwa itu dari amalan soleh.
Sebaik baik zikir zikir dibuat secara sembunyi, sebaik baik ibadah adalah ringan biar sedikit tapi istiqamah.
Sebaik baik rezeki itu apa yang cukup dan dibawa bersama sifat qanaah. Solat dhuha empat rakaat adalah untuk mencukup kan rezeki, dua rakaat buka pintu rezeki, dua rakaat cukup rezeki.
Ada manafaat, ambillah untuk beramal.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Catatan,
[*Ncs@seriminang*]
Comments
Post a Comment