WA120 - Mutiara Dari Al-Quraan Surah Al-Mu'minun Ayat 14
Mutiara Dari Al-Quraan
Surah Al-Mu'minun Ayat 14
(mafhumnya)
MAHA SUCI ALLAH, SEBAIK-BAIK PENCIPTA.
**************************
SUBHANALLAH.
Jika kita tinggal di kampung, kita lihat bahawa terdapat banyak tumbuhan yang keci-kecil yang tumbuh dan hidup meliar di tepi rumah kita. Ada yang tumbuh di tepi pangkal tiang rumah dan di tepi telaga ataupun di celah-celah rumput. Apabila kita melihatnya dari dekat kita dapati kebanyakannya mempunyai bunga yang cantik. Apabila kita rakam baru kita nampak bahawa ia sangat cantik. Kalau orang tidak pernah melihatnya tidak akan menyangka bahawa itu adalah hanya bunga dari pokok yang kecil-kecil yang tumbuh di celah-celah rumput.
Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. Pada Ayat yang lain Allah ada berfirman bahawa Dia tidak menciptakan setiap sesuatu itu dengan sia-sia. Sekurang-nya ia dapat menjadi peringatan bagi kita. Dengan melihat bunga yang tumbuh di celah-celah rumput itu dapat mengingatkan kita kepada orang-orang yang ada di sekeliling kita, yang mereka tidak dipandang oleh manusia tetapi mulia mereka di sisi Allah SWT. Umpamanya orang yang kerja mengutip sampah setiap hari. Jika tidak ada orang yang sanggup seperti mereka melakukan kerja seperti itu sudah tentu setiap orang terpaksa mengikuti SOP baharu diwajibkan memakai topeng penutup muka seperti yang dipakai oleh Polis Anti Rusuhan FRU kerana tidak tahan dengan bau busuk oleh kerana sampah yang sama tinggi dengan rumah kondo kita. Syukur kepada Allah ada insan yang sanggup melakukan kerja yang sedemikian. Ada yang datang dari luar negara yang sanggup melakukannya kerana anak tempatan tidak sanggup untuk menerima jawatan tersebut.
Oleh itu kita jangan menghina mereka. Mentang-mentanglah mereka pendatang. Hormatilah mereka kerana mereka nampak hina dipandangan mata kita tetapi mereka mungkin mulia di sisi Allah SWT. Begitu jugalah banyak lagi kerja yang kita tidak nampak bahawa ia sangat mulia. Pemandu bas, tren, taxi dan lain-lain pengangkutan awam. Mereka menjadi penggerak nadi kehidupan negara. Besar peranan tu tapi kita tak nampak. Mereka bangun lebih awal pagi dari kita. Kalau tidak kerana mereka, kilang, pejabat, gedung perniagaan dan segalanya tidak beroperasi kerana tidak ada pekerja yang datang untuk bekerja. Tetapi mereka tidak dipandang sebagai orang yang mulia, tetapi jika mereka ikhlas, mereka dipandang mulia oleh Allah SWT.
Hargailah sekecil-kecil sumbangan orang kepada kita kerana dengan sumbangan yang kita nampak kecil itu memberi manfaat kepada kita. Sebab itu membuang sampah yang kecil di jalan, supaya tidak mengganggu orang lalu lalang di kira sebagai sekecil-kecil iman.
Doa kita kepada orang-orang yang menyumbang tenaga mereka untuk memberi kesenangan kepada manusia lain agar Allah memberkati kehidupan mereka dan selamatkan mereka pada masa dan keadaan.
Alhamdulillah. Kita dapat makan roti dan minum kopi pagi ini kerana pemandu van roti dan yang bekerja di mini market sebelah rumah kita bekerja semalam. Dapat kita beli, roti, kopi dan susu.
Comments
Post a Comment