Pkp.Yr2.Day117
[*Pkp.Yr2.Day117*]
•4 unit Portable Oxygen concentrator dari tiga kumpulan whatsapp group dan satu wakaf peribadi.
•Muqaddimah: Phenomena Tekanan Jiwa Menurut Al quran dan Hadis oleh Ustaz Abdul Mu’izz.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat yang dikasihi Allah Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, sanak dan saudara, sahabat sahabiah dan rakan taulan.
Melihat keadaan mutakhir ini, memang ramai pihak yang berada dalam keadaan amat tertekan dengan natijah dari covid19. Kes masih tinggi, new variant yang seolah menanti masa menghinggap manusia merasa sekali seorang, isu boleh berjangkit
airbone. Ini semua meresah kan. Nak meredakan semua itu, saya ikut serta pada satu seruan oleh Ketua Projek Enhanced Low Fidelity Full Face Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) Mask for COVID19 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM yang memohon satu sumbangan Alat Bantuan Pernafasan “portable Oxygen Concentrator”
bagi diguna oleh pesakit COVID19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Saya difahamkan, alat bantuan pernafasan ini membekalkan tambahan oksigen kepada pesakit covid 19 yang kritikal. Saya juga di maklumkan pihak Jabatan Kecemasan, HCTM menghadapi cabaran sangat memerlukan extra portable Oxygen Concentrator.
Situasi ini memberi kesan kepada saya. Ada antara kita mungkin tak berapa nak endah kan sangat kerana ianya belum terkena pada kita atau ahli kita. Kalau kita banyak bercakap dan komen pun kurang membantu, jadi yang terbaik pada saya kita ikut bantu mana mampu.
Alhamdulillah, berkat izin Allah, sebanyak empat unit POC atau Portable Oxygen concentrator telah berjaya di beli hasil dari sumbangan empat kumpulan whatsapp group. In shaa Allah akan di serah kepada pihak HCTM hari ini jam 3. Saya akan serah kan sendiri kepada Dato Pengarah Hukm, jika dia hadir. Moga sumbangan kecil ini akan membantu meringankan sakit pesakit Covid 19 yang mungkin saudara mara kita dan pada masa yang sama melicinkan tugas para frontliner dalam menjalankan tugas. Semoga Allah jadikan ini assebab para penyumbang dan ahli keluarganya di jauhi dari covid19. Yang selebih nya, Allah akan gandakan buat penyumbang spt yang di sebut dalam ayat 261 Al Baqarah.
Terimakasih Allah kerana izinkan saya “orchestrate” sumbangan ini melalui group whatsapp. Terimakasih juga kepada sahabat saya Dell yang bertungkus lumus mencari sumber peralatan yang terbaik dan tidak lupa pada sahabat jalan kaki golf, Thomas yang telah banyak membantu belanja mengikut budget. Akhir sekali, kepada para penyumbang terutama satu hamba Allah yang telah mewakafkan alat ini kepada HCTM menaja seorang diri. Tidak lupa juga penyumbang dari group KPP/ITM Golf Interprogram ( ada juga yang menyumbang demi pahala sedekah untuk arwah mak), yang lain dalam group ini semua nya cool dan “stay anonymous”. Special group whatspp dari ahli ahli kelab Golf Saujana Impian terdiri dari Melayu, Cina dan india. Syabas. Paling terakhir tetapi tak kurang adalah dari group bekas bekas pelajar tempat saya “bertapa” mencari ilmu kejuruteraan Letrik suatu ketika dulu, University Of Missouri Rolla atas nama “Rolla Dlm Kenangan”. Hebat puak X Rolla, kumpul dana satu hari saja.
Barakallahufikum semua.
Terimakasih semua. Alhamdulillah.
Untuk pagi ini, sedikit muqaddimah dari kuliah ustaz Abdul Muizz dicatat ketika kuliah subuh Ahad baru ini.
[*MUQADDIMAH*]
•Ustaz Abd Mu’izz: Phenomena Tekanan Jiwa menurut AlQuran dan hadis.
Sifat nabi saw sebagai manusia biasa adalah termasuk secara fizikal dan mental. Manusia biasa akan ada saat bersemangat kemudian pudar habis momentum meneruskan kehidupan dan ada berdepan situasi down dalam meneruskan apa yang nak di buat.
Nabi saw: setiap amalan kerja buat manusia ada waktu semangat dan ada waktu futur ( hilang daya upaya), siapa yang waktu futur dia kembali pada jalan ku dia akan berjaya, kalau tak dia akan musnah”
Termasuk phenomena tekanan perasaan jiwa juga biasa untuk manusia. Tekanan jiwa biasa nya boleh bawa pada rasa tiada nilai hidup hingga terfikir nak bunuh diri.
See you tomorrow... nabi saw pun pernah rasa tekanan perasaan.?!
*Akhir kalam..*
In shaa Allah. Carilah ketenangan sebalik redha Allah. Senang cakap dari buat, tapi tidak pernah pun mustahil. Jangan biar covid buat kita putus harap. Jaga diri dari tekanan.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Cetusan,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment