WA139 - Rencana
"Zaman sekarang ni orang tak jual produk, orang jual emosi."
Itu kata kata rakan saya suatu hari bila kami berbual tentang senario hari ini tentang jualan, perkhidmatan, politik, dan beberapa lapangan kehidupan.
Kini kita hidup bersekelilingi emosi. Ia mudah dijual dan dibeli. Hatta facebook dulu hanya ada butang like, kini butang like itu boleh dibahagi2 antara like, sad, happy, wow dan angry.
Maka berapa ramai pemain kehidupan mula menukar corak mereka. Produk utama yang dijual bukan lagi produk hakiki mereka, sebaliknya emosi. Kualiti, harga, dan fakta, ketepikan sebentar. Emosi diletakkan didepan. Laku emosi, lakulah jualan!
Bukan menafikan ada peniaga yang benar benar susah dan emosi serta kisah sedih mereka benar. Tapi perkara ini tak boleh dibiar lama. 10 tahun nanti orang akan berlumba2 menjual emosi, sedangkan barangan jualan mereka hanyalah ibarat free gift sebaik membeli emosi.
Kelak, kualiti barangan, masakan, produk sudah tidak penting lagi. Yang penting dia pandai bercerita atau memperaga yang menyentuh emosi. Barangnya akan habis dijual.
Penyakit ini tidak melanda kaum peniaga sahaja. Golongan penceramah sudah lama berpenyakit begini. (tidak semua) pernah ada ustaz penceramah memeluk saya 13 tahun dulu. Teresak2 menangis mengatakan ibu beliau telah meninggal di riba beliau, beliau tidak sempat memohon ampun. Sedangkan sblumnya dia sering menengking ibunya. Saya menangis sgguh. Ia berkesan. Namun bila setahun lepas saya membaca cerita ibunya baru meninggal, saya kecewa rupanya saya ditipu. Emosi saya dimainkan. Tapi saya tak salahkan ust. Mungkin itu kaedahnya. Cuma saya katakan, "penjualan emosi sedang berlansung dengan maraknya sekarang"
Orang politik juga begitu. Jika dikerusi kuasa mereka tayangkan kehidupan mewah. Sekali mereka disabit kesalahan, mereka akan up gambar mereka yang paling susah, duduk bercangkung di koridor, mendukung warga tua, atau terkulai lemah sedang membantu rakyat. Ia sedang menjual emosi. Dan berjaya! Kita lantas lupakan apa silap dan faktanya, kerana emosi kita telah terbeli.
Begitu juga lapangan lain. NGO yang bijak bermain emosi, mereka akan dilihat hero no.1 sedangkan ada puluhan ngo lain telah lama menebas hutan kebajikan dan membina jambatan kemanusiaan. Namun dek kerana mereka barangkali sdikit skema dalam bergambar, atau menulis, "produk" mereka tidak lagi boleh dijual.
Saya tidak katakan NGO yang bijak bermain emosi ini jahat. Tidak! Jangan fikir begitu. Tahniah mereka bijak menyentuh emosi pembaca. Setidak tidaknya dapat meraih sumbangan lebih, dan boleh membantu lebih banyak. Kira lebih mulia berbanding kita yang sekadar memeluk tubuh dan tekan sad ni.
Namun saya bimbang ia akan jadi perlumbaan tidak sihat. Saya bimbang nasib Ngo lain yang rajin bekerja, pluhan tahun membantu tapi tidak pandai berpuitis dan bermain emosi, bagaimana mereka dapat sustain perjuangan mereka?
Tempias turut akan terkena pada agensi kerajaan. Zakat dan kebajikan. Meski saya pun tidak setuju semua dengan mereka, tapi kita harus akui mereka menjalankan kerja dengan baik. Zakat Malaysia antara yang paling baik di dunia.
Tapi dimana kurangnya? "Mereka makan gaji, tak bijak memancing emosi."
Rumah terbakar ke, kena pukul ribut ke, mereka datang dengan kenderaan jabatan, tick mana yang perlu, isi borang. Bank in bantuan. Dan mereka pergi. Siapa yang nak mempedulikannya?
Sistem menjual emosi ini bukan baru, syiah dah lama gunakan. Itu yang sampai menangis nangis seksa badan sendiri. Dan ia laris.
Bahaya tak perkara ni? Bahaya. Kelak orang nak mintak kerja, resume sudah jadi perkara nombor Dua. Yang lebih penting adalah "cerita apa kau nak bawa kepada penemuduga".
Saya bimbang kita akan hidup dalam dunia drama. Bayangkan nanti kita keluar rumah, kiri kanan depan belakang kita adalah "pelakon".
Rate pelakon mahal tau.
Comments
Post a Comment