WA Coretan Buat Rakan

Salam SMEG

Tahniah atas perlantikan , satu amanah yg Allah bagi hamba yg sanggup memikulnya. Setiap pemimpin akan ditanya diatas ke pimpinannya. 

Perkerjaan kita ini adalah ibadah dan ada hak2 yg perlu kita laksanakan.  Pegang erat dan tunaikan ikrar kita ketika kita berjanji kepada Allah

"Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya"

Disaat awak menerima amanah ini, ranjau dan duri akan bertebaran sepjg jalan. Ada kawan menjadi lawan sbb awak perlu meletakan ADIL pada diri, keluarga, rakan, Syarikat. Setiap ini akan menuntut HAKnya. 

Doa dari saya, Allah memberi kekuatan untuk SMEG harungi cabaran2 yg mendatang. Semat dihati "Biar seluruh manusia membenci dan memusuhi, janji Allah menyukai". Awak mungkin mempunyai ramai kawan tapi untuk dijadikan SAHABAT amat sukar. SAHABAT itulah yg akan membantu kita menunaikan hak2 Allah. 

"Last Train to Busan". Bagi saya hentian pertama sudah semakin hampir. Segala amalan sepjg perjalanan, perlu saya nilai menggunakan SOP yg telah pemilik alam ini sediakan. Segala kepincangan dan  kekurangan, perlu dibaiki segera seblm  berjumpa dengan si pemilik. 

Atas dasar itu, sepjg kita bekerja bersama jika ada saya terkasar bahasa, tuturkata, tingkahlaku dan saya gagal memenuhi SOP antara "Pemimpin dan Dipimpin" yg Allah telah gariskan, saya memohon Ampun dan Maaf. Tlg sampaikan salam dan mohon kemaafan bagi pihak saya buat rakan2 sekerja yg pernah bekerja bersama2. 

Insha Allah hubungan kita akan berterusan kerana janji bagi manusia yang berjumpa dan berpisah kerana Allah ada ganjarannya.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S