PkpYr3.303.OMICRON

 *[PkpYr3.303.OMICRON?]*

#CETUSAN 20 minit terakhir 

Kuliah Maghrib Ustaz Fairuz @ Surau Alamin

#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(1))


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seawal pagi sabtu nan indah, salam ceria buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua. Hari ni cuti seperti biasa pada kebiasaanya, ini tanda hadirnya penghujung minggu, kebetulanya hujung Jamadil Akhir dan Januari 2022 yang baru serasa nya semalam hadir.


Ya Allah, Jika hari ini ada di antara kamibyang sedang ada benih benih sakit hati dihatinya, sombong, iri hati, dengki, marah yang bukan kerana Mu dan dusta. Mohon bersihkan, sucikanlah ia ya Allah..


Alhamdulillah. Seharian semalam pada peluang berdoa yang di hadirkan Allah setiap kali lepas solat lima waktu ada izinNya berdoa meminta segala gala nya berulang kali tanpa jemu. Bila Malam tiba saja, jiwa bergetar untuk ikut ada di majlis ilmu walaubsebentar, tak apa. Tiba di surau al amin malam tadi seiring waktu azan isya’, mujurlah Allah gerakkan hati Ustaz Fairuz bersyarah terus sehingga jam 9 dalam bab Sifat Marah menurut Al Quran & Hadis dari Ihya Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam Ghazali ra. Dapatlah saya seteguk ilmu sambil menyedarkan diri tentang sifat mazmumah ini. Sifat inilah yang paling payah nak lekang dari diri walapun degreenya sudah berkurang jika dibanding dengan zaman zaman 30 an 40an dulu. Sifat inilah yang mudah di ungkap di mulut tapi susah beramal dengan nya. Untunglah pada yang mampu kerana ganjaran yang besar disisi Allah pada yang mampu menahan nya. 


“Nabi Zakaria as diberikan anak iaitu nabi yahya yang bersifat tidak di kalah kan oleh perasaan marah. Nabi Yahya as pernah pesan Nabi Isa as - Jangan kamu marah. Nabi isa as jawab : aku tidak mampu kerana aku juga bashar (manusia). Nabi Yahya as bagi petua pada Nabi isa as - Jangan simpan banyak harta ( harta dalam hati tidak ada langsung), nabi isa as - yang ini boleh. Maksudnya, kalau kita nak kontrol marah, dunia jangan sedikit pun masuk dalam hati. Sesungguh nya perkara ini menjadi kerisauan semua kerana ianya susah untuk diamalkan. Inilah natijah belajar tawasuf; bukan cari salah orang tapi kita cari salah diri sendiri” - di petik dari Syafah Ustaz Fairuz ketika dihujung kuliah maghrib malam tadi. 


Moga Allah merahmati kita semua dengan sifat sifat mahmudah....


Petikan dari Buku Fiqh Siasah Khulafa Arrasyidin diteruskan pagi ini...


#SERANGAN KE ATAS YAMAN(1)


Yaman merupakan sebuah negeri yang mendapat berkat dari doa Rasulullah SAW kerana mereka mempertahankan iman. Rasulullah SAW: “Iman itu Yaman dan kebijaksanaan itu Yaman” Riwayat alBukhari 4388 dan Muslim 52

 

Rombongan dari Yaman yang dipimpin oleh Abu Musa al Asy’ari datang ke Madinah meyatakan Islam. Yaman yang berada di bawah naungan Parsi menerima Islam tanpa ada sebarang peperangan. Hal itu kerana pemerintah pihak kerajaan Parsi bernama Bazan telah beriman kepada Allah dan RasulnNya.

 

Bazan dilantik pemerintah Yaman tetapi dia telah meninggal dunia ketika Rasulullah SAW wafat. Ketika itu muncul pembawa ajaran sesat yang berpengaruh iaitu alAswad al ‘Ansi. Al Aswad disebutkan dalam mimpi Rasulullah SAW bersama dengan kemunculan Musailamah al Kazzab yang telah disebutkan kisahnya sebelum ini.

 

Rasulullah SAW melantik anak anak Syazan menjadi pengganti Bazan dan juga  melantik Mu’az bin Jabal RA menjadi guru mereka. Nabi SAW mengarahkan mereka menentang al Aswad sama ada menyerangnya atau membunuhnya dengan cara tertentu.


Jumpa esok pula, siapa Aswad? 


*Akhirul kalam...*


Sifat marah merupakan sifat fitrah yang dikurniakan Allah  kepada hambaNya. Dalam satu tulisan, marah ibarat dadah; jika diguna dengan baik dapat pahala, jika ianya disalah guna pula akan dapat dosa. Dalam kebanyakan hal, marah ni adalah kunci segala kejahatan


Sebab itu nabi ajar kita kalau kasih  biarlah kasih kerana Allah SWT, begitu juga kalau marah bairlah juga kerana Nya. Kisah Ali ra, contoh terbaik,  tak jadi membunuh lawannya kerana di ludah. 


“Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu api, dan api dipadamkan dengan air. Maka, apabila  sedang marah, berwudhu lah”


Maka, selaku muslim yang hidup bersaudara jauhilah marah yang dikutuk agama. Dalam masa yang sama, kena belajar untuk marah kerana Allah SWT. Janganlah marah sehingga melupakan kebaikan orang pada kita selama ini.


“Ya Allah, aku memohon kepada Mu kalimah yang benar ketika aku sedang marah dan ketika redha”


Moga bermanafaat di pagi sabtu ini....


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Picisan pagi dari,

*<ncs@SeriMinang>*

#https://fb.watch/aQ23nWHqd-/

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S