PkpYr3.312.OMICRON
*[PkpYr3.312.OMICRON?]*
#Bergembiralah bagi yang catatannya penuh pahala..
#FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (TENTERA BANTUAN(2))
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang dikasihi dan dirahmati Allah, Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua.
Sebentar lagi azan subuh akan menyapa gegendang telinga, syukur padaMu ya Rabb kerana masih bernafas di hari baru.
“Apabila kita hidup setiap pagi, ingat bahawa Allah menghidupkan kita pagi ini kerana banyak dosa dan Allah beri kesempatan untuk bertaubat pada Allah kerana esok belum tentu lagi Allah hidupkan kita.” - dari Imam Ghazali.
Terkenangkan apa yang telah dilalui semalam, sibuk urusan dunia, sibuk melayani nafsu nafsu berGolf. Hari berlalu begitu saja, terasa takut bila mengenangkan hari esok yang masih belum tentu. Masih ada peluang ?
atau sudah terbujur kaku di liang lahad. Takut bila saja memikirkan dosa sebelum.
“Masa berlalu yang mana tidak mungkin akan kembali.” - Imam Ghazali.
Manakan dapat kembali hari semalam, perkara semalam hanya tinggal kenangan untuk dilihat pada hari esok. Bergembiralah bagi orang yang catatannya penuh dengan pahala. Tapi bagi yang sebaliknya, Nauzubillah
mohon dijauhkan.
Jangan sia siakan nafas yang diberi hari ini. Itu tandanya Allah menyayangi kita. Dia masih memberi peluang untuk bertaubat dari dosa dosa semalam.
“Ya Rahman, ampunilah segala dosa kami,ibu bapa kami, keluarga kami, guru guru kami dan juga semua muslimin dan muslimat..”
Tambahkan lagi ilmu dengan terus membaca petikan Fiqh siasah khulafa arrasyidin.
#TENTERA BANTUAN(1)
Pada waktu yang sama, pimpinan al Muhajir bin Abi Umayyah bersama anggota tenteranya dari Makkah dan Thaif diarahkan menyerang kumpulan murtad di Yaman. Tugas mereka membantu Fairuz dan sahabat sahabat nya. Pasukan tentera terdiri daripada para sahabat dalam kalangan Muhajirin - Ansar yang berpengalaman perang bersama Rasulullah SAW.
Fairuz RA memulakan serangan dengan seluruh kekuatan tentera Islam yang dapat dikerahkan ke atas bala tentera Qays yang berada di Sana’a, bandar penting dan pusat negeri Yaman. Maka berlaku lah pertempuran yang sengit, kerana mereka yang murtad itu tidak bersedia untuk menyerahkan diri.
Tentera Islam berjaya mara melemahkan musuh, apabila Qays pemimpin yang murtad bersama pengikutnya sudah tidak mampu bertahan. Tentera bantuan pimpinan al Muhajir bersama tiba dan diikuti pula kedatangan tentera ‘Ikrimah yang merentas Mahran dan Hadramaut.
Akhirnya, Qays dan bala tenteranya dapat dikalahkan. Qays berjaya ditawan bersama seorang ketua qabilah yang besar dan berpengaruh bernama ‘Amr bin Ma’dikariba. Kedua-dua pemimpin itu dihantar ke Madinah dalam keadaan diikat tangan mereka. Lalu merekan dibawa mengadap Khalifah Abu Bakar RA. Khalifah berkata kepada Qays:
“Kamu telah membunuh hamba hamba Allah yang beriman dan kamu jadikan orang-orang yang murtad dan musyrik bersama kamu dengan meninggalkan orang orang yang beriman?” - Ibn al-‘Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, jld. 2, ms 232
Qays menafikan bahawa dia membunuh Dazawaih. Khalifah Abu Bakar RA berkata pula kepada ‘Amr bin Ma’ dikariba:
“Adakah engkau tidak berasa malu menerima kekalahan yang bertalu-talu? Kalau kamu terus bersama agama ini nescaya Allah akan mengangkat darjah kamu.”
Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jld. 2, ms. 541
Esok... SERANGAN KE ATAS HADRAMAUT DAN KINDAH..
*Akhirul kalam...*
Terimakasih Allah bila saja diri terasa agak tergelincir, terus saja Allah beri peluang untuk recompose.
Alhamdulillah. Dari KGPA usai maghrib berjemaah, pada mula saya bercadang untuk solat isyak di mana mana masjid tapi menukar halaun untuk berjemaah bersama keluarga. Akhirnya, 30 minit di gunakan untuk mengabdikan diri untuk ibadah pada Nya secara khusus.
Dari Imam al Ghazali, hati manusia ibarat kolam dan segala anggota, pancaindera zahir, mata, telinga, lidah dan lain lainnya umpama sungai. Bila anggota, pancaindera terbabit dengan dosa, setiap dosa itu mengalir dalam hati maka akan rosak binasalah seluruh kehidupan.
Moga bermanafaat..
Waalaikumsalam
Selamat memulakan kerja tugas selaku hambaNya pada masa yang sama bertugas atas tugasan duniawi.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Yang Ikhlas,
*ncs@SeriMinang*
Comments
Post a Comment