Isnin
*NCS @ 2 DzulKaedah 1447 H*
* Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat
* Ustaz Khairullah Mamat - tafsir Al Qalam ayat 26 -33
* <PART 2>
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Pagi Isnin. Hari ini 20 April 2026 awal pagi di hari Isnin pertama selepas ianya berakhir Ramadan dan juga sambutan Aidilfitri 1447H. Semoga hari Isnin versi ini menjadi pembuka rezeki dan permulaan minggu yang penuh keberkatan buat kita semua.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Moga benarlah pandangan ulama, salah satu dari tanda amalan Ramadan diterima oleh Allah adalah bila ia membawa pada amalan baik berterusan (istiqamah) walau lepas bulan tersebut; kalau tidak ada, tak akan kita tak mahu termasuk di dalam golongan ini; maka, dari itu paksa lah tanda itu keluar dari dalam diri kita. Paksalah diri terus menjaga solat, baca Quran dan pelihara akhlak.
Ingat lagi tak, nabi saw meng
”amin”kan doa Malaikat Jibril yang ada menyebut tentang kecelakaan bagi satu jenis golongan?
Golongan itu ialah: Orang yang dia sempat bertemu dengan bulan Ramadan, tapi sehingga bulan itu berakhir, dia tak men dapat akan keampunan dari pada Allah swt. Sudah sebulan si Ramadhan pergi, masih lagi tak terlambat nak elak diri dari masuk dalam golongan yang di celalakan malaikat. Maka, rasa "tak mahu termasuk di dalam golongan ini", satu motivasi sangat baik. Cukuplah dengan kekalkan satu atau dua amalan ringkas secara tetap di setiap hari - solat berjemaah atau membaca AlQuran - ini untuk memasti kan kita ini tidak ter golong dalam kalangan mensia sia kan keberkatan bulan yang berlalu. Kaitkan ibadah dengan rutin harian. Dekati majlis ilmu dan sahabat yang soleh. Dan YG PALING PENTING: Lakukan kerana Allah, bukan manusia.
Disertakan perkongsian untuk pagi ini, ianya kesinambungan daripada pengisian semalam. Selepas menyentuh ayat 26 tentang pentingnya akan sifat pemurah dan bahayanya meng abaikan hak golongan yang memerlukan, pagi ini nota di sambung pada ayat ke 27 di surah al Qalam.
* Ustaz khairullah mamat - tafsir al qalam ayat 26 -33
* <PART 2>
Sambungan kisah ashabul jannah, di dalam ayat ke 27,
ia menggambarkan detik kebenaran yang sangat pahit buat pemilik pemilik kebun itu.
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
"Bahkan kita ini orang orang yang diharamkan (daripada mendapat sebarang hasil)."
Jika dalam ayat 26 mereka sangka mereka "tersesat jalan", di dalam ayat ke 27 ini mereka sedar sepenuh nya tentang realiti yang berlaku. Mereka hilang sesuatu yang mutlak. Mereka sedar mereka bukan lagi sekadar tersalah tempat, tetapi mereka telah diharamkan (dihalang) dari pada rezeki tersebut akibat niat buruk mereka sendiri. Oleh kerana mereka berniat meng halang (mengharam kan) hak orang miskin, Allah membalas mengharamkan terus hasil kebun itu dari pada mereka.
Ini menunjukkan peralihan daripada rasa keliru kepada rasa rugi yang amat sangat. Segala usaha, perancangan mereka musnah sekelip mata.
Kisah ini jadi pengajaran besar; rezeki yang kita miliki sebenar nya ada juga bahagian orang lain (fakir miskin). Bila kita ini cuba "membolot" semuanya, kita akan berisiko kehilangan keseluruhannya. Kita nak kena bagi semua harta kita? TIDAK. Tetapi ingatlah di dalam harta kita itu ada bahagian orang lain, maka jangan lah kita buat “bodoh sombong” dalam hal ini.
Harta kita miliki itu adalah amanah, dek di dalamnya ada hak yang meminta dan yang memerlukan, sikap tidak peduli pada kewajipan zakat atau pun bersedekah, kononnya harta itu 100% milik usaha sendiri tanpa berkongsi, adalah sikap yang dicela.
Az-Zariyat: 19
وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
"Dan pada harta harta mereka, ada pula bahagian yg mereka tentu kan menjadi hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yg menahan diri (dari meminta)”
Sikap "bodoh sombong" tak nak akui hak orang lain dalam harta sendiri bukan sahaja ia menutup pintu berkat, tetapi menjauhkan kita dari sifat ahli ahli syurga seperti disebutkan di dalam surah azzariyat ayat ayat 15 hingga 18: mencerita kan sifat2 ahli syurga; mereka yang sedikit tidur pada waktu malam kerna beribadah (diri kan tahajjud) dan sentiasa berkongsi rezeki di waktu siang.
Esok: Ayat 28 Al Qalam
قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ
Watak seorang "penengah", individu yang paling rasional di antara mereka
#Akhirulkalam
Cerita cerita perkongsian di atas tadi tu, tidak ramai yang peduli kan sekarang tetapi semuanya akan mula nak peduli ketika sudah nampak akan syurga atau neraka. Ini lumrah manusia, kadang kala leka dengan kesibukan dunia hingga hal yang melibatkan pengakhiran tu, dirasa kan jauh dan ia tidak mendesak. Ramai yang rasa perjalanan hidup ini masih jauh lagi, jadi urusan ambil iktibar selalunya ditangguhkan. Dengan lambak kan hiburan dan juga cepat nya masa kehidupan sekarang ini, membuatkan suara2 nasihat atau perkongsian ilmu yang berat susah menembusi hati yang sedang kejar material. Apatah lagi kalau solat jemaah di rumah Nya tak di endahkan, majlis ilmu di pandang sepi.
Secara fitrahnya, manusia hanya betul2 "tersentak" apabila sesuatu yang ghaib itu menjadi nyata di depan mata, masa itu segala perkongsian yang suatu masa dulu pernah didengar, terbayang semula.
Tapi, perkongsian sebegini sebenar nya tetap penting sebagai "hujjah" peringatan. bila sampai masanya nanti, kita tidak boleh lagi berkata yang kita twk pernah pun diberitahu.
Pilihan di tangan kita! Allah yang menentukan atas pilihan itu.
Jumpa esok jika masih ada usia lagi; In shaa Allah
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*20 April 2026*
KAUNUHU MUSLIM LEBIH PENTING DARI MUSLIM ITU SENDIRI
Hari ini ramainya Muslim tetapi tak ramai yang Kaunuhu Muslim.
Ramainya Ustaz tetapi tak ramai yang Kaunuhu Ustaz. Begitu juga ramainya Ulamak tetapi sedikit yang Kaunuhu Ulamak.
Kaunuhu dari akar kata kawn yang dierti kepada keadaan. Ianya perlu ditafsir sebagai consciousness. Contohkan Sami'an, mendengar bagi manusia. Telinga adalah alat mendengar
Mendengar adalah sifat yang ditajalli
Kaunu Sami'an adalah consciousness sehingga berkeadaan boleh mendengar.
Bayangkan jika ghalib scroll Tik Tok, isteri bercakap pun kita tak dengar. Tak dengar bukan tak ada telinganya, bukan tak ada tajalli sifat mendengarnya tetapi hilangnya Kaunuhu atau consciousness untuk terdengar.
Ramainya Muslim.
Tetapi Kaunuhu itu yang hilang. Ramainya Ustaz, tetapi Kaunuhunya yang hilang. Kaunuhu yang hilang itulah yang sebabkan orang Melayu fanatik berparti, banyak pula partinya dan parti yang banyak itupun berpecah pecah lagi melahirkan lebih banyak parti. Tak Kaunuhu untuk bersatu.
Al Faqir Ibnu Bahloul Ibnu Sina
014 4002611

Comments
Post a Comment